Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 14 September 2010

Diari- Warna-Warni Aidilfitri 2010

Salam semua,

Rasanya, raya tahun ini saya layak dianugerahkan title baru iaitu 'bibik educated' kerana, sepanjang raya kali ini, saya lebih banyak di rumah dari pergi beraya. Cover tugas-tugas khas di dapur dan ruang tamu. Apapun, alhamdulillah syukur, kerana Allah beri peluang untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini.:D. Selamat Hari Raya.

"Eid Mubarak"

Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor




Beratur untuk bersalaman. Barisan mengikut umur, dari yang paling tua sampai yang termuda.


Generasi kedua Hayshah.

Barisan panjang sampai ke ruang tengah. Generasi ke-3 Haysah. Dua tahun lagi agaknya barisan ini sampai ke dapur..:P

Seperti biasa, kanak-kanaklah yang paling ceria time raya, sebab depa buat collection duit raya.

Bila nak sampai turn ni...

Syahdu...


Abah, Mak, Pakcik-Makcik. Semoga ukhuwah kita berkekalan selamanya.


Sesi ucapan oleh wakil-wakil keluarga. Abah selaku Tuan Rumah menyampaikan ucapan alu-aluan dan pembukaan. Pesan Abah, aidilfitri hendaklah disambut dengan kesyukuran, tidak melupakan Allah, dan berharap semoga tali persaudaraan keluarga HAYSHAH akan berterusan. Abah juga berpesan dan berharap semoga ahli keluarga HAYSHAH akan terus maju baik dalam bidang akademik, agama maupun kerjaya. "Semoga kita dapat menambah bilangan ahli keluarga kita yang hafiz al-quran," kata Abah.

Full house..:D



Gembira berkumpul bersama sanak-saudara yang jarang berjumpa disebabkan kesibukan dengan komitmen kerja/ belajar.

Manis-manis anak gadis generasi Hayshah.

Sweet..:D

Tentera Merah Haji Bahuye..

Happy Time!!
Dari kiri: Faiz, Aliff dan Haris.

Sempat posing...:P

First time seumur hidup beraya di Tesco. Raya pertama pulak tu. Barang dapur habis..

My brothers..

Banyak collection nampak?

Sapa nak duit raya, datang la ke rumah..:P. Kalau ada stok lagi laaa.. hehehe..


Hooray!!

Jumaat, 10 September 2010

Diari : Salam Aidilfitri (1 Syawal 1431)

Salam semua,

Sempena 1 Syawal yang mulia ini, saya menyusun 10 jari tangan memohon keampunan daripada semua, saudara-mara, teman-teman, rakan-rakan blogger, terutamanya kepada pengunjung-pengunjung blog NURHANISALWA.COM, kemungkinan ada entry saya yang menyentuh peribadi atau mengguris hati mana-mana pengunjung blog ini. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah Maha Kuasa, yang kurang itu adalah berpunca dari kelemahan saya sebagai manusia, yang sangat dhoif lagi serba kekurangan. Mohon maaf atas segala silap salah, semoga Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran dan membesarkan Allah. Semoga kita dipanjangkan usia untuk bertemu dengan Ramadhan dan Syawal akan datang. Gunakan peluaang cuti yang panjang untuk merapatkan ukhuwah, bertemu dan menziarahi saudara-mara jiran tetangga. Jangan lupa ibadah puasa 6 di bulan Syawal kepada yang berkemampuan untuk berpuasa..:)

Pesanan saya, berhati-hati semasa beraya. Bukan setakat di jalan raya, tetapi sewaktu makan kuih raya. Kebanyakkannya kaya dengan gula dan mentega. Beringat sebelum kena :D .

Tips dari Abah tersayang apabila mau menaiki kenderaan, baca doa turun dan naik kenderaan, dan baca 6 bismillah dan 5 surah. Turutannya begini:-

1) Bismillahirrahmanirrahim
2) Surah Alkafirun (Qul Yaaaa)
3) Bismillahirrahmanirrahim
4) Surah Al-Fath (Iza ja.a..)
5) Bismillahirrahmanirrahim
6) Surah Ahad (Qul Huwallah)
7) Bismillahirrahmanirrahim
8) Surah Al-Falaq (Qul Auzubirobbilfalaq)
9) Bismillahirrahmanirrahim
10)Surah An-Nas (Qul Auzu birobbinnas)
11)Bismillahirrahmanirrahim

Kemudian baca doa menaiki kenderaan :-


Akhirnya, saya mengucapkan Eid Mubarak, Kullu A'min Wa Antum Bil Khair, Maaf Zohir & Batin. Jemput datang ke rumah raya ni kepada sesiapa yang berkesempatan..:)

"Taqabbalallahu minna wa minkum"

Nurhani

Kg Raja

Kuala Selangor

1 Syawal 1431H

Rabu, 8 September 2010

Diari - TARBUSH..


Salam semua,

Semalam, selepas pulang dari menghadiri Muzakarah Pakar di IKIM, saya dan beberapa orang kakitangan Bahagian Undang-Undang MAIS memenuhi undangan untuk berbuka puasa bersama-sama beberapa orang rakan peguam di Restoran Tarbush yang terletak di Sunway Pyramid. Nora pun turut sama menyibuk, walaupun dia bukan lawyer, tapi dia loyar.. hehehhe..

Selain dari makanannya yang sedap dan lazat, Tarbush turut mempunyai dekorasi Arab yang menarik dan lokasi yang sangat strategik kerana dipenuhi oleh lampu-lampu dan pemandangan sekitar Sunway Pyramid. Kawasannya selesa dan sesuai nak bawak family makan kat sini. Ada tempat solat, tapi muat untuk sorang ajer.. tapi nak ambil wudhuk kena guna bilik air kat luar, kerana dalam restoran tak ada bilik air.

Malas citer panjang-panjang, korang bukan boleh rasa pun! Datanglah makan kat sini, sebab sedap!!!

Lampu Aladin pun ada..

Chantek kan lampu ni?

Makan-makan, jangan malu-malu..:)

Muka kenyang..:D

Alalalalalla....:) Nora.Photoshoot by me.

Wow! Mengancam nye jelingan tajam Shakirah..:D

Barisan pejuang-pejuang lelaki BUU MAIS. Dari kiri : Fahimi, Rasyid, Asri. Berbaju biru, anak Asri (Khairul Anam.)

Pasangan romantis..:P Rosma dan Zamri.

Me. Photoshoot by Nora.

Masa nak balik tu, ada tanglung ni kat ruang legar. Saje tangkap gambar. Chantek!


"Jalan-jalan cari pasal"
Nurhani

Shah Alam

Diari - "Ramadhan, Pemergianmu Ditangisi.."

Salam semua,

Semalam pada sebelah pagi diadakan Majlis Khatam al-Quran MAIS dan penutupan Ihya' Ramadhan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan MAIS. Majlis penutupan dirasmikan oleh YAD Dato' Setia Hj Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS. Majlis turut diserikan dengan menjemput Al-Fadhil Ustaz Othman Hamzah Al-Maqari', Bekas Imam Besar Masjid Negeri Selangor untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Ramadhan, pemergianmu ditangisi".

Banyak pesanan yang disampaikan oleh Ustaz Othman supaya kita melakukan sebanyak-banyak amalan di sepanjang bulan Ramadhan. Ini kerana, setiap amalan sunat yang kita buat, kita mendapat pahala fardhu. Beliau turut menggalakkan supaya pemberian duit raya seeloknya dibuat di dalam bulan Ramadhan, kerana pahala yang Allah beri adalah seperti pahala melakukan ibadah fardhu seperti pembayaran zakat. Beliau turut berpesan supaya kita banyak beristighfar, membaca al-quran, qiyamullail dan bersedekah di bulan yang barakah ini. Ini kerana telah disebutkan di dalam satu hadis, jika kita bersedekah (atau menyediakan makanan) kepada seseorang yang berpuasa, kita mendapat pahala sama seperti pahala orang yang berpuasa tersebut.

Ustaz Othman turut memberikan pandangan beliau bahawa di setiap rumah orang Islam berbangsa Melayu WAJIB terdapat tafsir al-quran dan terjemahan di dalam Bahasa Melayu. Ini kerana, beliau menjelaskan bahawa membaca al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi hendaklah difahami dan seterusnya dilaksanakan.

Insyaallah, amalan membaca Al-Quran bukan setakat di bulan Ramadhan sahaja, tetapi hendaklah dibuat secara berterusan. Semoga Allah memberi kita semua kekuatan untuk mem

Ceramah agama bertajuk "Ramadhan. pemergianmu ditangisi" yang disampaikan oleh YB Al-fadhil Ustaz Othman Hamzah Al-Maqari'.

Antara staff lelaki yang hadir.

Majlis khatam al-Quran bermula.

Sekapur sireh oleh Al-fadhil Ustaz Abdul Halem Hapiz Salihin, TSU MAIS.

Ucapan perasmian penutup oleh YAD Dato' Pengerusi MAIS.

Mamat skodeng..>:D

Cenderahati untuk penceramah.

En Rasyid Ridha, wakil Bahagian Undang-Undang MAIS menerima cenderahati sebagai pembaca Al-Quran.

"Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna"


Nurhani


Shah Alam

Khamis, 2 September 2010

Diari - Makan Free di Glenmarie..

Salam semua,

Hari ini, saya dan beberapa orang pegawai MAIS dari Bahagian Pembangunan Hartanah, Bahagian Undang-Undang dan Bahagian Penyelenggaraan MAIS dijemput untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Glenmarie Golf and Country Resort. Kami bertolak ke sana menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh Shikin. Sebenarnya kami bertolak agak lambat dari seksyen 3 Shah Alam, iaitu lebih kurang jam 6.45 petang. Tetapi mujurlah Shikin seorang pemandu yang sangat cekap men'cilok' dan memecut kereta MyVi 1.3 manual miliknya, so kami berjaya sampai 5 minit sebelum waktu berbuka. Syabas Shikin, thanx to you, kami semua sampai dengan selamat.. But pleaseee... jangan lah buat action movie filem Rempit dan aksi Impak Maksima masa kami dalam kereta tu!! Waaaa!!! Seriauuuu!!!! Kami sumer belum kawin kott!!!

Asalnya kami semuanya telah sepakat untuk solat terawih berjemaah di sana, namun melihat keadaan suraunya yang tak seluas mana (tak muat kott kami sumer nak jemaah ramai-ramai dengan tetamu lelaki), jadi kami just makan, solat maghrib, sambung makan dan pulang semula ke rumah untuk solat Isyak dan terawih. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki dapat makan free hari ni.. :) Alhamdulillah..:) Syukur.. Cuma sebenarnya kalau ada slot ceramah pun menarik juga.

Di sini saya uploadkan gambar-gambar sepanjang majlis berbuka tersebut.

Kempen berkongsi kereta. Tema : "Baik punya cilok by Shikin". Betul tak Nowa, Shika and Tikah? Dari kiri : Shikin, Shakirah, Nora, Tiqah dan saya.


Model busana muslimah.. :) Pengalaman pertama Shikin jadi model busana muslimah. Walau nampak kekok, tapi syabas!!

Alhamdulillah..:) Chantek jubah Shikin?? :D


Dari kiri : Izzati, Nora dan Shakirah.

Dari kiri : Balkis, Syafiq dan Isma dari Bahagian Pembangunan Hartanah.

Saya dan Husna.

Me and Shikin.

Sebahagian kakitangan lelaki yang hadir dari BUU, BPH dan BPP MAIS.

Nice one..: I loike!! :P

"Sajer-sajer"
Hani
Shah Alam

Diari :Pesanan seorang Raja..

Salam semua,

Lagi 7 hari jer lagi Ramadhan.. Pastu dah masuk Syawal.. Cepatnya masa berlalu.. Sedar tak sedar, dah 6 tahun 5 bulan saya di MAIS. Means dah 6 kali Ramadhan dan insyaallah 6 kali Syawal (5 kali konfem, 1 kali lagi belum pasti) saya sambut semasa berkhidmat di MAIS. Lama tu..:). ( So, apa kaitan dengan gambar kat atas tu???)

Tak kisah lah berapa lama dok di MAIS, yang penting, apa yang dah disumbangkan untuk MAIS untuk mentadbir Islam di Selangor. Well... It is not an easy job.. Setiap masa, mesti ada ujian dan cabaran yang terpaksa ditempuh. Tenaga dan airmata pun dah tumpah banyak. Darah aje belum tumpah. Harap-harap tak adalah! (Nauzubillah)

Tadi, saya ke Istana Kayangan, mengadap Tuanku Sultan Selangor, bersama-sama rombongan JAKIM, LEPAI dan MAIS untuk menyembah maklum status hartanah wakaf di PJ. Walaupun asalnya saya tak nak pergi (malasss!!), taipi sebab Ustaz Halem yang baik hati itu dah hantar sms kat saya suruh pergi jugak, jadi, saya terpaksa pergi. Delegasi mengadap diketuai oleh Dato' Paduka Prof Dr Mahmood Zuhdi, Naib Pengerusi LEPAI. Turut hadir sama, Pengarah JAKIM, Dato Wan Muhamad. Pihak MAIS diwakili oleh YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS, Dato' Salehuddin Saidin, Dato Pengarah JAIS, Ustaz Halem Hapiz dan saya. Ini kali ketiga saya berpeluang mengadap Tuanku untuk kes-kes MAIS.

Setelah selesai sesi taklimat oleh pihak JAKIM, DYMM Sultan beramah mesra dengan tetamu yang hadir. Baginda turut bertitah mengenai isu yang berlaku di masjid dan surau di Selangor.

"Kat Selangor ni macam-macam benda berlaku. Sekarang masjid dan surau pulak. Saya tak suka masjid dan surau dipolitikkan. Sekarang kita encourage pulak non muslim politician buat event dalam masjid. Dulu masa Queen Elizabeth datang, dia nak masuk masjid negeri tengok kubah masjid, sebab orang Europe yang design, Nenda saya tak bagi masuk sampai ke mihrab. Ada jarak lagi daripada mihrab dan ruang solat utama. Ada gambar lagi disimpan." kata Baginda.

"Politic is politic, jangan politik meranapkan bangsa dan agama" katanya lagi.

"Masjid sepatutnya menjadi tempat orang Melayu bersatu-padu, tanpa ada perbezaan fahaman politik. If bukan di masjid, di mana lagi?" sambung Baginda lagi.

Baginda turut memaklumkan mengenai pemberitahuan yang telah dikeluarkan oleh MAIS dan JAIS dan telah diedar ke semua masjid dan surau seluruh negeri mengenai larangan untuk berpolitik di dalam masjid dan surau di Selangor.

"Dah letak, tapi tak baca," ucap Baginda lagi.

Satu perkara lagi yang menarik hati saya ialah apabila Baginda berkata:,

"Beta nak betulkan sket. Mufti Selangor ni bukan ditulis sebagai "Mufti Kerajaan Negeri Selangor". Yang betul adalah Mufti Diraja Selangor. Sebab Mufti bukan Kerajaan Negeri lantik, tapi Beta. Kerajaan tak boleh kacau," katanya sambil membelek-belek kertas kerja yang disediakan oleh pihak JAKIM.

Kesimpulannya?? Saya tak tau nak buat kesimpulan apa.. Hehehe...Korang buat la kesimpulan sendiri.. :)

"Sajer-sajer"
Hunny
Shah Alam

Selasa, 31 Ogos 2010

Renung Sejenak : Satu Malam Yang Penuh Nikmat..




Salam semua,

Dalam surah al-Qadar ayat 3 dinyatakan bahawa malam Lailatulqadar adalah lebih baik dari 1000 bulan. Pernah tak anda terfikir bahawa 1000 bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan!! Just imagine, kita pun belum tentu dapat hidup selama itu!! Rasulullah SAW yang amat dicintai kita juga tidak hidup selama itu. Pada usia beliau 63 tahun, Baginda telah wafat.

Bayangkan sesiapa yang dapat beribadah pada satu malam tersebut, seolah-olah dia telah menghabiskan masa selama 83 tahun 4 bulan lebih dalam keadaan beribadat! Subhanallah!! Maha Suci Allah! Sesungguhnya ini adalah satu nikmat yang sangat besar yang Allah Taala kurniakan kepada kita sebagai hambanya. Bagi mereka yang tahu menghargainya, Lailatulqadar adalah hadiah yang tak ternilai yang telah Allah kurniakan pada hambaNya. Semoga kita semua berjaya menemui Lailatulqadar. Amin..


"Mencari Laila"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Ahad, 29 Ogos 2010

Rileks Sekejap: Malam Al-Qadar

Salam semua,

Hari ini kita bakal memasuki fasa ke 3 bulan Ramadhan iaitu, fasa 10 malam terakhir, di mana Allah menjanjikan kepada umat Islam, satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Janji Allah ini terakam di dalam surah al-Qadar, yang mana ganjaran beramal pada malam tersebut adalah seolah-olah kita beramal selama 1000 bulan!! Bayangkan kalau kita bersolat pada malam itu dua rakaat sahaja, kalikan dengan pahala solat 2 rakaat untuk 1000 bulan,(kalau nak kira, kena dapatkan dulu bilangan solat kita buat selama sebulan.. ) Itu baru 2 rakaat. Bagaimana kalau kita bersolat 20 rakaat terawih, solat tahajud, witr, hajat, dan solat-solat nawafil yang lain.. Perghhhh... Memang tak cukup kalkulator nak kira.. Memang berbaloi-baloi!!

Tidak pernah ada mana-mana majikan, baik agensi swasta atau kerajaan, yang pernah memberi bonus selama 1000 bulan kepada kakitangan mereka. Kalau ada, memang rekod dunia (dan akhirat!! hehehe..) Dan konfem LHDN akan kejar majikan berkenaan suruh bayar cukai.. Ehehehe.. Sebab satu-satu Majikan yang memberi bonus 1000 bulan kepada hamba-hambaNya hanya Allah SWT sahaja. Nak ikutkan, Dia nak beri lebih daripada tu pun Dia boleh, Dia Maha Kuasa, tapi Dia nak manusia fikirkan sendiri hikmahnya, dan buat perbandingan. Itu pun dah banyak...

So, saya nak mengajak sahabat-sahabat semua untuk sama-sama mencari malam tersebut. Bagi full swing lah untuk 10 malam terakhir Ramadhan ni.. Kita pun tak tau bila malam al-Qadar ni. Cuma Rasulullah SAW pernah berpesan, carilah malam Qadar itu pada 10 malam terakhir. Mudah-mudahan kita semua berjaya mendapatkan malam tersebut. Sekurang-kurangnya, kalau kita berzikir 'alhamdulillah' sahaja pun, kalau diberi ganjaran amalan 1000 bulan, dah 1000 kali kita berzikir. Best kan? So apa lagi? Meh le ramai-ramai penuhi 10 malam terakhir Ramadhan ini dengan beribadah.

Di sini, saya ingin kongsikan penulisan seorang rakan blogger, al-Fathani mengenai malam al-Qadar untuk tatapan dan renungan bersama. Linknya di sini:_Dari Teratak Al Fathani: Mencari diri selepas "malam". Semoga kita semua berjaya menemui malam Al-Qadar dan mendapat kebaikan serta manfaat daripadanya.


"Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor