Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 9 Oktober 2009

Diari - Finally..

Salam semua,

Insyaallah, esok, jam 2.30 petang, 10hb Oktober 2009, akan melakar sejarah baru dalam perjuangan saya di bidang akademik. Alhamdulillah, setelah setahun setengah menghabiskan waktu hujung minggu menghadiri kelas di UIAM Gombak, saya dan rakan-rakan lain berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Undang-Undang ( Pentadbiran Undang-Undang Islam). Saya akan ditemani oleh dua orang insan yang paling bermakna dalam hidup saya, yang mana tanpa mereka, saya pun tak mungkin wujud dan sampai ke tahap ini, iaitu ibunda dan ayahandaku yang tercinta. Terima kasih!

Sekalung penghargaan kepada semua yang memberi sokongan, keluarga dan sanak-saudara, rakan-rakan karib, rakan-rakan sekelas, teman-teman sepejabat, all my bosses; kerana memahami yang kadang-kdanag saya terpaksa bercuti untuk peperiksaan dan ujian, dan mengejar masa menyediakan tugasan (assigment), juga kepada anak-anak buahku yang tersayang; pegawai dan kakitangan Bahagian Undang-Undang MAIS yang memahami bossnya kerapkali terpaksa bercuti untuk persediaan menghadapi peperiksaan, (thanx a lot guys!!), dan lain-lain pihak yang turut mendoakan kejayaan saya.

Walaupun mungkin ramai berpandangan, memiliki Ijazah sarjana sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat zaman sekarang, namun, ianya tetap bermakna bagi saya. Kenangan sewaktu meneruskan pengajian ijazah pertama (LLB) dan ijazah kedua (LLM) tidak sama. Perbezaan yang paling ketara ialah kerana pelajar di dalam kelas sarjana masing-masing telah bekerja dan berpengalaman luas dalam bidang syariah, justeru interaksi dan perbincangan apa jua topik di dalam kelas memang 'very lively' dan ceria. Ditambah dengan tenaga pengajar yang best, memang manis kenangan itu, yang tak dapat dilupakan :)

Apapun, mudah-mudahan kejayaan yang sedikit ini menjadi kekuatan kepada saya dan rakan-rakan lain untuk meneruskan perjuangan dan melakar kejayaan dalam bidang akademik, seperti yang selalu saya impikan. Dan mudah-mudahan sedikit ilmu yang saya perolehi dapat membantu dalam pengukuhan dan penguatkuasaan undang-undang Islam.

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Syukur banyak-banyak.. Terima kasih Allah! Finally.. :) I did it! :)

Terima kasih banyak mak dan abah kerana tak jemu beri sokongan dan begitu memahami.
Tak terbalas jasamu berdua.. Luv you very much!!


"Tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad"

Nurhani

Seksyen 5

Shah Alam

Diari- Rumah Terbuka Aidilfitri JAIS, MAIS, LZS & JABATAN MUFTI


Salam semua,

Untuk makluman, hari ini, 9hb Oktober 2009, bermula jam 2pm hingga 5pm, warga bangunan Sultan Idris Shah yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan MAIS, JAIS, Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor akan menjadi tuan rumah bagi majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bertempat di perkarangan letak kereta, Bangunan Sultan Idris Shah. Dijemput kepada semua untuk sama-sama memeriahkan majlis. Kepada sesiapa yang kurang arif dengan Bandaraya Shah Alam, bangunan kami ada menara berkembar yang memakai kopiah, seperti gambar di atas, dan lokasinya terletak bertentangan dengan Masjid Negeri Selangor. Datang ramai-ramai!!

"Bestnya Raya"


Nurhani


Shah Alam

Selangor

Rabu, 7 Oktober 2009

Peguam Menulis - Prosiding Kes Rasul Melayu

Salam semua,

Pagi tadi saya sempat mengikuti prosiding kes pendakwaan terhadap Abdul Kahar yang mengaku sebagai Rasul Melayu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Tertuduh mengaku bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau di bawah seksyen 7, 8, 10, 12 dan 13 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Tertuduh diwakili oleh peguam syarienya, Azmy Rais dan Zulkifli Yong, manakala pihak pendakwa syarie diketuai oleh Ketua Pendakwa Syarie Selangor sendiri dengan dibantu oleh pegawai pendakwa syarie JAIS. Terdapat juga beberapa peguam syarie yang turut hadir sebagai peguam pemerhati untuk pihak NGO-NGO Islam.

Seronok menyaksikan dan mendengar hujah-hujah yang dikemukakan oleh peguambela dan pendakwa yang disokong oleh fakta dan nas-nas al-quran dan sunnah. Peguambela tertuduh meminta Mahkamah meringankan hukuman kerana OKT adalah pesalah kali pertama, dan telah bertaubat. Menjawab permohonan meringankan hukuman OKT tersebut, Ketua Pendakwa Syarie meminta supaya hukuman yang setimpal dengan kesalahan beliau dikenakan, kerana tindakan Abdul Kahar bukan sahaja menyesatkan dirinya sendiri, tetapi juga orang lain.

Sesekali saya menjeling ke arah tertuduh yang berada di kandang pesalah, yang sentiasa menundukkan kepalanya. Dewan Mahkamah Tinggi Syariah penuh sesak dengan pengikut-pengikut beliau dan sanak saudara beliau serta penjamin-penjamin tertuduh. Dimaklumkan bahawa penjamin tertuduh adalah pensyarah di UITM. Tertanya-tanya saya bagaimana seseorang yang begitu educated boleh terpengaruh dengan ajaran sesat dan menyeleweng yang dibawa oleh Kahar Ahmad.

"Dah tua dah," bisik saya pada rakan di sebelah. "Mudah-mudahan sempat beliau bertaubat dan kembali ke jalan yang benar," getus hati saya. Jauh di sudut hati saya, saya mendoakan semoga Abdul Kahar benar-benar bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Lebih kurang jam 1.15 tengahari, kes ditangguhkan untuk keputusan pada 21hb Oktober 2009. Saya melihat ramai sanak saudara OKT yang hadir dan memberikan sokongan kepada Abdul Kahar, termasuk anak-anaknya.

Apapun, apa yang menarik untuk dikongsikan di sini adalah, walaupun manusia mempunyai akal untuk berfikir, sekiranya tidak digunakan pada jalan yang sepatutnya dan cara yang sepatutnya, kita mudah dipengaruhi dengan unsur-unsur yang kurang baik. Setinggi mana pun ilmu kita, kita masih tidak dapat menyamai ilmu Allah. Allahu Akbar! Allahuakbar!

Mengharap Redha Ilahi

Nurhani
Seksyen 5
Shah ALam


Diari - Takziah kepada YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS

Salam semua,

Pada hari Sabtu minggu lepas, saya berada di Terengganu untuk menghadiri sambutan Hari Audit Semalaysia yang mana pihak MAIS turut menerima anugerah pengiktirafan sebagai penerima 4 bintang bagi indeks akauntabiliti tertinggi bagi tahun 2008 dan merupakan satu-satunya institusi di negeri Selangor yang menerima anugerah tersebut. Dalam kegembiraan kami meraikan pengikitafan tersebut, pada hari Ahad bersamaan 4 November 2009, satu berita sedih diperolehi melalui sms daripada Dato' Pengerusi MAIS kepada Timbalan Setiausaha MAIS yang dipanjangkan kepada kami,'

"Ibunda saya yang dikasihi telah meninggalkan kami pada jam 8 malam tadi. Jenazah akan dikebumikan esok di Kg Melayu Rasa, Selangor pada jam 11 pagi"

"Innalillah. Satu lagi nyawa dicabut, entah bila giliran aku" bisik hati saya. Saya terus menyedekahkah surah fatihah kepada allahyarhamah.

Esoknya, pengumuman dibuat mengenai berita kematian ibu kepada YAD Pengerusi MAIS. Pihak MAIS menyediakan sebuah bas untuk membawa kakitangan untuk turut sama menziarahi ahli keluarga arwah dan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah allahyarhamah. Saya dan dua orang lagi kakitangan wanita antara kakitangan wanita MAIS yang terawal sampai. Itupun halaman rumah telah dipenuhi dengan kaum lelaki dan ruang tamu telah pun dipenuhi dengan kaum wanita. Beberapa pegawai utama MAIS, JAIS, LZS dan anak syarikat MAIS telah pun sampai.

"Jenazah sedang dimandikan. Masuklah," sapa Dato' Azib melihat kehadiran saya dan pegawai PRO MAIS. Beliau kelihatan tenang.

Masuk saja ke dalam, tempat pun dah penuh, akhirnya saya duduk betul-betul di hadapan kain kapan yang telah disediakan untuk si mati. Time tu, memang satu perkara aje yang saya fikir, iaitu bagaimana agaknya keadaan semasa saya mati nanti. "Mudah-mudahan dipermudahkan," doa saya dalam hati.

Tidak lama kemudian, jenazah diangkat oleh cucu dan anak-anak si mati, semuanya lelaki. Sejurus selepas jenazah dibaringkan, kaum kerabat yang perempuan terus mengkafankan jenazah. Semuanya berlaku di hadapan mata saya. Subhanallah! Betul-betul Allah nak saya fikirkan saat kematian saya nanti..

Tidak lama kemudian, apabila jenazah siap dikapankan, petugas-petugas yang menguruskan jenazah memanggil waris-waris untuk memberi penghormatan buat kali terakhir kepada di mati sebelum kain kapan di bahagian muka jenazah diikat. Seorang saudara perempuan terdekat si mati hampir pengsan saat beliau memeluk dan mencium wajah si mati. Keadaan agak cemas seketika, namun akhirnya saudara perempuan tadi ditenangkan dan di bawa ke bilik bersebelahan dengan jenazah. Kesedihan jelas terbayang di wajah sanak saudara dan sahabat handai yang mengenali si mati.

Saat melihat YAD Dato Azib membacakan doa untuk jenazah ibundanya, tiba-tiba hati saya diruntun rasa sebak dan serasa takungan air mata saya mahu tumpah. "Sedihnya.. bagaimana nanti kalau emak pergi sebelum saya? bagaimana kalau orang-orang yang saya sayangi meninggalkan saya?Adakah begini keadaannya?" hati saya berbicara sendirian.

Lebih kurang jam 10.45 pagi, jenazah dibawa ke masjid Rasa yang terletak bersebelahan dengan rumah arwah untuk disembahyangkan. Alhamdulillah. Semuanya lancar dan dipermudahkan. Cuaca pun baik, tidak terlalu sejuk, tidak pula panas.

Kepada YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS dan keluarga, takziah diucapkan dan semoga sabar dan redha dengan ketentuan Ilahi. Didoakan semoga roh ibunda beliau dicucuri rahmat dan tergolong di dalam ahli syurga. Kepada diri saya dan sesiapa yang masih hidup, perbanyakkan amalan dan bekalan sebagai persiapan akhirat. Last but not least, menziarahi orang sakit dan yang telah meninggal dunia serta menghantar jenazah ke kubur adalah dituntut di dalam Islam, dan merupakan satu tanggungjawab muslim kepada muslim yang lain. Semoga dengan ziarah sebegini akan memperingatkan kepada sesiapa yang masih hidup ingatan untuk bersiap sedia dengan bekalan amal dan taqwa, sebelum hari itu tiba. Mudah-mudahan kita semua bersedia. Amin.

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani

Seksyen 3
Shah Alam


Saya duduk betul-betul di hadapan kain kapan yang dibentang ini.

"Ya Allah. Semoga kau ampunkan dosa ibuku, dan kau tempatkanlah dia di kalangan orang-orang yang kau cinta," Amin.. Mungkin begitu doa Dato' Azib untuk arwah ibunya.

Masjid Rasa, tempat disembahyangkan jenazah ibunda.

Tetamu yang datang menziarahi jenazah untuk memberikan penghormatan terakhir. Mudah-mudahan kehidupan di dunia memberikan kita waktu yang cukup untuk menyimpan bekalan di akhirat. Al-Fatihah kepada arwah ibunda Dato Setia Pengerusi MAIS. Semoga rohnya dicucuri rahmat sentiasa. Al-Fatihah.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Diari - Gegar & Gempa

Semalam 1 Oktober 2009 berlaku satu gempa bumi di Sumatera Barat pada 7.6 skala Richter. – Angka korban akibat gempa bumi di Sumatera Barat masih belum dapat dipastikan dengan tepat namun dikhabarkan kini ia mencecah lebih 770 orang. Bagaimanapun berdasarkan jumlah bangunan yang runtuh, korban dijangka mencecah ribuan. Korban gempa Padang dijangka melebihi gempa di Yogyakarta yang berlaku pada tahun 2006 yang mengorbankan 6,000 orang dengan gempa hanya berkekuatan 6.3 skala richter.

Saya turut terasa gegaran gempa tersebut semasa saya duduk di pejabat di tingkat 10 lebih kurang jam 6.30 petang waktu Malaysia. Tiba-tiba ajer kerusi yang saya duduki bergoyang. Dah la orang lain di kawasan pejabat saya semua dah balik. Tetapi saya buat tak tau jer.. Yerlah.. Manalah tau.. Ingatkan ada makhluk lain yang goyangkan.

Lima minit kemudian, dua orang pegawai dari wing sebelah kanan tiba-tiba muncul dan terus bertanya;

"Hani. Ko ada rasa tak tadi?"soalnya pada saya.

"Rasa apa ?"tanya saya tak faham.

"Kan bangunan ni bergegar tadi. Bergoyang-goyang rasa bilik aku," kata pegawai tersebut.

"Ha ah. Kat bilik komputer pun sama gak. Bergegar." kata seorang lagi pegawai yang mengendalikan bilik ICT MAIS.

"Laaa.. Ye ker.. Memang tadi rasa kerusi ni bergoyang. Pelik jugak aku, kenapa kerusi ni bergoyang. Kerusi ni baru, takkan dah goyang pulak," kata saya. (Almaklumlah. Poyo sangat melayari internet tak sedar bangunan bergegar. Hahaha!)

Tak lama kemudian seorang lagi pegawai yang juga jurutera MAIS lalu di hadapan bilik saya. Beliau sempat mengingatkan kami supaya pulang segera kerana bangunan yang kami duduki tidak mempunyai sistem anti gempa. Apa lagi. Masing-masing pun bergegas nak balik lepas dengar pesanan beliau.

Kelmarin, saya menghadiri jamuan makan di rumah pakcik saya di TTDI Jaya. Sempat saya menceritakan kepada beliau mengenai kesan gegaran gempa bumi tersebut dan sikap saya yang tak sedar bangunan 10 tingkat yang menempatkan pejabat kami bergegar.

"I think u are the stabilizer.. sebab tu bangunan tu tak runtuh"katanya, jelas dan terang.

"Is that a compliment or otherwise?" tanya saya. Sanak-saudara lain yang berada di meja kami tergelak-gelak mendengar perbualan kami.

"Macam bangunan 101 Taiwan, kat atas sekali ada bola besi besar sangat, sebagai pemberat. Kalau ada gegaran, bola tulah yang akan stabilize kan bangunan tu.." ulasnya.

"Hmmm... kesimpulannya, nak cakap saya ni pemberat la yer cik." kata saya. Hampeh tol!

Anyway, for the first time in my life, I am lucky being an overweight person, kerana fungsi tambahan sebagai stabilizer dapat membantu menyelamatkan manusia lain!! Is'nt that cooll? Hahahaha..

Untuk mangsa-mangsa gempa di Padang Sumatera Barat, ucapan takziah atas petaka yang menimpa. Semoga dapat bersabar menerima dugaan. Untuk mangsa-mangsa beragama Islam yang telah meninggal dunia disebabkan gempa, semoga roh kalian dicucuri rahmat. Al Fatihah untuk semua.

Kepada sahabat-sahabat yang masih hidup, mari bersama-sama menambah tabung amalan kita di dunia. Tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku kepada kita. Mungkin bukan gempa, tetapi ujian yang lebih besar. Allah telah pun menunjukkan sedikit kesan ujiannya kepada saya. Yang pentingnya, bila saat itu tiba, kita semua telah bersedia dengan tabung amalan untuk dipersembahkan kepada Yang Esa. Mudah-mudahan kita semua dilimpahkan rahmat dan dilindungiNya. Amin.

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani
Shah Alam

Rabu, 30 September 2009

Diari - Kerja dan raya..

Salam semua,

Hari ini saya kembali semula ke pejabat setelah lebih seminggu bercuti raya. "Amboi kamu! Raya sakan nampak," perli Dato' Pengerusi MAIS semasa saya bertemunya pagi ini. " Mana ada Dato'. Saya ke UTM Johor hantar adik saya," jawab saya, nak cover line sebab cuti lama sangat. Semenjak dua hari lepas, saya dimaklumkan, ramai yang menghubungi saya di pejabat, tetapi diberitahu saya masih bercuti. "Ramai boyfren Kak Hani cari Kak Hani," kata Nora, teman serumah yang juga pegawai di Bahagian Pembangunan Hartanah MAIS. "Ye ke? Ramai betul tu boyfren Kak Hani, yang mana satu?," tanya saya sambil tergelak. "Boypren Kak Hani sorang yang pendek-pendek tu, sorang yang kurus tinggi dan sorang lagi yang ada tahi lalat, "balas Nora sambil tersengih-sengih. "Siapa yer," tanya saya, pura-pura tak tahu. Mendengar jawapan Nora, saya terkekeh-kekeh ketawa, sebab saya maklum ketiga-tiga orang yang dimaksudkan. Untuk tidak menjatuhkan air muka sesiapa, saya tidak dapat mendedahkan ketiga-tiga orang tersebut, walaupun saya 100% pasti kakitangan MAIS dapat mengagak siapa individu yang Nora maksudkan. Apapun, yang pasti, kalau ketiga-tiga individu ini mencari saya, saya dapat membayangkan volume kerja-kerja yang perlu dibuat oleh Bahagian saya tentu bertambah.

Sahlah!Hari ini saya masuk ke pejabat, fail-fail dah bersusun tinggi kat meja nak kena semak dan urus. Pagi-pagi seawal jam 8.30 pagi Dato' Pengerusi dah bertemu saya untuk menyediakan dua paper ke Mesyuarat MAIS yang bersidang pada 6hb Oktober ini. Kebetulan pulak, hari ini saya dah menetapkan sesi temuramah bersama pelajar-pelajar dari Fakulti Undang-Undang UITM bertanyakan mengenai perundangan Syariah. Nama pun temu ramah, memang lah terlebih ramah sampai interview lajak ke jam 1.40 tengahari.

Raya, raya jugak. Kerja, kerja jugak. Tak boleh tidak kena dibuat kerana tanggungjawab. Tak boleh dilewatkan. Mudah-mudahan urusan pelaksanaan kerja-kerja ini dipermudahkan. Hajat di hati nak update diari sepanjang cuti raya. Insyaallah, ada masa nanti saya akan buat juga. Hari ini, nak bereskan kerja-kerja atas meja. :) See ya!

"Salam Aidilfitri 1430H"

Nurhani
Seksyen 5
Shah Alam

Sabtu, 26 September 2009

Diari - Salam Eidul Fitri 1430H

Salam semua,
Telah seminggu umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Eidul Fitri bagi tahun hijrah 1430. Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat berhari raya dan maaf zahir batin jika ada penulisan saya yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak atas kekhilafan dan kesilapan saya, tanpa disengajakan. Taqabbalallahu minna wa minkum. Kullu a'min wa antum bikhair. Semoga amalan kita diterima Allah. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan.
"Mengharap Redha Ilahi di Aidilfitri"
Nurhani Salwa
Pekan Kuala Selangor

Rabu, 16 September 2009

Diari - Sepandai-pandai tupai melompat...

Salam semua,

Gambar di atas ada kaitan dengan entri saya kali ini. Rasa sangat gembira membaca berita ini dan nak kongsi dengan semua:-

SHAH ALAM, 16 Sept (Bernama) — Selepas tiga tahun mengelak daripada dibicarakan, ketua ajaran sesat ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad, bakal menyambut Aidilfitri dalam penjara apabila Mahkamah Tinggi Syariah di sini , Rabu memerintahkan supaya dia ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad mengeluarkan arahan itu selepas membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor Abdul Shukor Abdul Hamid agar Abdul Kahar, 59, ditahan kerana beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap telah dikeluarkan.

Mahkamah turut menetapkan 24 Sept ini untuk sebutan bagi menyambung waran tahanan terhadapnya.

Abdul Kahar ditahan pasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 9.45 pagi tadi di Sungai Long, Kajang.

Terdahulu, Abdul Shukor berkata kehadiran Abdul Kahar di mahkamah bukan atas kerelaan atau kesedarannya tetapi kerana telah ditangkap oleh penguatkuasa Jais, dan oleh itu, mahkamah perlu mengeluarkan waran tahanan terhadapnya sehingga tarikh perbicaraan akan datang pada 7 Okt ini.

“Tertuduh banyak kali mengelak untuk hadir ke mahkamah. Walaupun tindakan menahan tertuduh boleh memudaratkan kesihatannya tetapi mahkamah perlu pandang satu lagi kemudaratan lebih besar (iaitu) kepada agama Islam jika tertuduh dijamin,” katanya.

Abdul Kahar mendakwa kegagalannya hadir pada perbicaraan sebelum ini disebabkan dia menerima beberapa ugutan bunuh sehingga terpaksa melarikan diri.

Tertuduh berkata sehingga kini dia juga masih gagal mendapatkan khidmat peguam dan memohon mahkamah memberi peluang kepadanya untuk mencari peguam bagi mewakilinya.

“Saya merayu agar mahkamah membenarkan saya dijamin bagi membolehkan saya menyambut hari raya bersama keluarga. Saya bukan nak mengelak tetapi takut dengan ugutan bunuh dan sekiranya saya ditahan saya tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab saya kepada keluarga.

“Saya berjanji jika saya dijamin saya tidak akan melakukan apa-apa tindakan termasuk sebar risalah dan juga akan menghadiri perbicaraan,” katanya.

Peguam pemerhati bagi Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar ketika merujuk dakwaan ugutan bunuh yang diterima tertuduh berkata, sekiranya tertuduh ditahan dalam penjara, keselamatannya akan terjamin kerana akan dikawal sepanjang masa berbanding jika dia berada di luar tahanan.

Abdul Kahar dituduh telah menyatakan, mendakwa dan mengisytiharkan diri sebagai “rasul orang Melayu di zaman ini” sedangkan pernyataan dan dakwaan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Dia juga didakwa menjelaskan doktrin palsu yang bertentangan dengan hukum syarak berhubung agama Islam, antaranya menyatakan sembahyang hanya cukup sekadar mencegah daripada membuat perkara keji dan mungkar, dan ibadah haji pula sia-sia dan merugikan.

Bagi tuduhan ketiga, Abdul Kahar didakwa mengingkari dan melanggar arahan Mufti iaitu masih menjelaskan amalan dan mengajar Ajaran Kahar Ahmad sedangkan ia telah difatwakan sebagai menyeleweng daripada Islam.

Pertuduhan keempat menyebut bahawa tertuduh didakwa telah mempersendakan amalan Islam dengan menyatakan: “Ibadah haji ialah perkara yang diada-adakan oleh kerajaan Arab Saudi dengan tujuan mengaut keuntungan” dan “Buat apa sembahyang tunggang-tonggek, membebel sendirian dan ia umpama orang mabuk dan berjudi”.

Abdul Kahar juga dituduh menyebarkan pendapat dan ajaran, antaranya rasul tidak benar, yang bertentangan dengan hukum syarak dan fatwa yang masih berkuat kuasa di Selangor.

Tertuduh, yang tidak bekerja, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman bernombor 44, Jalan Bunga Ros, Kampung Kemensah, Hulu Klang, antara 19 Mei dan 23 Jun 2005.

– BERNAMA

Syabas kepada Penguatkuasa JAIS! Kalian mengulangi sejarah para sahabat Nabi yang berperang pada bulan Ramadhan, di samping berperang dengan lapar dan dahaga, kalian tetap komited. Betullah Ramadhan bulan yang penuh rahmat. Mudah2an Kahar mendapat hukuman setimpal dengan kesalahannya memesongkan akidah umat. Takbir! Allahuakbar!

* Atas tu, gambar Kahar..

"Menegakkan yang hak, membanteras yang salah"

Nurhani

Seksyen 5

Shah Alam


Selasa, 15 September 2009

Diari - Akademi Ramadhan 2009

Salam semua,

Nampaknya Ramadhan ini memanglah bulan yang penuh dengan rezeki dan keberkatan, kerana dengan rahmatNya, Allah sentiasa mengurniakan tugasan yang tak habis-habis untuk saya dan kakitangan di Bahagian Undang-Undang. Memang seronok membuat tugasan di bulan Ramadhan ini, kerana sedar tak sedar, dah nak berbuka.

Setiap minggu di sepanjang bulan Ramadhan ini, saya akan pulang ke kampung halaman, kerana nak berbuka bersama keluarga. Ramadhan kali ini, memang tak pernah berbuka seorang diri. Selalunya saya akan berbuka di rumah kakak di Seksyen 19 Shah Alam. Kalau tidak pun, bersama anak-anak yatim atau rakan-rakan sepejabat. Alhamdulillah. Terasa seronok betul Ramadhan kali ni. Tak sangka dah tinggal 5 hari aje lagi nak berpuasa. Terasa cepat sangat masa berlalu.

Ramadhan kali ini juga buat pertama kalinya dalam sejarah hidup (sejak diwajibkan berpuasa ke atas saya), pagi tadi, 15hb September 2009, saya tak bangun sahur. Sebab memang tak sedar langsung alarm handphone saya berbunyi. Kemungkinan terlalu letih kerana semalam saya bertolak pulang dari kampung pada jam 6.22 pagi, kemudian terus bergelumang dengan tugasan di pejabat dan melayani pelanggan yang datang. Tambahan pula, para boss saya meminta satu tugasan dihantar pada hari ini untuk diserahkan kepada Setiausaha Sulit DYM Sultan Selangor untuk mendapatkan perkenan Tuanku. Jam 3.45 petang baru siap dua tugasan, baki dua lagi tugasan, saya menghubungi boss saya untuk menghantar melalui email. Alhamdulillah, permintaan saya disambut baik dan jam 5.45 petang, saya selesai dengan tugasan ketiga dan keempat.

Selepas solat Asar, saya bergegas ke Sunway Damansara untuk memenuhi jemputan berbuka puasa yang dianjurkan oleh sebuah syarikat. Beberapa orang kakitangan MAIS turut hadir. Selepas berbuka, saya bergegas ke Rumah HIV di Petaling Jaya untuk solat Isyak dan terawih. Sempat la jugak join, walaupun agak lewat sampainya.

Balik ke rumah, lebih kurang jam 10.45 malam, saya bersembang dengan house mate saya, Nora, yang baru kematian ayah. Sepanjang malam mendengar cerita beliau mengenai ayahnya, pengalamannya menjaga ayahnya sepanjang ayahnya sakit, menyebabkan airmata saya berlinang. Jauh di sudut hati, walaupun masih banyak lagi kekurangan, saya rasa bersyukur kerana masih mempunyai ayah dan hati saya rasa bertambah kasih dan sayang pada ayah saya. Saya rasa lebih kurang jam 12.30 malam baru saya melelapkan mata.

Saat-saat terakhir menjelang Syawal ini, rasa sedih nak lepaskan Ramadhan. Banyak yang saya lalui Ramadhan ini. Ujian tugasan, kepimpinan, perasaan, persahabatan, kepercayaan, semuanya bercampur-aduk, semuanya diuji dalam Akademi Ramadhan ini. Apapun, alhamdulillah, saya redha, dan berpandangan, semua ujian itu perlu saya lalui sebagai persediaan untuk menghadapi
ujian sebenar.

Mudah-mudahan saya lulus dalam Akademi Ramadhan ini. Sekurang-kurangnya saya jadi manusia lebih baik. Amin..


"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani

Seksyen 5

Shah Alam

Khamis, 10 September 2009

Diari - Pergi Tak Kembali

Salam semua,

Lebih kurang jam 7 pagi 7 September 2009 yang lalu, telefon saya menerima mesej daripada rakan serumah yang menyewa bersama di Shah Alam. Mesejnya pendek, tetapi mengejutkan saya.

"Kak, ayah saya dah tak ada,"

"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.." ucap saya di dalam hati.

Terus saya teringat kepada ayah beliau yang memang sakit dan memang berulang alik ke hospital. Semasa ayah beliau ditempatkan di wad HUKM, saya sempat melawat ayah beliau. Kebetulan saya di kampung, dan jenazah ayahnya akan dikebumikan di Tg Karang (lebih kurang 15 minit dari rumah saya) saya memutuskan untuk menziarahi beliau. Saya mengajak emak dan ayah untuk pergi bersama. Sesampainya kami, van telah bersedia untuk menghantar jenazah ke kubur. Kedengaran imam mengimami solat jenazah. Disebabkan terlalu ramai orang dan keadaan agak sesak, saya tak sempat berjumpa dengan housemate saya. Tambahan pula, sejurus selepas solat jenazah dan doa selesai, beliau terus mengikut rombongan menghantar jenazah ayahnya ke kubur. Saya sedekahkan fatihah semampunya dan mengaminkan doa bersama tetamu yang hadir.

Dalam perjalanan pulang, saya menerima satu lagi sms dari seorang sahabat yang berbunyi,

"Al-Fatihah. Jenazah arwah Esranizam akan di bawa balik ke rumah ayahnya di No.165, Lorong 3, Taman Intan Mutiara, Jalan Kg Banjar, Teluk Intan, Perak. Kebumi insyaallah selepas Asar."

"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.." ucap saya. Terus saya menyedekahkan fatihah untuk allahyarham. Allahyarham Esranizam adalah rakan sekuliah saya semasa menuntut di UIAM dalam jurusan sarjana muda undang-undang. Tersentak saya menerima berita kematian beliau. Tambahan pula di usia yang masih muda beliau telah pergi meninggalkan dunia ini.

Teringat saya lagu Allahyarham Ustaz Asri Rabbani, PERGI TAK KEMBALI, yang mana pada tanggal 13 Ogos 2009,penyanyi lagu ini, Ustaz Asri turut pergi tak kembali. Selepas menerima berita kematiannya, sempat juga saya menziarahi jenazah beliau dan keluarganya di Bukit Lanchong. Rasa terkilan kerana sepatutnya program Malam Amal Waqaf MAIS pada tahun ini, kami mengundang Rabbani, tetapi bertukar artis di saat-saat akhir. Disebabkan disiplin dan komitmen Rabbani, pada dua tahun sebelum ini, memang kami mengundang Rabbani. Kebetulan saya diminta menguruskan persembahan pentas, jadi, secara tak langsung saya lebih mengenali ahli kumpulan ini daripada artis nasyid lain. Sebelum itu juga, saya ada meminta jasa baik Ustaz Asri untuk mendapatkan lagu untuk kumpulan nasyid saya semasa festival nasyid Selangor tahun 2005. Kehilangan beliau memang amat dirasai oleh peminat genre nasyid macam saya.

Apapun, itu bukan mesej utama saya. Saya suka mengingatkan diri saya dan teman-teman, untuk mempersiapkan diri sebelum kita 'pergi' yang tidak akan kembali. Dalam sebuah hadith ada dinyatakan, ada 3 perkara yang akan dibawa semasa kita'pergi' iaitu 1) ilmu yang bermanfaat 2) sedekah jariah yang berkekalan dan 3)anak soleh yang mendoakan. Mudah-mudahan kita semua mempersiapkan diri kita untuk meninggalkan dunia ini dengan bekalan yang cukup.

Khusus kepada saudari Nora dan keluarga serta sanak saudara, ucapan takziah saya kepada semua. Semoga tabah dengan dugaan dan redhailah pemergian ayahanda tercinta. Cepat atau lambat, masa kita akan tiba juga. Paling penting, kita harus bersedia. Teruslah mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani
Seksyen 19
Shah Alam

Sabtu, 5 September 2009

Diari - "Terima kasih la sebab menyampah kat aku.."


Salam semua,

Sebenarnya terlalu banyak cerita yang hendak ditulis, tetapi idea tak keluar. Agaknya sebab rasa bersalah kepada seorang sahabat baik. Disebabkan satu tindakan yang beliau buat, (yang saya rasa kurang wajar), saya menegurnya, then, terpacul kata-kata ini dari mulut saya,

"Menyampah la dengan kau ni, sebab orang tegur tak nak dengar."

Sahabat saya ini, walaupun kedengaran seperti tidak berpuas hati dengan kenyataan saya, sebaliknya membalas dengan kata-kata berikut,"

"Alhamdulillah. Terima kasih laa sebab menyampah kat aku,"
"Lepas semua benda aku buat nak tolong diorang, dugaan macam2 aku dapat nak tolong diorang, campur ko membebel lagi kat aku, sekarang ni pulak, ko menyampah kat aku Hani, terima kasih lahh," katanya lagi.

"Saya ni jujur orangnya (perasan!). Kalau saya menyampah, saya cakap jerrr terus terang," saya membalas.

"Salah ker?" tanya saya tanpa rasa bersalah.

"Hani, Hani.. Memang la kita diminta berlaku jujur, tapi tidak dalam 3 perkara." katanya.

"Aku nak ingatkan kau, tiga perkara kita tak perlu berlaku jujur.. Pertama, dalam peperangan. Kalau kau askar, takkanlah kalau musuh tanya strategi peperangan, kau nak bagi tau? Kedua, kalau kita benci kat orang, kita tak boleh cakap kat dia, kita benci kat dia.. Ketiga, kalau kita tahu, dengan bercakap benar, akan membawa kemudharatan yang lebih besar. Contohnya, time cuti raya, pencuri tanya, rumah ni ada orang tak, sedangkan kita tahu dia pencuri, takkan nak kata tak ada orang.. Jadi kau fikir-fikirkanlah.." sahabat saya mengingatkan.

"Alamak! Jadi saya ni masuk kategori kedua lah? Ye ke? Apa plak? Bukan apa. Saya tak nak jadi munafik, berpura-pura, jadi saya cakap jer la terus terang.." saya masih tak nak mengalah walaupun dah termalu, sebab terlajak kata.

"Hehehe.. Hani, Hani.. Tak kisahlah.. yang penting, aku dah ingatkan. Terpulang lah kat kau nak terima tak," ulasnya pendek.

Pagi ini, saat saya bangun dari tidur, kata-katanya masih saya ingat. Saat saya menonton Air Force One sampai jam 12.30 tengahari, pesanannya masih segar dalam minda saya. Pesanan pada diri sendiri, lain kali jangan cakap main sedap mulut ajer.. Kena berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata. Pada sahabat baik saya, mohon maaf banyak-banyak, dan terima kasih banyak-banyak kerana sentiasa mengingatkan dan meninggalkan pesanan-pesanan yang baik untuk saya fikirkan dan amalkan.

Teringat saya pada kata-katanya satu ketika dulu,

"Sahabat yang baik seperti lebah. Kadangkala dia memberimu madu (pujian) bila kita berbuat baik, dan kadangkala dia memberimu sengat (teguran) jika kita membuat salah."

Memanglah kau sahabat yang baik :) Renung-renungkan :)

"Manusia Mudah Lupa"

Nurhani

Seksyen 19
Shah Alam

Selasa, 1 September 2009

Diari - Malam 12 Ramadhan

Salam semua,

Malam ini adalah malam ke-12 Ramadhan. Sekejap sangat rasanya dah 12 hari umat Islam berpuasa. Malam ke 12 Ramadhan tahun ini, saat orang lain bertarawikh, saya dan tiga orang kakitangan saya masih di pejabat menyiapkan folder untuk Muzakarah Undang-Undang MAIS yang akan diadakan pada 3 September ini.

Sepanjang pagi tadi saya bermesyuarat dengan beberapa ahli Majlis membincangkan mengenai cadangan untuk mengadakan garis panduan untuk mengawal kenyataan berhubung agama Islam dikeluarkan oleh orang yang tidak diberi kuasa. Ini untuk mengelakkan sesuatu kenyataan berhubung agama disensasikan dan dipolitikkan oleh parti-parti tertentu, yang menyebabkan rakyat keliru, kerana kenyataan yang berbeza-beza. Pada sebelah petangnya, saya mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Undang-Undang yang terakhir sebelum program tersebut pada 3 September ini di Grand Blue Wave Hotel.

Saat saya masuk ke pejabat semula, saya baru terperasan seorang kerani telah pun bertukar ke Bahagian lain. "Bila Zura tukar ke bahagian tu Midah?" tanya saya pada Hamidah, Penolong Pegawai Syariah saya. "Dah seminggu dah kak, tak perasan ker.." kata Hamidah. "Mak ai! Dah seminggu rupanya.. Hmmm.. tak perasan la.." kata saya. Rupa-rupanya kerana terlalu fokus dengan kerja menyebabkan saya terlupa untuk mengamati persekitaran tempat kerja saya. Seperti juga pada pagi tadi, seorang pegawai di bahagian lain menghubungi dan bertanya pada saya," Cik Hani, bila kita cuti raya?"soalnya ramah. Saya pada waktu itu, kerana terlalu sibuk menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan dalam mesyuarat pagi tadi, menjawab," Maaf lah yer.. saya tak sempat nak fikir bila cuti raya. Pagi ni saya ada meeting urgent. Minta tanya orang lain lah yer," kata saya. Telefon pula tak berhenti-henti berdering kerana ramai peserta yang menghubungi pejabat kami untuk pengesahan kehadiran. "Aduss!! Boleh pecah kepala macam ni".. kata hati saya.

Mesyuarat pagi tadi menghasilkan satu resolusi supaya satu garis panduan diwujudkan yang akhirnya dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Undang-Undang untuk menyiapkannya pada hujung minggu ini. "Betul-betul murah rezeki bulan Ramadhan ni," kata saya. Walaupun dah mengantuk, mudah-mudahan Allah beri saya dan sahabat-sahabat saya kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi. Amin.

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani
Seksyen 7

Isnin, 31 Ogos 2009

Diari- Merdekakah kita?

Salam semua,

Hari ini, 31hb Ogos 2009 adalah Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke 52. Alhamdulillah. Syukur kerana Allah Taala memberikan peluang untuk kita meraikan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 52. 52.. bukannya satu waktu yang singkat. Kalau kita Pegawai Kerajaan, lagi 5 tahun nak pencen. Kalau dari sudut fizikal manusia, memang kita dah digelar 'orang tua' atau 'golongan veteran'. Ayat yang lebih sopan untuk mereka adalah 'warga emas'. Tapi memang tak pernah ada yang beranggapan bahawa di usia 52 tahun, kita masih tergolong dalam golongan muda atau remaja, melainkan orang yang mempunyai masalah mental. Maknanya, negara kita telah cukup 'tua' dan matang pemikirannya.

Namun, persoalannya, adakah negara kita benar-benar 'merdeka'? Merdeka dari perkara-perkara songsang, budaya songsang, ajaran songsang, ideologi songsang, akidah songsang.. Rasanya baru tadi saya membaca Sinar Harian online menulis berita mengenai seorang gadis berumur 15 tahun dicabul bapa saudaranya yang berumur 42 tahun. Minggu lalu, saya membaca blog Mazidul Akmal (Pengacara 360) yang menulis mengenai blog2 gay yang tanpa segan silu memaparkan biodata dan mengaku mereka gay. Sejak dua minggu yang lalu media -media cetak menulis mengenai kritikan dan komen negatif yang dilemparkan terhadap badan-badan islam mengenai hukuman ke atas Kartika Dewi yang mengaku meminum air kencing syaitan. Siaran TV masa kini (setelah 52 tahun merdeka) yang majoritinya memilih untuk menyiarkan hiburan berbentuk realiti TV, kerana mengaut keuntungan yang lumayan (menyebabkan saya sangat jarang menonton TV), kecuali program-program tertentu. Tak masuk dengan mata yang sakit melihat 'free show' 'punggung-punggung' anak-anak gadis kita yang pakaiannya ketat, singkat dan menjolok mata. Saya turut membaca dalam Harian Metro pagi ini kira-kira 200 orang termasuk 60 remaja wanita ditahan di sekitar Lembah Klang kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral dalam "Ops Masih Ada yang Sayang" yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara ke-52, awal pagi ini. Operasi selama lima jam bermula kira-kira 1 pagi itu melibatkan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid) Selangor dan turut disertai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang.

Merdekakah kita kalau perkara-perkara itu masih membelenggu setiap jiwa manusia yang berfikir? Merdekakah kita? Wajarkah kita mengaku negara kita telah merdeka? Allah berkata:"Tidakkah kamu berfikir?"

Tahun ini, masjid di sebelah rumah saya mengadakan sambutan Merdeka di masjid. Disebabkan jarak yang terlalu hampir dengan masjid, saya dapat mendengar Tuan Imam membacakan doa. Walaupun suaranya tidak begitu jelas, namun, ramai yang mengaminkan doanya. Alhamdulillah, kemungkinan sudah tiba masanya kita membuat anjakan paradigma dengan membuat program-program 'cintakan negara' di masjid, bukan di dataran-dataran atau tempat yang mencampurkan lelaki dan perempuan tanpa sekatan, dengan countdown yang akhirnya menyebabkan ramai remaja kita 'down' di tangan nafsu sendiri.

Apapun, Selamat Hari Merdeka saya ucapkan kepada semua. Kita mungkin merdeka dari penjajah, tetapi belum merdeka dari jiwa penjajah yang penuh dengan budaya songsang dan ideologi songsang. Kita juga belum merdeka dari akidah-akidah songsang yang sering mengganggu umat Islam. Mudah-mudahan kita yang merdeka dapat membantu me'merdeka'kan yang lain, yang belum tahu nilai satu 'kemerdekaan' sebenar. Merdeka seorang hamba, apabila dibebaskan oleh Allah dari dosa-dosanya, dan diberi ganjaran syurga setimpal dengan amalannya. Semoga Ramadhan ini, memberi satu kemerdekaan bagi kita dan keluarga kita. Allahumma barikna fi Ramadhan... Ya Allah, berkatilah kami dalam Ramadhan ini yang penuh kebberkatan.. Amin..

"Mengharap Redha Ilahi"


Nurhani


Kampung Raja Musa

Kuala Selangor

Selasa, 25 Ogos 2009

Diari - Ramadhan yang mengujiku..


Salam semua,

Kebelakangan ini saya jarang mengupdate blog disebabkan komitmen kerja-kerja di pejabat. Tambahan pula, sekarang ini bulan Ramadhan, sebelah malam saya mempunyai komitmen di masjid.

Dalam entri saya lepas, saya berharap semoga Ramadhan ini akan menjadi lebih bermakna. Betullah doa orang yang berpuasa makbul. Ramadhan tahun ini, beberapa peristiwa pahit dan manis terjadi pada saya, walhal baru empat hari umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah ini.

Bermula pada Jumaat lepas, kesabaran saya benar-benar diuji apabila seorang peguam dan seorang anak guamnya melemparkan kata-kata yang kurang sopan kepada saya, disebabkan pertikaian terhadap isu kecil. Masing-masing nak menang. Anak guamnya dengan selamba menghamburkan kata-kata yang menyiat kesabaran saya. Kebetulan pula, saya baru habis mesyuarat menyiapkan afidavit jawapan bagi kes yang berkaitan. Memang letih sangat, sebab seharian memerah otak untuk menyiapkan jawapan. Bila ter'provoke' dengan kata-kata anak guamnya, saya berkata kepada peguam tersebut (dengan nada agak tinggi sebab stress),'

"I think u should do the talking, not him, since he's already appointed you. " kata saya.
Peguam tersebut meminta anak guamnya berhenti bercakap, tetapi disebabkan anak guamnya tidak berpuas hati dengan saya, dia terus angkat punggung dan berkata kepada peguamnya dengan nada marah," Dah la. Kita dah dengar apa LA MAIS cakap. Tak payah nak cakap panjang2, kita balik aje. Tak guna cakap kalau jawapan macam ni yang kita dapat," katanya marah-marah.

"Takk. Tuan, sekarang ni, u all dah la datang lambat, lepas ofis hour, minta kita extend masa, dah tu put the blame on MAIS. Semua pun salah MAIS, sedangkan tuan-tuan yang lambat sampai. Notis kita dah bagi awal pagi tadi kat peguam tuan," kata saya cuba mengawal keadaan. Dalam hati Allah saja yang tahu, sebab letih campur kena provoke, memang la geram.

"Nanti, nanti," kata peguam itu sambil mengangkat tangannya. "Boleh selesai ni," katanya lagi.

Anak guam beliau yang panas hati bangun dan terus berkata," Awak kena dengar arahan saya. Saya ni anak guam awak, saya beri arahan untuk kita balik saja," katanya marah-marah sambil menarik tangan peguamnya. Walaupun nampak tak puas hati dengan tindakan anak guamnya, dia terpaksa akur dan bangun.

"Terpulang kat Tuan. Isnin nanti boleh datang semula. Kita sentiasa beri peluang," kata saya pendek tetapi tegas.

Saya terus pulang ke rumah untuk solat Asar dan bersiap-siap untuk solat maghrib dan tarawikh di masjid negeri. Selepas Solat Asar, saya termenung sendirian memikirkan kejadian yang baru berlaku. Terasa malu sebab kalah dengan nafsu ammarah tadi. Menyesal dengan tindakan yang saya buat. Sedih sungguh rasanya. Rasa nak je jumpa pakcik tu balik dan minta maaf. (Terfikir nak bagi kurma kat pakcik tu...) Air mata ringan jer mengalir... beratnya nak menjaga hati...

Sengaja saya hadir awal di masjid negeri, untuk mencari ketenangan hati. Awalnya, seorang sahabat yang mengajak untuk bertarawikh bersama, saya tolak dengan baik. "Gi lah tengok muka orang yang tenang, baru cool sket," katanya pada saya. "Hmmm... tak pelah. I need time to be alone," kata saya ringkas. Jemaah memang sedikit semasa saya sampai, sebab saya sampai dalam jam 7.45 pm. Nak parking pun senang. Alhamdulillah... Rasa lebih tenang bila sampai saya. Sempat mendengar ceramah dari Imam Besar mengenai fadhilat Ramadhan. Lepas tarawikh, sempat saya sambung semula kerja-kerja sebelum melelapkan mata.

Sepanjang Sabtu dan Ahad, saya menyiapkan tugasan yang sama, tapi sebab banyak, memang tak dapat nak dihabiskan. Niat asal, tak nak balik, tapi sebab tak leh tahan dengan godaan nak berbuka dengan keluarga di kampung, saya akur dengan kehendak hati, dan saranan sahabat saya, untuk lihat wajah-wajah yang tenang dan saya sayang. Teringat pada abah dan emak, hati meronta-ronta nak balik. "Tak kisahlah siap kerja ker tak, nak balik gak," getus hati saya. Tambahan pula, teman2 serumah saya semuanya pun pulang ke kampung untuk berbuka bersama keluarga. Perjalanan ke kampung rasa mudah dan ceria, sebab jalan pun tak jem. 5 minit sebelum buka saya sampai. Semua adik-beradik lain ada, kecuali yang menuntut di UTM Johor. Terus hilang keserabutan dan kekusutan dalam kepala. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... :)

Pagi ini sekali lagi saya diuji. Seorang pakcik dan isterinya marah-marah kepada saya kerana satu isu yang berbangkit. Berbeza dengan pendekatan hujah balas, saya biarkan pakcik itu melepaskan rasa marahnya. Memang la rasa panas hati, tapi boleh bertahan. Mungkin sebab berpuasa dan pagi tadi bertadarus, rasa lembut sket hati kot. Hehehe..

Apapun, Ramadhan ini masih panjang. Banyak lagi ujian yang bakal saya lalui. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan pada saya untuk bersabar dan melalui ujian-ujian lain, untuk mendapatkan keampunan di akhir Ramadhan ini.

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani
Seksyen 5
Shah Alam

Jumaat, 21 Ogos 2009

Diari - Semoga Ramadhan ini penuh makna..


Salam semua,

Sempena Ramadhan Al-Mubarak tahun ini yang akan bermula esok, saya ingin mengambil peluang ini untuk memohon maaf kepada semua pengunjung blog, kemungkinan ada entry-entry saya yang menyentuh sensitiviti sesetengah pengunjung. Selain berpuasa, semoga Ramadhan ini kita penuhi dengan menunaikan ibadah-ibadah wajib dan sunat seperti bertadarus dan bersolat tarawih. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini dapat menambah iman dan amal kita untuk bekalan di akhirat kelak. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan 1430H. Semoga puasa kita bukan sekadar mendapat lapar dan dahaga, tetapi diterima Allah. Semoga Ramadhan ini penuh makna.. Amin.

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani Salwa Jamaluddin
Bangunan Sultan Idris Shah
Shah Alam Selangor

Isnin, 17 Ogos 2009

Peguam Menulis - Cabaran Baru di Pentas Kehakiman

Salam semua,

Dah lama tak menulis disebabkan kesibukan dengan kerja-kerja di pejabat dan aktiviti-aktiviti sosial di luar pejabat. Tambahan pula, sejak Pegawai Syariah MAIS meletak jawatan bermula 1hb Ogos 2009 yang lalu, tak menang tangan dibuatnya. Pagi saya di Mahkamah, petang bergelumang dengan fail-fail dan tugasan di pejabat. Yang tak berapa bagusnya, memang letih laaa, sebab turun naik Mahkamah Syariah. Yang bagusnya, saya amalkan ilmu-ilmu yang saya pelajari di UITM dan UIA, setelah sekian lama tidak beramal sebagai Peguambela dan Peguamcara. Banyak perkara-perkara basic yang saya dah lupa. Rasa pelik semacam jer bila berbicara di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, sedangkan lima tahun yang lalu, ini amalan biasa saya bila di Mahkamah.

Apapun, saya yakin dan percaya, Allahlah yang telah menetapkan bahawa pada tanggal 12hb Ogos 2009, saya akan mewakili MAIS sebagai Peguam Syarie di hadapan Mahkamah. Walaupun saya mungkin tidak bersedia, hanyasanya Allah jualah yang mengetahui dan meredhai bahawa saya benar-benar telah bersedia untuk cabaran yang baru, di pentas kehakiman.

Apapun, saya berdoa, mudah-mudahan cabaran baru ini dapat saya lalui dengan mudah dan dipermudahkan. Dan semoga redha Allah sentiasa bersama saya. Amin.


"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani
Seksyen 5
Shah Alam

Selasa, 11 Ogos 2009

Diari - Gembira ...:D

Salam semua,

Pagi tadi, saya risau dan agak kelam kabut bersedia untuk membentang tiga kertas kerja di Mesyuarat MAIS Bil 3/2009. Walaupun ketiga-tiga kertas tersebut telah disiapkan, tetapi perasaan risau tetap ada. Risau kalau ada pertanyaan dari ahli mesyuarat yang tidak dapat dijawab. Malam tadi, saya pulang agak lewat kerana menyemak menyiapkan kertas terakhir.

Satu kertas berkenaan dengan isu hartanah wakaf milik sebuah kolej lama yang dipegang oleh Lembaga Pemegang Amanah Kolej tersebut. Untuk kertas pertama, seorang ahli Majlis yang juga Pengerusi jawatankuasa terbabit menawarkan diri untuk membentang kertas pertama. Kertas kedua berkenaan dengan cadangan pindaan undang-undang persekutuan yang dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan daripada Majlis Agama Islam negeri-negeri. Semasa pembentangan kertas kedua, saya menjemput beberapa peguam swasta dari Persatuan Peguam Pembela Islam untuk sama-sama berkongsi pandangan mereka di dalam mesyuarat tersebut. Kertas yang kedua ini meminta pandangan daripada MAIS berhubung cadangan pindaan tersebut yang bercanggah dengan Hukum Syarak. Kertas kerja yang ketiga pula lebih menarik, iaitu berkenaan dengan isu penguatkuasaan larangan penjualan arak kepada orang Islam oleh MBSA.

Alhamdulillah, ketiga-tiga paper tersebut, telah dapat saya bentangkan dan diputuskan oleh ahli mesyuarat. Untuk paper pertama, cadangan kami untuk mengadakan pertemuan dengan Lembaga Pemegang Amanah kolej tersebut diluluskan. Untuk paper kedua, cadangan untuk mengadakan muzakarah bagi membincangkan cadangan pindaan kepada undang-undang persekutuan tersebut juga diluluskan. Bagi paper ketiga, cadangan supaya MAIS menguatkuasakan tindakan terhadap orang Islam yang meminum arak. menjual, mengedar, menawar untuk dijual, mempamer, dan yang bersangkutan, diluluskan oleh Mesyuarat. Ini bermakna, MAIS dan JAIS akan melaksanakan tangkapan dan pendakwaan terhadap mana-mana orang islam yang didapati minum arak/ menjual/membeli arak, seperti diperuntukkan di dalam seksyen18 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Gembira tak terkata, sebab lega sangat bila dah habis mesyuarat. Tetapi kegembiraan itu tak lama, sebab habis mesyuarat aje, dah diminta untuk membuat program muzakarah berkenaan dengan cadangan pindaan tersebut pada 27/8/2009 oleh YAD Dato' Pengerusi MAIS dengan menjemput wakil-wakil daripada semua Majlis Agama Islam Negeri. Beliau turut meminta saya menyelaras taklimat yang dibuat oleh JAKIM pada 20/8/2009.

Pada sebelah petangnya, saya sempat berkongsi kegembiraan bersama sahabat baik saya yang baru dianugerahkan Ijazah Sarjana dari Universiti Malaya setelah lima (5) tahun bersusah payah menghabiskan tesis beliau. Tahniah atas kecemerlangan anda, dan teruskan menimba ilmu pengetahuan.

Kegembiraan hari ini tidak berakhir di situ. Saya sempat menziarahi seorang sahabat di Puchong kerana mengalami alahan teruk akibat 'buatan orang'. Alhamdulillah., walaupun nampak pucat, kerana beberapa kali kena masuk air kerana tak lalu makan dan muntah-muntah, tetapi dia tetap jelita, dan bertambah jelita kerana telah turun 13kg tanpa berdiet!. Allah Maha Adil.

Saya dan beberapa sahabat lain yang turut serta pada mulanya berhasrat untuk makan malam di Johnny's.

"Selalu kalau ada Jusco, adalah Johnny's,"kata saya.

Namun niat kami teertangguh kerana di Jusco IOI Mall Puchong tak ada restoran Johnny's.

"Kita makan kat Gembira jer lah Hani," cadang seorang sahabat. "Kat situ meehon gorengnya sedap," katanya lagi. "Ok jer.." balas saya.

Akhirnya, kami berempat makan di Restoran Gembira, yang terletak di seksyen 3 Shah Alam. Alhamdulillah, memang sedap makanannya, dan kami berempat makan dengan gembira. Lepas sampai umah, walaupun rumah bersepah, sebab hati gembira, buat derk jer laa.. heheheh... Alhamdulillah. Terima kasih Allah, kerana memberikan kegembiraan kepadaku, kepada sahabatku dan saudara seislamku yang lain, yang memberikan kami satu ketenangan hati . Sesungguhnya nikmat kegembiraan ini betul-betul satu nikmat yang sangat tidak ternilai, dan mudah-mudahan hari-hari kami yang lain terus dipenuhi dengan nikmat kegembiraan dan ketenangan ini. Amin.

"Mengharap Redha Ilahi:

Hunny
Shah Alam
10.30 malam

Sabtu, 8 Ogos 2009

Diari - Rumah ini, bukan rumah biasa..

Salam semua,

Semalam saya berkesempatan untuk menziarahi pesakit-pesakit HIV Muslim yang dipindahkan dari sebuah gereja di Rawang oleh Ustaz Amin ke penempatan baru mereka di Petaling Jaya. Sebelum ini, saya sempat berkunjung ke sana semasa penghantaran katil-katil dari Hospital Pakar KPJ Selangor (dahulunya SMC). Semasa pertama kali menziarahi rumah mereka, memang kosong, tak ada apa-apa. Katil tak ada, tilam tak ada, sejadah tak cukup, mesin basuh tak ada, meja kerusi pun tak ada. Saya dimaklumkan oleh Ustaz Amin, sebelum ni mereka tidur atas lantai simen. Sedih saya dengar. Mujurlah masih ada yang sayang dan prihatin, diberikan toto dan selimut untuk alas tidur.

Alhamdulillah. Malam tadi, terdapat banyak keperluan asas yang telah disumbangkan termasuk dari pihak MAIS, KPJ dan orang-orang perseorangan. Meja makan dan kerusi, katil, double decker, almari, cadar, tilam, bantal, mesin basuh dan peti sejuk sumbangan MAIS, telah sampai. Katil sumbangan KPJ juga telah disusun. Sejadah-sejadah bersusun dan terlipat kemas di ruang solat. Suasana lebih ceria berbanding pertama kali saya sampai. Ketika saya sampai, Mohamad Ali, salah seorang pesakit di sana, sedang belajar mengaji dengan Ustaz Yazid, yang ditugaskan untuk memberi bimbingan agama kepada penghuni-penghuni rumah tersebut. Jelas di telinga saya Mohamad Ali mengikut sebutan Ustaz Yazid.

"Alif, Ba, Ta..." sebutnya perlahan-lahan.

Mohamad Ali juga adalah saudara baru (muallaf) yang memeluk Islam pada tahun 2007 di Perkim. Di umur lewat 40-an, kesungguhan beliau untuk belajar mengaji menginsafkan saya.

"Alhamdulillah. Allah Maha Penyayang. Mereka masih mempunyai peluang, itupun jika diberi peluang,"bisik hati saya.

Sebelum pulang saya sempat menghadiahkan mereka kain-kain pelikat dan sejadah untuk solat.

"Rajin-rajin solat yer," kata saya pada Nasa, pesakit HIV yang rajin melayani tetamu. "Mestilah," jawabnya sambil tersenyum. Beliau sempat berkongsi cerita dengan saya semasa kunjungan saya kali pertama dulu. Teringat saya ceritanya.

"Dulu saya pernah balik sekali, nak jumpa anak-anak saya. Anak saya dua orang. Saya orang Pahang. Mak mertua saya halau saya. "KO JANGAN SENTUH CUCU AKU!!," marah emak mertuanya. "Diorang tak terima saya," katanya sedih.

"Kesiannyer," bisik hati saya. Jauh di sudut hati, saya berdoa, mudah-mudahan Allah bantu golongan seperti ini. Golongan ini telah melalui keperitan hidup yang mungkin kita sendiri tidak pernah lalui dan tidak dapat bayangkan. Keperitan, kesakitan, penderitaan mereka, hanya Allah sahaja yang tahu rahsia itu. Mereka perlu dibimbing dan dibantu. Mereka tidak dapat menguruskan diri mereka tanpa dibantu.

Subhanallah! Dan sesungguhnya saya sendiri melihat bantuan Allah itu didatangkan melalui hamba-hambanya yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk membantu, saudara seagama. Disuntiknya keazaman dan kekuatan dalam diri hambaNya untuk membantu. Digerakkan mental dan fizikal hambaNya untuk membantu. Walau apa cabaran dan rintangan, hambaNya tetap meneruskan, kerana hambaNya percaya, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA .

Sekalung penghargaan kepada hamba-hamba Allah yang komited dalam membantu saudara seislam kita, mudah-mudahan Allah terus menetapkan hati-hati kamu untuk berbakti dan bekhidmat di jalanNya. Mudah-mudahan Allah melimpahruahkan rahmatNya atas kamu semua. Kepada hamba-hamba Allah yang lain, mari sama-sama membantu, walau sebesar zarah sekalipun, tetap Allah iktiraf. Rumah ini masih memerlukan sumbangan, termasuklah sebuah van untuk berulang-alik ke hospital. Insyaallah, pihak MAIS sedang dalam proses untuk mendapatkan sebuah van untuk kegunaan rumah ini. Buat sementara waktu ini, ada individu yang prihatin meminjamkan kereta peribadi mereka untuk menghantar pesakit.

Pesakit HIV ini, mereka mahu berubah, cuma mungkin tidak diberi peluang. Hanya cemuhan dan kejian diterima. Dibuang sahabat dan keluarga. Tidak ada siapa yang endah. Akhirnya 'dikutip' dan disayang oleh penganut lain. Pada sebahagian daripada kita, mereka ibarat bangkai bernyawa. Tidak ada nilainya pada kita. Tidak boleh dijadikan contoh pada yang hidup. Namun, sekurang-kurangnya, kita bantu mereka, memperbaiki diri dan meningkatkan amal, sebelum saat terakhir itu tiba. Sekurang-kurangnya, bila ditanya Malaikat pada hari kebangkitan;

"Nurhani, apa yang telah kamu lakukan apabila saudaramu terperangkap di dalam gereja?"

mungkinkah saya telah ada jawapannya?

"Masih ada yang sayang"

Nurhani
Seksyen 3
Shah Alam

Katil2 dari KPJ. Baju putih, Bro Mohamad Ali, baju hitam, Bro Nasa.

Tilam sumbangan KPJ.

Pandangan dari atas rumah.

Dapur basah. Banyak ruang kosong. Kalau dapur kita? Dah tak tahu nak letak barang di mana kan? Sebab dah penuh.

Toto dan bantal sumbangan hamba Allah yang baik hati sementara menunggu bantuan katil dan tilam. Mudah-mudahan Allah membalas satu kebaikan yang mereka buat dengan 10 kebaikan.

Mesin basuh sumbangan MAIS.



Almari pakaian sumbangan MAIS.

Peti ais sumbangan MAIS.

Katil sumbangan MAIS.

Berbaju biru, En Mohd Azis, wartawan dari Berita Minggu. Kata beliau," Kami tak dapat nak sumbang wang ringgit atau barang-barang. Apa kami buat, kami bagi publisiti, mudah-mudahan ramai umat Islam yang membuka mata untuk membantu." Alangkah bagusnya jika semua orang berfikiran seperti En Azis, membantu tak semestinya dengan wang ringgit. Kita boleh menggunakan kelebihan yang ada pada kita yang Allah kurniakan.

Jurugambar Berita Minggu mengambil foto Ustaz Amin bersama-sama sebahagian penghuni rumah HIV ini untuk dimuatkan di dalam Berita Minggu.

Saat saya bertolak balik, kebetulan baru masuk waktu Isyak. Ustaz Yazid mengalunkan azan. Tak perlu disuruh, masing-masing terus mengambil tempat di belakang Imam. Sebak hati saya kerana membayangkan keadaan mereka di gereja sebelum ini. Adakah situasi seperti ini terjadi? Adakah mereka dibimbing seperti ini? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Sesungguhnya, rumah ini, bukan rumah yang biasa. Rumah ini didirikan atas dasar taqwa, atas dasar kasih sayang sesama saudara seislam, atas asas bahawa Islam itu satu jemaah, atas dasar kita mempunyai tanggungjawab untuk membantu sesama Islam, tidak mengira pangkat dan keturunan. Rumah ini membuktikan Islam itu sememangnya seperti bangunan yang kukuh, disokong oleh penganut-penganutnya yang bertaqwa dan mempunyai rasa tanggungjawab untuk menghidupkan bangunan itu menurut cara Islam yang sebenar. Allahummansurna wal muslimin. Ya Allah, bantulah kami dan (sekelian) orang-orang Islam. Amin.

Peguam Menulis - Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu


Artikel ini saya petik dari TKOdaily.net. untuk saya abadikan dalam blog saya dan mengingatkan saya dan sahabat-sahabat yang berkunjung mengenai kepentingan wasiat ini untuk generasi Melayu kini dan akan datang.

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:

"Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;


Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain." (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Baginda bertitah wasiat sembilan Raja Melayu - yang terdiri empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu - disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

"Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).

Menurut Raja Nazrin Shah, fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

"Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titah baginda.

Justeru, apa tanggungjawab kita yang masih hidup? Sewajarnyalah wasiat itu dilaksanakan dan dipertahankan, khususnya untuk mempertahankan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan mempertahankan negara dari pengkhianat-pengkhianat bangsa. Bagaimana kita nak mula? Mulakan dengan diri sendiri, berniat dan sentiasa bersedia untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Kemudian, mulakan dengan orang yang paling hampir dengan kita. Paling kurang, tinggalkan pesanan, mulakan dengan solat yang lima, kerana terdapat doa paling agung di dalam surah Al-fatihah, Ihdinassirotol mustaqim.. Mudah-mudahan Allah menunjukkan kita jalan yang benar.. Amin.. Wallahua'lam.

"Islam diagung, Syariah dijunjung"

Nurhani
Seksyen 3
Shah Alam

7.45 pagi

Jumaat, 7 Ogos 2009

Diari - Bila dah lama tak buat..

Salam semua,

Semalam saya berpuasa sempena meraikan Nisfu Syaaban 1430. Seawal jam 4.30 pagi saya dah bangun untuk bersahur dan bersolat sunat. Memang kebiasaan saya, kalau bangun pagi-pagi, mesti layan kopi, nak tahan mengantuk. Untuk wanita yang 'rajin' macam saya, kopi yang biasa saya minum, mestilah 'kopi instant'! Hehehe... Jenama Manggoda. Sedap kopi ni, sebab ada campuran biji habbatussauda dan manggis. Efeknya, memang taktidur la lepas tu..

Sebelah pagi di pejabat, ok lagi.. bertahan, walaupun ada meeting bersama Ketua Bahagian di MAIS. Selepas Zohor, saya dan seorang pegawai MAIS bertolak ke Hospital PUSRAWI Kajang untuk menguruskan beberapa perkara. Saya memandu sendiri ke sana. Sebab dah lama tak drive, (in fact, saya memang tak suka drive time tengahari and waktu panas, sebab mengantuk) ditambah dengan puasa, memang laaaa mengantuk.. Sahabat saya sampai tersengguk-sengguk menahan ngantuk. Kami berjumpa dengan Encik Omar, Pengurus Operasi di sana. Sempat juga beliau meng'update' kami (selaku pengarah ganti) mengenai kes-kes terkini yang berlaku di Hospital tersebut.

Sampai pejabat lebih kurang jam 5 petang. Saya ingat nak balik dah, tapi seorang kakitangan, Shakirah, memaklumkan beliau nak stay back, dan minta saya menemaninya.

"Kesian pulak budak ni." kata saya.

Saya terus solat Asar. Habis solat memang dah tahan dah ngantuknya, terus tertidur atas sejadah.. Sedar-sedar, Shakirah kejutkan saya, dah pukul 7.15pm. Saya terus siap2 untuk Solat Maghrib, berbuka dengan meneguk air mineral, dan terus mencari tempat nak buka posa. Sebab letih sangat, minta Shakirah yang memandu. Habis berbuka, dalam pukul 9, beliau menghantar saya pulang. Kat rumah, sempat bersembang-sembang sekejap dengan housemate, sebelum melelapkan mata semula pada jam 11 malam.

Punya la mengantuk dan letih, bila puasa. Rasanya sebelum-sebelum ni, ok jer... tapi agaknya sebab dah lama tak buat... Tu la pasal. Peringatan untuk diri sendiri. Kena merajinkan diri untuk berpuasa sunat, tak la teruk sangat. Harap-harapnya, Ramadhan ni, tak la macam ni.. :)