Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 29 Ogos 2011

Diari : Eid Mubarak

Assalam,


Belum raya lagi, tapi saya nak ambil kesempatan dan kelapangan waktu yang ada untuk mengucapkan Eid Mubarak, kullu a'min wa antum bikhair, maaf zahir dan batin atas semua kesilapan saya kepada semua pengunjung blog ini, dan teman-teman maya yang lain. Esok malam mungkin kami sudah terlalu sibuk dengan perancangan untuk bertakbir bersama keluarga, isi kuih raya, kemas rumah, habiskan lagi 2 juzuk terakhir,last minute shopping untuk tukar baju my sis yang salah saiz, masak nasi impit dan lauk-pauk dan 1001 macam perancangan lagi. 

Saya mendoakan kita semua selamat dalam perjalanan sepanjang berhari raya, dan semoga segala amalan kita di sepanjang bulan Ramadhan diterima oleh Allah. Berhati-hati di jalan raya dan berjalan raya. 

Pesanan saya, Hari Raya memang hari yang diharuskan untuk bergembira, namun janganlah kegembiraan kita sampai kita melupakan Allah SWT yang telah memberikan kita nikmat dan kegembiraan kepada kita. Latihan solat dan tadarrus al-quran sepanjang Ramadhan sepatutnya menjadikan kita muslim yang lebih baik ibadah dan akhlaqnya. Sentiasa jaga solat walaupun sibuk dengan sesi kunjungan dan ziarah ke rumah saudara-mara dan sahabat - handai.

Selamat Hari Raya Aidilfitri & maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga.

"Eid Mubarak"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Sabtu, 20 Ogos 2011

Diari : Tuanku datang...

Assalam,

18 Ramadhan hari tu, DYMM Sultan Selangor berkenan hadir ke KUIS untuk majlis Iftar dan penyampaian sumbangan hari raya kepada fuqara' dan masakin di KUIS dan kawasan berhampiran. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar sehingga akhir.

Malas citer.. Meh la tengok gambar!:)

"Ramadhan Yang Best"
Nurhani
Shah Alam

Khemah VVIP.

Team Selawat.

Tetamu dari MAIS, JAIS, PWS. Dato' SUK pun ada..:)

Berbaju hijau, YAA Ketua Hakim Syarie Selangor.

Sabar menanti.

In purple, Pengarah JAIS.  In blue, my boss, Rector of KUIS.

Sweet mereka berbaju melayu kan?

2 kali ganda hensem bila mereka ini berbaju Melayu.. I always told that to my boss..:)

Rehearsal penerima sumbangan.



Paparazi berhemah..:)


Me dan team pengurusan KUIS.

Dia datang!:)



Tengok wajah mereka pun aku dah kesian..:(

Seronok kan lihat mereka happy dapat sumbangan :)

Ucapan Rektor.

Bacaan Doa oleh Ustaz Imran.

Saf tarawih.

Aminnn..

Bye!!




























Isnin, 15 Ogos 2011

Main Masak-Masak : Iftar Ramadhan 1432H

Assalam,

Sebahagian bukti main masak-masak di bulan Ramadhan :) Simple dan gaya bujang, tapi tetap sedap ..:P.

Tomyam Campur
Meranti Goreng
Ikan Bilis Kicap Pedas
Telur Ceplok (Edisi Jawa) 
Sayur Campur
Ok. Cukup! Cukup! Nanti batal pose..:P. Sehingga ke Ramadhan ke 15, sekali pun aku tak ke pasar Ramadhan. Kalau balik kampung, makan masakan emak. kalau balik Shah Alam, makan masakan Nora dan Aziah. Air? Air teh panas jerr...Tapi kalau tuan rumah sediakan air sejuk, kadang-kadang minum jugak.  Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang ada. :)

"Sajer"
Nurhani
Bandar Sri Putra

Sabtu, 13 Ogos 2011

Bacalah : Hikmah Pemeriksaan JAIS di Dream Centre, DUMC


 Assalam,

Nak share informasi yang sebenarnya berkenaan dengan pemeriksaan yang dijalankan oleh anggota penguatkuasa agama JAIS yang membuat pemeriksaan terhadap aduan orang Islam menghadiri Majlis Thanksgiving. Boleh baca di sini dan juga di sini. 

Setelah aku membaca dua link di atas, sangat besar hikmah yang Allah nak tunjukkan kepada kita umat Islam, yang masih belum menyedari gerakan Kristianisasi yang mengancam akidah umat Islam di Malaysia. Bukti-bukti yang diperoleh terutamanya melalui keterangan yang diambil dan direkod jelas menunjukkan gerakan Kristianisasi yang tersusun di Malaysia, dan betapa gerakan mereka turut disokong oleh pemimpin-pemimpin politik yang lebih takut dengan kejatuhan di dunia dari menjawab persoalan Allah di akhirat.

So? Apa kita tunggu lagi. Menjadi tanggungjawab kita untuk bersama-sama menghalang gerakan ini dari berterusan memurtadkan saudara seIslam kita melalui dakwah dan pesanan yang berterusan kepada saudara-saudara kita supaya tidak memandang material keduniaan sehingga menggadaikan akidah masing-masing. Dengan nyawa dan darah, kita wajib pertahan Islam. Maukah kita anak-anak kita kelak diberi bible yang telah diubah sebagai panduan hidup sedangkan Al-Quran itu mukjizat Allah yang teragong?



"Islam Agamaku & Agama Negara"
Nurhani
Shah Alam
13 Ramadhan 1432H

Jumaat, 12 Ogos 2011

Just My Opinion : Tindakan JAIS, di mana silapnya??

Assalam,

Sangat teruja nak update blog, tetapi masa tak mengizinkan. Apatah lagi nak ziarah blog orang lain. Nak jugak tukar design dan setting blog i, macam Ana, but still, tak sempat. Bulan Ramadhan ni, memang rasa macam cepat sangat berlalu. Kerja semakin banyak. Mesyuarat pun tak habis-habis. Perbincangan formal dan tak formal, termasuk yang tak ada appointment, dan tak masuk dalam schedule aku, namun terpaksa aku ladeni, kerana tanggungjawab, walaupun semuanya sedikit sebanyak mengambil masa aku yang sangat berharga. 

But still, in this Ramadhan, dalam keletihan menahan lapar, dahaga dan mengantuk, aku berjaya selesaikan dua kes aduan (report tengah type), siapkan satu pindaan undang-undang (type sendiri beb!), jadi urusetia untuk Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang yang bersidang 2 kali (akulah urusetia, akulah chairman), jadi urusetia untuk Jawatankuasa Rayuan Tatatertib (1 kali), siapkan kertas kerja untuk buat program semakan prosiding tatatertib (type sendiri jugak beb!), semak dan finalize 3 agreement (supply buku and IT), meeting and discussions ntah berapa banyak entah (malas kira)..

Anyway, the most precious one is, in this blessed Ramadhan, I cook for my  iftar..:) Bangga weh pada diri sendiri, kerana aku tak pernah buat macam ni pada tahun-tahun sebelumnya. Siap boleh jamu orang lagi..hahaha.. Sedap tak sedap, belakang kira, yang penting niat nak beri makanan pada orang yang berpuasa, kalau boleh setiap hari, insyaallah..:) Bayangkan, aku belum pernah sekali pun pergi pasar Ramadhan tahun ni...:)

Oh ya.! Ramadhan tahun ini, aku masih meneruskan hobi bersolat terawih di masjid. Tahun ini, masjid Al-Azhar KUIS menjadi tempat persinggahan utama aku dengan Rin dan Anom. Best jugak masjid ni, sebab imam-imamnya mempunyai suara yang merdu dan ramai di antaranya yang hafiz Quran. Masjid ini sentiasa penuh dengan students KUIS dan orang luar yang datang berjemaah di sini. Kalau balik Shah Alam, biasalah. Masjid Negeri la tempat aku tuju dengan Nora.

Sorry, tajuk tak ada kena-mengena. Sajer nak cari publisiti  murah. Tapi aku sokong tindakan JAIS 100%. Kena ada pencegahan dakyah Kristianisasi sebelum ianya jadi lebih teruk sehingga membunuh jiwa-jiwa umat Islam. Bila tak dicegah, orang kafir akan rasa mereka bebas berdakwah kepada orang Islam, sedangkan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan jelas menghadkan dan menghalang aktiviti dakwah agama bukan Islam kepada orang Islam. JAIS memang best! Semoga Allah permudahkan urusan mereka kerana mereka membantu agama Allah, bukan seperti sesetengah orang yang sanggup menjual agama Allah kerana takutkan musuh dan  kehilangan dunia. Allah Akbar!

"Innallah ma'ana"
Nurhani
Bandar Sri Putra
12 Ramadhan 1432H

Sabtu, 6 Ogos 2011

Renung Sejenak : "Ramadhan, I love you.."

Assalam semua,

Wah! Sangat cepat Ramadhan berlalu. Dah hari keenam. Aku rasa, Ramadhan kali ni paling best, sebab hari-hari aku sangat sibuk hingga tiada masa nak mengumpat!! Hahahahahha..!! (Sorry kalau sapa-sapa terasa ek??:P) Ampun!!!


Mana taknya..Kalau hari-hari bekerja, aku akan bangun sahur jam 5 (*atau lebih awal sebab nak memasak or panaskan makanan), mandi dan solat Subuh, tadarus Al-Quran, masuk pejabat sebelum jam 8 pagi, balik selepas jam 5 petang (biasanya 6 petang), masak makanan berbuka puasa dengan Rini dan Anom.. Then, ada beberapa minit lagi nak berbuka, duduk lepak-lepak jap, or else, mandi, then terus berbuka. Lepas berbuka, solat Maghrib, then tadarus lagi, then jam 8.40 aku siap-siap nak ke masjid untuk solat Isyak dan tarawih berjemaah. Balik rumah, aku boleh ambil kerja-kerja yang aku bawak dari pejabat, lepak depan TV sambil buat kerja. Pukul 12 barulah aku tidur. Penuh kan?


(*Macam tak percaya aku boleh bangun awal untuk masak nasi goreng untuk sahur..:P)

Cuma, aku rasa lebih seronok sebab maybe aku masak sendiri masakan untuk berbuka time aku di Kajang. Serasa hilang stress aku bekerja seharian kat pejabat. Tak pernah aku buat kerja tu sebelum ni. Memang buang tebiat.. Hahahhha.. Tak caya tanya Nora.. hehehehhe.. Padanlah Ana suka memasak, sebab feel selepas memasak memang best..:) Walaupun melekat bau bawang, minyak, cili kat baju. Paling rasa feel memasak tu, bila nampak asap dapur berkepul-kepul kat ruang tamu umah macam citer I Dream of Jeannie. Tapi tak ada jin yang keluar. Aku dan Rini yang kena keluar sebab terbatuk-batuk sedut asap tu. Hahahahha... Tak bley blah!

Anyway, ada 24 hari lagi untuk kita puasa. Cepat sangat Ramadhan ni. Aku suka sangat Ramadhan. Sebab apa yang orang berpuasa buat, semua Allah gandakan pahalanya. Bayangkan bermula dari kita bangkit bersahur, sehingga kita tidur, dan semua amalan kita digandakan pahalanya, kemudian diterima sepenuhnya oleh Allah kerana tiada kecacatan disebabkan sifat-sifat mazmumah (buruk) yang kita buat. Tentu cepat penuh tabung amalan kita bukan? Sifat mazmumah paling biasa kita buat, mengumpat. Itu memang paling senang dan paling best dibuat secara berjemaah, especially di pejabat. So, elakkan lah. Rugi beb! Penat tahan tak makan, tak minum, tak korek hidung, tapi pensyariatan sebenar Ramadhan sebenarnya adalah supaya kita menjadi insan yang bertaqwa seperti maksud ayat:-

ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّذِينَ آمَÙ†ُواْ Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّذِينَ Ù…ِÙ† Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ
Artinya:
“Wahai orang yang beriman, diwajibkan kepadamu berpuasa sebagaiman telah diwajibkan kepada umat sebelummu agar kamu bertaqwa.” (QS Al-Baqarah : 183)

Bagaimana puasa menjadikan kita bertaqwa? Memang tak mudah untuk mencapai darjat mukmin bertaqwa, tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha. Antaranya adalah dengan menahan diri dari semua perkara yang membatalkan puasa dan juga sifat-sifat mazmumah, terutamanya qaul azzur (kata-kata keji). Lebih baik kita baca al-quran banyak-banyak, daripada kita mengumpat banyak-banyak yang kesannya mengalirkan pahala kita pada orang yang diumpat.

 Allah berfirman yang bermaksud: 
"Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Satu lagi, kenapa aku suka Ramadhan. Sebab, dalam banyak-banyak bulan, bulan Ramadhan ada bonus yang ditawarkan. Iaitu malam lailatulqadar. Bonus 1000 bulan. Tak ada walau satu syarikat konglomerat yang terkaya dalam dunia pernah offer bonus macam ni. Hanya Allah sahaja yang berani offer, bukan untuk kemewahan dunia, tetapi kemewahan akhirat. Itu yang sepatutnya kita rebut, bukan bonus sebulan dua yang kita peroleh dalam dunia.

So, jomlah kita sama-sama rebut bonus dan ganjaran yang Allah janjikan dalam bulan ini. Bukan berebut bercakap pasal keburukan orang lain, supaya kita mendapat rahmat, maghfirah dan kebebasan dari api neraka. Itulah kejayaan sebenar yang dicari, bebas dari neraka jahannam dan beroleh keampunan dan rahmat dari Allah.

 
Panjang sangat tazkirah aku hari ni.. hehehe.. Pesanan untuk diri sendiri dan kaum kerabat serta teman-teman. Cintai Ramadhan untuk kita lebih mencintai Allah. Isikan dengan ibadah dan keikhlasan yang berterusan. Ada 24 hari lagi untuk kita limpahkan tabung amalan kita dengan ganjaran yang Allahh janjikan. Mudah-mudahan kita berjaya. Amin..

"I love Ramadhan"
Nurhani
Shah Alam

Jumaat, 29 Julai 2011

Diari : APC MAIS 2010

Assalam,

Really do not know what to say. But the best kalimah is Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Syukur.. Though I knew I was'nt able to get the same, without the hardwork, teamwork, support and assistance from my beloved staffs as well as the trust given by my superiors. Thanks to Allah for the rizq He grants, thanks to all my families and friends for their continuous love and support, and greatest thanks to my staffs for this achievement. For me, this is not an individual achievement. This is our team (BUU) achievement, though the recipient was only me. May Allah bless us always with His mercy. May our team be strengthened with the spirit to assist the others. Ameenn..

Not to forget, congratulations to all the award receivers. Hope the achievement will improve our  commitment towards our works and duties. Its not the award that is important, because it is based on human's valuation  and judgment which are not perfect and sometimes controversial. The greatest award  is when  we meet Allah with the good heart (qalbu salim) on the Day of the Judgement and Allah grants us Jannah for us to stay forever. Easy to say it, but it is hard to get it. Don't waste your precious time to think what  other people got in this world and what we did'nt, but think and prepare for where we will be and what we will get in the hereafter. May Allah bless us always.

Menerima plak daripada boss lama, YAD Dato' Setia Hj Mohamad Adzib Bin Hj Isa, Pengerusi MAIS. Maybe sebab aku orang pertama dipanggil untuk menerima anugerah, jadi aku mengambil masa untuk naik ke pentas. Sampai di atas pentas, beliau bertanya aku," Dah tau ke belum tak nak dapat anugerah ni?" Ngeeeeeee.. Sori Dato'! Hari ni, baju saya memaksa saya untuk jadi lebih bersopan santun!!:)
Bergambar kenangan bersama Tn Hj Marzuki Hussien, Pengarah JAIS.
Bergambar bersama boss baru, Prof Dato' Dr Aziuddin Ahmad, Rektor KUIS.
Penerima anugerah bergambar beramai-ramai bersama VIP yang hadir.
"Alhamdulillah Syukur"

Nurhani
Shah Alam

Ahad, 24 Julai 2011

Diari : Hadiah dari Bandung

Assalam semua,

Alhamdulillah, aku dan rombongan selamat sampai di tanahair pada hari Selasa lebih kurang jam 7 malam waktu Malaysia. Syukur tak terkata bila roda kapal terbang Air Asia mencecah landasan lapangan terbang LCCT Sepang. Rindu Malaysia!!:P

Letih, tetapi seronok, sebab dapat spent masa bersama emak selama 4 hari di Bandung. Tidur dengan emak, berjalan-jalan dengan emak, bergambar dengan emak, solat dengan emak, makan dengan emak, shopping pun dengan emak. Puas hati deh!! Emak milikku!!:P 

(Cik Ya n Ucu, jangan jeles!! I tak perlu berebut dengan u ols tengah-tengah malam sebab nak tidur sebelah emak selama 4 hari itu!!:P)

Rasanya itulah hadiah terbaik dari perjalanan aku ke Bandung. Kenangan dan memori yang aku kumpul dan kutip bersama emak, insan teristimewa dalam hidup aku. Dalam hatiku berbisik,

"Alangkah baiknya jika Abah masih ada! Lebih banyak kenangan dan memori dapat ku simpan untuk ku kenang."

Walaupun tak banyak kenangan bercuti bersama Abah, namun realitinya amat susahnya nak melupakan Abah,  insan istimewa yang sentiasa dipenuhi kebaikan dalam jiwanya. 

Oh ya. Satu lagi hadiah istimewa dari Bandung, adalah gejala sakit perut dan cirit-birit yang aku alami pada hari terakhir aku di Bandung. Suffer weh!! Ntah berapa kg turun. Betul-betul berkesan ubat kurus dari Bandung. Hehehe..

Me, Auntie n mommy dine @ Sierra. Dapat shawl free. Best kan??:)

Me n mommy @ Tangkuban Perahu, Bandung.

Cik Nil, Mommy and me @ Hotel GH Bandung.

Rombongan Cik Kiah ke Bandung 2011.
Nasi dalam kelapa ni sedap juga, tapi sebab perut dah meragam, tak lalu nak makan. Ini di Bali Heaven, Factory outlet terakhir kami pergi sebelum berangkat pulang.

Strawberry di sini, memang terbaekkk!! Manisss!! Sedap!!Habis semua aku bantai. Jus strawberry, ice cream strawberri dan buahnya sekali. Sapu habis!!:)

Ini bubur Bandung. Sedap tak terkata. Memang sedap!
"Belajar, Melihat & Mentafsir"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Jumaat, 15 Julai 2011

Diari : Break ~away

Assalam,

Lama tak update. Terlalu bz dengan komitmen di KUIS dan jemputan dari MAIS.

Anyway, aku nak berehat sekejap dari dunia pekerjaan. Nak berjalan-jalan di negara orang dengan bonda tersayang.
Doakan aku selamat pergi dan balik yerr.. Sekejap jerr.. tak lama.. 4 hari jerrr.. Doakan aku tau? :D Aku doakan keluarga dan kawan-kawan di Malaysia semuanya sentiasa dalam rahmat Allah. Insyaallah, esok pagi jam 9 aku gerak bersama emak dan 15 anggota rombongan yang lain. Doakan tau? :)

Ok korang. Babai. Assalamualaikum..:)

 

"Bandung Here I Come"
Nurhani
Shah Alam

Isnin, 4 Julai 2011

Renung Sejenak : Bersangka baik dengan Allah

Assalam,

Semalam, seawal jam 9 pagi, aku sudah sampai di Sg Ramal Dalam, menziarahi dua orang sahabat baik yang kematian anak lelaki tunggal mereka. Wajah almarhum aku tatap. Penuh ketenangan. Suci. Murni. Sebak dan terharu membayangkan gelora di hati sahabatku, si ibu yang belum pun bercerai susu dengan anaknya. Aku dikhabarkan almarhum baru sahaja menginjak usia 50 hari. Baru tiga minggu lepas aku dan temanku Shikin menziarahi almarhum buat pertama kali dan manghadiahkan almarhum sepasang baju yang comel. Semalam, aku menziarahinya buat kali pertama dan terakhir. Terdetik di hatiku, entah kan sempat almarhum memakai baju yang kami hadiahkan.

Teringat kiriman sms yang aku terima dari sahabatku lebih kurang jam 2.30 pagi,

"Tq An.. sedang rasa apa yang kau rasa..."

Sebak aku membaca sms berkenaan. Jiwaku diruntun pilu. Saat-saat kehilangan Abah mengimbau di fikiranku. Jujurnya, bukan mudah untuk menerima kenyataan kita hilang orang tersayang, tetapi kita perlu pasrah dan redha dengan ketentuan Allah. Hakikatnya, kita dan orang-orang yang kita sayang di sekeliling kita hanya dipinjamkan Allah buat seketika. Cuma ,kita tidak tahu berapa lama  tempoh peminjaman yang Allah izinkan.

"Bersangka baik dengan Allah dan hadapi ujian ini, sebagaimana orang yang beriman diuji,"

Begitu pesanan ayah kepada sahabatku, seorang ilmuwan ulung, yang jasadnya di rumah sakit, tetapi jiwanya, qalbunya, iktiqadnya, hanya pada Allah.

Terfikir pada diri sendiri. Aku di KUIS, dipinjamkan cuma 3 tahun. Itu yang tertera dalam persefahaman yang dimeterai di antara dua institusi. Ini cuma perancangan manusia. Perancangan Allah, tak siapa tahu. Aku sendiri tak tahu, berapa lama Allah pinjamkan aku ke dunia ini. Fikir. Zikir. Fikir. Zikir. 

Bersangka baik dengan Allah dan bersyukur. Banyak nikmat yang Allah beri dan tak terhitung dengan wang ringgit, namun kita masih lupa Allah. Syukur Allah masih panjangkan usia supaya kita berubah. Bersangka baik dengan Allah. Banyak dosa kita buat tetapi Allah masih beri peluang dan ruang masa untuk kita perbaiki diri. Syukur, Allah tak terbalikkan kita sepertimana kaum sebelum ini.  Alhamdulillah. Syukur. Bersangka baik dengan Allah. Allah kurniakan nikmat paling agung iaitu hidup dan mati dalam keadaan kita beriman pada Allah. Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur. Sujud.

Alfatihah untuk almarhum Muhammad Fadhil Amin. Syurga untukmu sudah pasti. Kami yang hidup ini masih banyak perlu diisi tabung amalan kami untuk bertemu Al-Khaliq. Takziah buat sahabatku Fadhlina dan Fadhli. Semoga rahmat Allah bersama kalian sekeluarga.

"Mati Itu Pasti"
Nurhani
Bandar Sri Putra
Kajang

Sabtu, 25 Jun 2011

Diari : Nasi Lemak Buah Bidara..

Assalam,

Pagi tadi, disebabkan tiada sesiapa yang boleh diharap, aku menawarkan diri untuk menghantar nasi lemak yang emak masak kepada sekumpulan jemaah tabligh di masjid bersebelahan rumah. Biasanya, tugas itu dibuat oleh Abah, yang akan turut sama menyertai kumpulan jemaah berkenaan. 'Khidmat' dan 'ikram muslimin' (menghormati sesama Muslim) itulah prinsip Abah. Abah memang suka beri makan pada jemaah tabligh yang berkunjung ke masjid kami.

Disebabkan aku rasa agak malu juga nak menyerahkan bekalan yang dibawa, aku mengajak kakakku, adik perempuan dan 6 orang anak-anak buahku sebagai 'escort'. 

"Jom! Jom! Sapa nak ikut Cik An pergi kubur Atuk?" aku mengumpan mereka supaya mengikut aku ke masjid.

"Nak! Nak! Nak ikut Cik An!!" masing-masing bingkas bangun meninggalkan laptop masing-masing. Dari Najah yang berusia 10 tahun hingga yang termuda, Amani, 3 tahun, masing-masing teruja dengan ajakan aku untuk menziarahi kubur Atuk mereka.

Selepas bekalan nasi lemak dengan telur goreng dan sambal tumis diserahkan kepada para jemaah tabligh, kami terus ke kubur Abah. Aku membimbing anak-anak buahku untuk membaca surah Al-Fatihah dan surah-surah lazim untuk disedekahkan kepada Atuk mereka. Seterusnya, aku membacakan doa untuk almarhum dalam Bahasa Melayu supaya mudah difahami oleh anak-anak buahku untuk mereka aminkan. Selebihnya, kami mengalunkan zikir beramai-ramai.

"Atuk tidur ke Cik An?" tanya Akid, 5 tahun dengan petahnya.

"Ha ah. Atuk tidur." Jawabku pendek. Terkedu dengan soalan Akid. Tak tahu nak jawab macam mana. Penat menahan air mata dari tumpah. Takungan air mata kakak dan adik tak usah cakap. Terus melimpah setibanya kami di kubur Abah. Tersedu-sedu menangis di tepi pusara Abah.

Aku menahan sebak. Aku sesungguhnya mengerti, yang pergi, tak akan kembali. Yang hidup, perlu teruskan hidup, jangan disia-siakan. Isikan dengan iman dan amal supaya kelak kami tersenyum tatkala dipanggil pulang.

Doa, doa, dan terus doa untuk Abah. Supaya pusara Abah terang dengan limpahan doa dan zikir kami. Supaya Abah dipelihara Allah dengan doa kami.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fua'nhu.. Ya Allah.. Ampunilah dosa Abahku dan Kau rahmatilah dia dan ampuni dosanya. Terima amalannya, jauhkan azab siksa kubur dan neraka. Sesungguhnya aku menyaksikan Abah menghambakan dirinya padaMu..

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih kulurutkan
Hilang Abah hanya sementara
Kerana Allah kami ditinggalkan

"Rindu Abah"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Selasa, 21 Jun 2011

Diari : Senyuman Terakhir Abah..

Assalam semua,

Masuk hari ini, dah 7 hari Abah tinggalkan kami. Perasaan sedih masih berbaki. Buat kerja pun tak fokus sebab asyik terkenang-kenang pada almarhum. Aku rasakan seolah-olah separuh jiwaku pergi dengan pemergian Abah.  Mujur masih ada iman dan aqal yang rasional, membuatkan aku akhirnya redha dan pasrah menerima kehilangan Abah.

Namun, aku akui, hidup perlu diteruskan. Life must go on. Walau aku sayang sangat pada Abah, tapi Allah lebih sayang dia. Allah dah pinjamkan Abah pada kami dan orang-orang lain yang sayang pada Abah selama 70 tahun. Aku patut bersyukur dengan nikmat Allah yang tak ternilai ini. 70 tahun itu, tempoh yang amat lama Al-Khaliq pinjamkan Abah pada kami berbanding dengan ramai kanak-kanak yang menjadi yatim piatu di usia muda. Alhamdulillah.. Syukur ya Allah... Tak terhitung nikmatMu ini apabila kami dianugerahkan seorang Abah yang sangat baik. Syukur..

Semalam dan hari ini, aku masih menerima ucapan takziah dari teman-teman yang tak berkesempatan menziarahi jenazah almarhum. Terima kasih pada semua teman yang mendoakan Abah dan datang berziarah.  Ucapan takziah dan doa kepada almarhum turut aku terima melalui SMS, blog ini dan Facebook. Terima kasih banyak-banyak. Moga Allah anugerahkan ganjaran pada yang mendoakan almarhum Abah. Aku teringat kata-kata adikku,

"Kawan-kawan Cik An memang true friends. Cik An susah diorang datang ziarah. Bagus sangat,"

Kata-katanya menyentuh hati aku. Akhirnya aku menyedari sesuatu yang membuatkan aku benar-benar terharu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Dia ambil cuma seorang Abah dan seorang insan yang paling aku sayang dari aku, tetapi Dia anugerahkan ramai orang di sekeliling aku untuk menyayangi aku. Ibu, adik-beradik, saudara-mara, dan teman-teman. Alhamdulillah.. Syukur..


Menurut cerita adik bongsuku yang berada dengan Abah di saat-saat akhir hayat Abah, Abah melemparkan senyuman pada adik. Mulanya adikku menyangka Abah cuma berjenaka dengannya. Abah menggelengkan kepala waktu adikku bertanya sama ada Abah rasa sakit. Apa yang adikku lihat hanyalah senyuman Abah. Adikku langsung tak menyangka itu senyuman terakhir Abah sebelum meninggalkan kami selama-lamanya. Aku doa, Abah terus tenang dan tersenyum walau Abah kini berada di alam lain. Abah tersenyum di akhir hayatnya, setelah 70 tahun menghabisi usianya dengan menyampaikan ilmu dan dakwah kepada umat Islam, mengamalkan sunnah-sunnah Nabi, dan paling utama dan paling Abah titikberatkan, adalah menjaga solat fardhu dan sunat. Aku doa supaya aku turut tersenyum, macam Abah, di akhir hayatku. 

Paling aku syukur, aku sempat bagitau Abah, aku sayang kat Abah. Aku doakan roh Abah tenang di sana. Al-fatihah.


"Say what you want to say when you have the time, tomorrow maybe one day late.
Our deepest regrets are words unsaid and things undone."

"Rindu Abah"
Nurhani
Shah Alam