Bab 1- Dari Shah Alam ke Meru
Semalam, aku dan kakak serta dua anak perempuannya pulang ke kampung sekejap, temankan emak yang keseorangan di rumah, sebab ayah ke Ijtimak Tabligh Antarabangsa di KLIA. Saja nak surprise kat emak, tak bagitau pun kami nak balik. Kami bertolak lebih kurang jam 7.00 pm. Kami singgah untuk solat Maghrib di rumah makcik di Meru. Selepas solat, semasa membetul-betulkan tudung di cermin yang betul2 terletak di sebelah dapur, anak saudara ku Najah berkata," Mama, ada bau sedap la. Macam bau tomyam jerr',"katanya selamba. Kakak ku berkata," Hish! Mana ada. Tu bau makanan kat kedai lahhh," sambung beliau sambil menarik tangan anaknya. Kebetulan rumah makcik saya betul2 terletak di belakang kedai makan. Hidung saya segera menangkap bau tomyam. "Ha ah la. Bau tomyam kedai belakang," ulas aku pendek. Tiba2 makcik saya bertanya,"Tak nak makan dulu ker?" kakak dan aku serentak menjawab," Tak payah la cikk!!" Nanti kat rumah jer kami makan,"sambung kakak saya. "Acik ada masak tomyam, dah panaskan pun," ujarnya. "Oh! Tomyam acik ker sebenarnya? Ingatkan kedai belakang. Alamak! Malunya!!,"kata saya sambil tergelak-gelak. Mesti makcik saya kata,"Ayat power budak2 nih!"walaupun kitorang tak ada niat pun. Dek kerana hidung saya dan Najah, akibatnya, kami dijamu tomyam sampai kenyang. Hahaha!!
Bab 2 - Dari Meru ke Kampung
Kemudian kami meneruskan perjalanan. Sampai di rumah lebih kurang jam 9.30. Rumah dah gelap. "Dah tido emak agaknya,"kata kakak. Betul2 emak tak perasan kami balik. Dia boleh buat tak tau jer, sampai la berkali2 kami ketuk pintu, pun dia tak sedar. Akhirnya, kakak ku menghubungi telefon bimbit emak."Emak. Kitorang ada kat luar ni, bukak la pintu,"kata kakak saya. "Betullah emak. Kitorang kat luar ni," kata kakak lagi. "Mesti emak tak caya nih," getus hatiku. Tak lama lepas tu, emak membuka pintu." kenapa balik tak cakap?"tanyanya. "Sajer nak surprise mak, rupanya kitorang yang tersurprise, sebab mak tak bukak pintu," kata ku. Dalam hati kesian kat emak sebab kena bangun buka pintu untuk kitorang.
Bab 3 - Dari atas tikar mengkuang ke bilik air
"Kesian anak aku"kata emak, bila aku ceritakan beban kerja di pejabat. "Cariklah kerja lain,"katanya lagi. "Insyaallah, kalau ada rezeki, mak doakanlah," jawab aku. Nampak wajah emak risau memikirkan kerja-kerja aku yang tak habis-habis. Aku punya kerja, emak pulak yang risau. Itulah emak. Aku terus ke bilik air untuk mandi dan bersedia untuk pulang ke Shah Alam.
Bab 4 - Dari pintu rumah ke kereta
Aku kucup tangan emak. Kemudian aku peluk emak dan aku cium kedua-dua belah pipi emak."Emak. Doakan orang yang baik-baik ye mak," kata saya."Yelah,," jawab emak, pendek. Sebaik saja aku masuk ke kereta, aku teringat pesanan seorang saksi yang aku soal-siasat semalam. Menurut beliau, kalau nak dipermudahkan urusan di dunia, bila balik kampung jumpa emak, minta maaf pada emak dan minta dihalalkan makan, minum dan susu. Sebelum bertolak pulang, sempat aku ucapkan pada emak, "Mak. Orang mintak maaf yer mak, halalkan makan minum, dan susu emak yer. Doakan urusan dan kerja kami dipermudahkan,"kataku. Aku melihat airmata bergenang di mata tua emak. "Aku halalkan,"katanya. Tiba-tiba aku rasa sedih sangat. Rasa tak sampai hati nak tinggalkan emak. Rasa nak peluk emak dan lap airmata emak. Dalam hatiku berkata,"Emak! Ampunkan dosaku mak!Doakan kejayaan anakmu ini."
Bab 5 - Dari kampung ke Shah Alam
Perjalanan pulang terasa cepat. Anak-anak buah aku turut menikmati kelancaran perjalanan pulang. Siap tunjuk arah kat mama diorang, jalan ke Shah Alam. Tak tidur pun. Alhamdulillah. Kakak menghantar aku sampai ke rumah. Aku terus start enjin kereta menuju ke pejabat. Tak masuk rumah pun. Rasa ada satu semangat berkobar-kobar nak siapkan report. Bilik pejabat yang panas pun aku tak heran. Berpeluh-peluh pun aku tak kisah. Dari jam 10.30 pagi sampai 6.30 petang aku bertahan. Kenapa ye? Tiba-tiba aku teringat emak. Agaknya semuanya kerana doa emak. Mungkin semuanya kerana redha emak. Mungkin kerana kasih sayang emak. Emak! Serasa ada airmata yang gugur, serasa ada rindu yang belum terlerai.
From Shah Alam with Love;
Hani
Shah Alam
12 Julai 2009
5 ulasan:
Hani : Doa ibu adalah doa yang makbul. Doa yang senantiasa positif, semoga ibu Hana senantiasa sihat dan walafiat. Ammmmin... Eh..lupak plak nak tanya...kampung kat mana tu....tang mana tu..
Salam Hani.
>>"Aku kucup tangan emak. Kemudian aku peluk emak dan aku cium kedua-dua belah pipi emak."Emak. Doakan orang yang baik-baik ye mak," kata saya."Yelah,," jawab emak, pendek".<<
Inilah ungkapan yang menyebabkan Pak Ngah rasa sedih dan teingatkan ibu di kampung, itulah juga amalan Pak Ngah terhadap ibu, walaupun umur Pak Ngah sepurba ini amalan itu masih diteruskan, Pak Ngah tidak nampak adik beradik Pak Ngah berbuat demikian, sekadar cium tangan itu memang ada.sebab mereka sering bersama ibu tidak pernah merasai kerinduan itu.
Pak Ngah pun memang terasa ibu sedang merindui pelukan tesebut, dalam tempoh seminggu dua lagi, Insya Allah Pak Ngah akan balik kampung untuk melegakan kerinduan.
Pak Ngah juga berdoa agar doa ibu Hani dimakbulkan Allah.
Salam Wak Kuntong,
kampung saya di Kuala Selangor. kalau tersesat ke mari, hubungi saya. Boleh saya bawak jalan.. heheh :)
Salam Pak Ngah,
Cepat2 la balik.. Heheheh.. Mudah2an ibu2 kita mendoakan yang baik2 untuk kita. AMIN..
RINDU MAK KITE JUGAK...
NAK BALIK TIAP2 MINGGU TAKOT MEMBEBANKAN MAK N ORG LAIN PULAK..
IKOT HATI MMG NAK BALIK JE!!!!
Catat Ulasan