Salam semua,
Sepanjang hari ini, rasa kepala sekejap2 pening dan imbalance. Saat saya menaip entri ini pun, semacam jer rasa. Tapi boleh tahan lagi. Cuma mata memang rasa nak terpejam. Maybe sebab letih sangat. Tapi, letih-letih pun, malam tadi sempat juga dengar kuliah Israk Mikraj di Masjid Meru sampai jam 10.00 malam, tapi tertidur jugak. Sampai di rumah, terus on laptop untuk buat kertas kerja untuk dibentangkan pagi tadi. Ngantuk punya pasal, jam 1 tido, jam 5 pagi dah bangun untuk sambung. Nak mengekalkan stamina, terpaksalah meneguk kopi, untuk tahan mengantuk. Agaknya sebab banyak sangat minum kopi, kepala pun pening, tambah tak cukup tido.. Mujur masa present paper tak weng weng.
Empat orang staff tak ada hari ni, dua orang MC, dua orang lagi join bengkel membuat peraturan sekolah Islam di Kampung Jawa, menambahkan ke'pening'an. Cari fail pun boleh tak jumpa, walhal semua dah ditagging. Tinggallah kerani 3 orang, masing-masing dengan tugas masing-masing. Semalam, disebabkan arahan untuk membentang paper hanya dimaklumkan pada mesyuarat sebelah petang, saya terpaksa mencari fail sendiri, dan akhirnya tensen sendiri sebab tak jumpa. Hanya selepas menelefon kerani terbabit, usaha mencari menemukan hasil. Satu fail dah ditutup, satu lagi diserahkan kepada pegawai lain.
Apapun, mungkin Allah nak tunjuk dan meminta saya berfikir, walaupun kadang2 kita rasa sesuatu benda atau perkara itu sebagai kecil sahaja, ataupun kita boleh mendapatnya pada bila-bila masa, namun bila tak ada, barulah kita sedar betapa kita memerlukannya dan betapa banyak manfaatnya pada kita.Contohnya, seorang pencari fail, mungkin dianggap kecil tugasannya kerana hanya salah satu cabang perkeranian sahaja, tapi kalau dah beribu2 fail yang ada, untuk disusun atur, tugas itu menjadi begitu penting. Contoh lain, kerani pentadbiran, mungkin pekerjaan itu tidak begitu memerlukan mereka memerah daya berfikir dan mencambah idea, tetapi bila mereka tak ada memang patah sayap juga pegawai atasan, sebab tidak biasa melakukan tugasan perkeranian.
Bagi saya, peranan pegawai di bahagian sokongan (penolong pegawai/pembantu tadbir) ini amatlah penting, khususnya dari sudut pengurusan masa. Banyak masa pegawai yang dapat dijimatkan apabila perkara-perkara seperti mencari fail, membuat minit, menelefon, mengesahkan kehadiran, membuat draf surat dll dibuat oleh pegawai di kumpulan sokongan. Bagi golongan pegawai, mereka tidak boleh goyang kaki sahaja. Tanggungjawab mereka lebih besar, kerana mereka memerah otak dan berfikir, menghadiri mesyuarat, membuat kajian, membentang kertas kerja, mendapatkan keputusan serta perlu menyemak kerja-kerja pegawai bawahan yang dibuat selaras dengan polisi majikan, dan lain-lain arahan yang diarahkan oleh pengurusan atasan. Justeru, saya tidak pernah berfikir bahawa peranan mereka itu kecil. Tambahan pula, apabila di dalam satu hadis menyatakan bahawa setiap ketua adalah bertanggungjawab terhadap orang bawahannya. Jika pegawai bawahan saya melakukan kesilapan, sudah tentu saya juga yang akan disoal, kerana tidak memantau gerak kerja pegawai bawahan.
Bermula 1 Ogos 2009, Bahagian kami akan kehilangan seorang kakitangan yang cemerlang. Bagi pihak Bahagian Undang-Undang MAIS, jutaan penghargaan kepada beliau kerana sudi berkongsi dan mencipta kejayaan bersama kami untuk MAIS dan umat Islam di Selangor. Sudah tentu pemergiaannya sangat dirasai, kerana banyak kenangan pahit manis yang kami lalui bersama, khususnya menentang golongan yang menghina dan merendah-rendahkan Islam. Semoga hijrahnya kelak akan lebih memajukan beliau dan MAIS. Semoga hijrahnya diredhai ALlah.
'Mengharap Redha Ilahi'
Nurhani
Seksyen 5
Shah Alam

4 ulasan:
selayaknya akhie kita tu menentukan masa hadapannya sendiri, banyak juga mehnah dan tribulasi yang beliau hadapi selama ini, harap enti tetapkan pasak, thabatkan azam untuk terus berjuang dalam entiti yang murni ini, walaupun nanti dia dah kat luo namun harapnya dia akan tetap jadi bloggers tegar macam cik hunny,.. sapola nak bagi den vaio P series nih! abrzn
semua kerja akan senang bila semua orang saling menghargai dan bekerjasama..
ustaz ju, teruskan usaha dan semoga berjaya..
Salam Abu razeen,
Hidup ini diberi pilihan, terpulang pada diri masing2. kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Abang J. Perjuangan kami semua belum berakhir..
Salam Nowa,
Thanx for the reminder. Mudah2an kita dapat terus bekerjasama.
Catat Ulasan