Salam semua,
Selama seminggu ini, rasanya terlalu banyak perkara yang saya lalui, sepanjang tempoh waktu yang singkat. Selain dari tidak dapat meng'update' blog ini kerana kesibukan bekerja dan keletihan yang keterlaluan bila tiba waktu malam disebabkan perkara-perkara rutin yang dilaksanakan di pejabat dan selepas waktu pejabat. Ni pun dah ngantuk, tapi nak menulis juga untuk mengingatkan pada diri sendiri aktiviti sepanjang minggu.
Bermula Isnin 6/7/2009, saya telah hadir ke Mahkamah Sivil 3 Shah Alam untuk mendengar keputusan perbicaraan permohonan pertikaian mengenai status agama seorang muallaf bernama Mohan Singh (nama Islamnya, Mohd Hazzeri bin Abdullah). Walaupun Mahkamah Syariah telah memutuskan bahawa Mohd Hazzeri adalah seorang Islam, namun waris beliau tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut lalu memfailkan permohonan di Mahkamah Sivil. Pihak MAIS telah membuat bantahan awal atas alasan mahkamah Sivil tidak ada bidangkuasa untuk mendengar permohonan pihak waris. Sejurus selepas keputusan diumumkan, ramai wartawan menunggu di luar Mahkamah untuk mendapatkan kenyataan peguam MAIS. (Kalau tengok berita, ada la muka saya masuk TV, sebab dok mengekor belakang lawyer.. )

Kemudian, saya diarahkan oleh Pengerusi MAIS untuk ke UIA untuk menghadiri perbincangan bersama Dekan Kuliyyah Undang-Undang UIAM, Datin Paduka Prof Dr Zaleha bin Kamaruddin yang juga adalah merupakan seorang ahli MAIS bagi membincangkan engenai isu pindaan terhadap undang-undang keluarga Islam (Wilayah Persekutuan), Law Reform Act dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan). Lebih kurang dalam jam 7 malam, baru kami bergerak pulang. Kebetulan malam yang sama, saya dan sanak saudara saya telah merancang untuk mengadakan dua surprise party kepada makcik kami di Taman Sri Andalas., Klang dan pakcik kami di Batu Belah Kelang. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, walaupun saya orang yang terakhir datang ke majlis. Memang la letih sebab rushing ke sana ke mari, tapi seronok dapat berkumpul walaupun sekejap.
Selasa 7/7/2009, pada sebelah pagi saya dan kakitangan di Bahagian Undang-Undang berusaha untuk menyiapkan paper untuk di bawa oleh Pengerusi, Setiausaha, Mufti dan beberapa ahli MAIS mengadap ke bawah DYMM Sultan Selangor. Dimaklumkan bahawa Tuanku pada dasarnya bersetuju dengan cadangan pindaan sekiranya tidak bertentangan dengan Hukum Syarak dan memberi manfaat dan keadilan kepada rakyat. Pada sebelah petang , saya juga telah diminta untuk membantu menderaf kenyataan akhbar pihak MAIS berhubung isu pindaan undang-undang tersebut. Pada malam hari yang sama, saya dan beberapa sahabat daripada MAIS telah menghadiri perbincangan bersama NGO Islam untuk usaha mengeluarkan beberapa orang Islam yang menghidap penyakit HIV yang ditempatkan di sebuah gereja di Rawang. Jam 11 malam perbincangan selesai. Saya dan beberapa sahabat turut menyambung membincangkan perkara ini sehingga jam 2 pagi...
Rabu 8/7/2009, saya turut serta di dalam perbincangan mengenai satu kajian yang sedang dijalankan oleh MAIS bersama anggota penyelidik dari UIAM dan UITM. Ini disebabkan saya turut dilantik sebagai seorang anggota penyelidik. Pada sebelah petangnya, saya terus ke Jabatan Peguam Negara untuk sesi perbincangan mengenai harta wakaf Kolej Islam Malaya yang disyaki disalahguna oleh pemegang amanahnya. Pukul 6.30 baru sampai pejabat. Dalam masa yang sama, saya turut dihubungi oleh YB Yaakob Sapari untuk mendapat penjelasan berhubung isu projek MAIS di seksyen 16. Ini kerana pemaju yang sepatutnya menyerahkan kunci kepada pembeli enggan menyerahkan kunci untuk mengelakkan liabiliti yang mereka sepatutnya tanggung. Oleh kerana itu, pihak MAIS terpaksa dibebankan dengan tanggungjawab untuk menyerahkan kunci kepada pembeli demi kepentingan pembeli. Apapun, pihak MAIS sedang dalam tindakan untuk memfailkan saman terhadap pemaju yang terlibat.
Khamis 9/7/2009, saya dan seorang pegawai lagi dilantik sebagai ahli jawatankuasa penyiasatan satu kes high profile di MAIS. Untuk tujuan itu, saya dan seorang sahabat saya terpaksa menemuduga beberapa saksi yang terlibat dengan kes tersebut. Seramai 4 orang saksi dipanggil .Siasatan berlanjutan sehingga jam 8 malam. Kemudian saya ke Ampang untuk menghantar satu dokumen penting dan urgent kepada peguam MAIS di Dataran Ampang untuk digunakan di dalam satu kes MAIS. Jam 10 malam baru saya sampai di rumah. Alhamdulillah ada pemandu yang menghantar, kami kalau tidak, dah tentu tersengguk-sengguk memandu.
Jumaat10/7/1006 saya dan KAD (Ketua AUdit Dalam) MAIS diminta untuk menyambung siasatan berhubung kes tersebut. Hari ini seramai 5 orang saksi lain dipanggil. Huwargggh!! Sampai mengantuk2 menulis jawapan saksi. Jam 7, kami berdua masih di pejabat untuk menyiapkan laporan, kerana perlu dihantar minggu hadapan. Malam ini ada satu lagi surprise party sepupu saya yang perlu saya hadiri di Pulau Indah Klang. Sebelum ke sana, kami berdua singgah di pejabat Ustaz Amin untuk membincangkan beberapa isu berbangkit dengan pesakit HIV di Rawang. Perbincangan berlangsung sehingga jam 9 malam. Kemudian saya menghantar sahabat saya pulang ke rumahnya di Sijangkang, sebelum singgah ke Pulau Indah. Sampai di rumah jam 12.30 malam.
Huwarghhh!!! Sesungguhnya aku dah ngantuk..
Yang mengharap keredhaan Allah
Hani
Shah Alam

8 ulasan:
Salam Hani.
Yang membacanya pun rasa letih inikan pula yang terlibat. "Berat mana mata memandang berat lagi bahu memikul" he3.
Walau bagaimanapun kerja amal makruf begitu ianya tetap mendapat kekuatan.
Salam sdri, alahai siannya dia teramat letih, apa pun segala amanah yg dilaksanakan itu mendatangkan kebaikan pada diri sdri walaupun tak nampak dari mata kasar namun di sisi Allah ianya sungguh bernilai.
Suara orang yang berterima kasih atas kebaikan kamu lebih indah daripada suara kicau burung, cerahnya pagi, gemersik pohon dan petikan tali gitar
Salam Pak Ngah,
Terima kasih atas dorongan dan sokongan Pak Ngah. Mudah2an kita semua mendapat kekuatan untuk melaksanakan semua amanah yang diberi. :)
Salam saudara Razak,
Memang dah menjadi tanggungjawab saya, kena la buat dan laksana. Alhamdulillah, walaupun mungkin ucapan terima kasih tidak dizahirkan, tetapi saya dapat merasakan. :)
alhamdulillah hunny. Tanggungjawab dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Walaupun penat, insyaallah ada balasannya nanti.
Kes high profile, harap-harap hasilnya tidak dilow profile kan.
wallahuaklam.
Kesian Hani asyik sibuk...saya cadangkan carilah abang yang halal (suami) untuk tukang urut kalau keletihan...ok...semoga cepat dapat jodoh...AAAmminnn.
Salam Dr Sam,
yeargh.. Pasal hasilnya, kena rujuk boss dulu, kena buat apa. kami kuli jer.. heheeh:)
Salam Wak Kuntong,
Insyaallah. Kena tambah kriteria pulak, kena yang pandai urut! Hehehe. Apapun, doakanlah semoga saya dapat abang yang halal. Kalau pandai urut, kira bonus lah! Hehe..
Catat Ulasan