Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 2 Julai 2009

Diari - Micheal Jackson in memory

Salam semua,

Kematian Micheal Jackson yang popular dengan lagu "U are not alone" dan "Beat It" menggemparkan peminat-peminatnya di seluruh dunia dan industri muzik. Banyak spekulasi mengenai tragedi kematiannya ditulis di dada-dada akhbar. Semenjak kematian beliau pada 25 Jun 2009, setiap suratkhabar yang saya baca (selalunya metro dan kosmo) menyiarkan kenangan dan sejarah mengenai artis tersebut. Lagu-lagunya pula sering dimainkan oleh DJ radio. Buletin Utama hari ini menyebut bahawa album penyanyi tersebut menduduki carta teratas album terlaris di pasaran UK dan US sejak kematiannya. Peminat-peminatnya masih meratapi dan menangisi kematiannya.

Tadi, saya ada menerima satu sms dari kawan lama yang berbunyi:-

"Disebabkan memperingati kematian MJ, saya telah mengorbankan nombor telefon saya 016-xxxxxxxx dan menggantikan dengan nombor telefon baru 013-xxxxxxxx, sebagai tanda saya menghargai dan mengingatinya. Apa pula sumbangan Tuan/Puan?Maaf, sebenarnya dah tak ada alasan lebih baik untuk saya menukar nombor telefon, jadi saya menggunakan kematian MJ sebagai alasan terbaik. Enjoy!"

Dalam hati saya berkata,"Macam2 cara orang nak menghargai dan memperingati MJ, walau selepas ketiadaannya". Terfikir saya, alangkah bagusnya kalau semasa saya mati, saya pun akan diingati, tetapi saya ingin mati dan diingati sebagai seorang penulis buku ilmiah dan undang-undang. Seperti Imam Al-Shafie, yang mana buku2 beliau menjadi rujukan utama di dalam bidang fiqh dan usul, Imam al-Ghazali dan lain-lain ulamak Islam yang terkemuka. Saya berdoa moga satu hari impian saya untuk menulis buku akan termakbul, sebagai satu waqaf tenaga dan idea kepada generasi akan datang, dan sebagai bekalan untuk saya di akhirat. Sebagai permulaan, blog saya ini adalah platform mengasah bakat saya. Mudah-mudahan Allah makbulkan. Amin..

Mengharap redha Ilahi,

Hunny
Seksyen 3
Shah Alam
2 Julai 2009



6 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Semoga Allah memberi hidayah dan taufik-Nya sehingga niat Hani ingin menulis buku itu akan menjadi kenyataan.
Cadangan dan niat yang baik adalah juga suatu kebaikan.

Abd Razak berkata...

Salam sdri Nurhani,

Semoga Allah memberi kekuatan pada sdri utk melaksanakan cita-cita sdri tu.

Now Michael is gone. Hopefully, he had found peace in Islam. Hopefully, his faith cushioned that fall. In any case, he is gone. In conclusion, i can only echo the words of his brother in blood and faith, Jermaine, who tearfully prayed this afternoon, "May Allah be with you Michael, always." - Imam Zaid Zakir

KUNTONG berkata...

Hani : ei..minat juga ya.....baguslah tu kalau nak menulis...saya cadangkan tulis tentang "cinta dalam Islam" dan buat thesis utk PHD ke.....nnti kalau dah siap hadiah kat kita satu....ok ?

Hunny berkata...

Salam pak Ngah,

Mudah2an.. impian saya termakbul...AMIN..

Hunny berkata...

Salam saudara Razak,

Terima kasih atas sokongan. Alhamdulillah, khabarnya, saudara mikail ini akan dikebumikan secara Islam. Mudah2an rohnya dirahmati. Amin.

Hunny berkata...

Salam wak kuntong,

Cinta dalam islam? menarik tajuk tu,dah ok dah tu.. Mesti laris di pasaran.