Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 13 Julai 2009

Diari - What a wonderful world..

Salam semua,

Hari ini memang hari yang ceria untuk saya. Terasa semua urusan dipermudahkan. Bermula jam 8 pagi saya dan sahabat saya Puan Norraini, berjumpa dengan Timbalan Setiausaha, untuk menyerahkan laporan siasatan yang kami usahakan sepanjang 3 hari. Saya turut mengajukan isu pesakit HIV beragama Islam di sebuah gereja di Rawang. Alhamdulillah, penerimaan beliau positif, bahawa MAIS perlu membantu. Kemudian, kami berdua ke Lembaga Zakat Selangor untuk bertemu Ustaz Helmy, pegawai zakat yang ramah dan lemah lembut, yang menyatakan kesudian untuk bersama-sama membantu menyumbang dana zakat dalam operasi mengeluarkan pesakit HIV tersebut. Lebih kurang jam 9.30 pagi, saya mempertemukan Ustaz Amin, orang yang banyak berusaha untuk mengeluarkan pesakit HIV dari gereja tersebut dengan YAD Dato' Pengerusi MAIS. Alhamdulillah, Dato' Pengerusi memaklumkan persetujuannya untuk membantu, dan meminta saya menyediakan kertas kerja ringkas untuk persetujuan beliau.

Kemudian, saya dan Puan Norraini meneruskan perbincangan kami bersama Dato' Pengerusi selama lebih kurang 1 jam bersama YAD Pengerusi. Lebih kurang jam 11.30 pagi, perbincangan selesai. Seorang saksi untuk siasatan kami telah pun menunggu di pejabat. Kami bergegas ke pejabat Norraini bagi menyoal siasat saksi berkenaan selama lebih kurang 1 jam lebih.

Pada sebelah petangnya, kami mengikuti perbincangan bersama LZS sehingga jam 3.30. Selepas itu, kami bergegas menghadiri mesyuarat di SPRM Selangor, sehingga jam 5.30 petang. Balik ke pejabat, walaupun waktu bekerja saya sudah tamat, telefon pejabat saya masih berbunyi. Bila saya angkat, rupanya PA kepada ADUN Kota Anggerik iaitu YB Yaakob Sapari yang ingin berbincang dengan saya mengenai penyerahan kunci projek pembinaan di Seksyen 16 Shah Alam.

Sebelum pulang ke rumah, saya singgah di pejabat Ustaz Amin di seksyen 9 untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai pelaksanaan misi 'menyelamat' pesakit AIDS yang beragama Islam dari gereja di Rawang. Jam 9.15 malam baru saya sampai di rumah. Fuh! Walaupun rasa letih, tapi saya puas hati, kerana rancangan saya hari ini semuanya dapat dilaksanakan. Mudah-mudahan rancangan untuk esok dan akan datang terus dipermudahkan. P Ramlee kata , rasa dunia ini , hai ana yang punya! Really thankful to Allah. What a wonderful world! Alhamdulillah.. :)

Mengharap redha Ilahi,

Hunny
Seksyen 3
Shah Alam

6 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam...saya amat menyokong pada bab usahakan untuk mengeluarkan pesakit HIV dari gereja yg dikemukakan Ustaz Amin dlm blognya

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Syabas dan tahniah, Pak Ngah dah ikuti perkembangannya melalui Blog Us.Amin. Pak Ngah rasa sangat kagum dengan usaha tersebut dan rasa malu pun ada kerana maklumlah Pak Ngah hanya berteori sahaja di atas skrin pc.

KUNTONG berkata...

tahniah Hani, semoga Allah snntiasa memberkati usaha anda. AAmmin...

Hunny berkata...

Saudara Razak,

Insyaallah, dalam seminggu dua ni, keluarlah diorang dari sana..

Hunny berkata...

Pak Ngah,

Terima kasih atas sokongan. Doakan kami berjaya.:)

Hunny berkata...

Wak Kuntong,

Aminnn...