Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 7 Ogos 2009

Diari - Bila dah lama tak buat..

Salam semua,

Semalam saya berpuasa sempena meraikan Nisfu Syaaban 1430. Seawal jam 4.30 pagi saya dah bangun untuk bersahur dan bersolat sunat. Memang kebiasaan saya, kalau bangun pagi-pagi, mesti layan kopi, nak tahan mengantuk. Untuk wanita yang 'rajin' macam saya, kopi yang biasa saya minum, mestilah 'kopi instant'! Hehehe... Jenama Manggoda. Sedap kopi ni, sebab ada campuran biji habbatussauda dan manggis. Efeknya, memang taktidur la lepas tu..

Sebelah pagi di pejabat, ok lagi.. bertahan, walaupun ada meeting bersama Ketua Bahagian di MAIS. Selepas Zohor, saya dan seorang pegawai MAIS bertolak ke Hospital PUSRAWI Kajang untuk menguruskan beberapa perkara. Saya memandu sendiri ke sana. Sebab dah lama tak drive, (in fact, saya memang tak suka drive time tengahari and waktu panas, sebab mengantuk) ditambah dengan puasa, memang laaaa mengantuk.. Sahabat saya sampai tersengguk-sengguk menahan ngantuk. Kami berjumpa dengan Encik Omar, Pengurus Operasi di sana. Sempat juga beliau meng'update' kami (selaku pengarah ganti) mengenai kes-kes terkini yang berlaku di Hospital tersebut.

Sampai pejabat lebih kurang jam 5 petang. Saya ingat nak balik dah, tapi seorang kakitangan, Shakirah, memaklumkan beliau nak stay back, dan minta saya menemaninya.

"Kesian pulak budak ni." kata saya.

Saya terus solat Asar. Habis solat memang dah tahan dah ngantuknya, terus tertidur atas sejadah.. Sedar-sedar, Shakirah kejutkan saya, dah pukul 7.15pm. Saya terus siap2 untuk Solat Maghrib, berbuka dengan meneguk air mineral, dan terus mencari tempat nak buka posa. Sebab letih sangat, minta Shakirah yang memandu. Habis berbuka, dalam pukul 9, beliau menghantar saya pulang. Kat rumah, sempat bersembang-sembang sekejap dengan housemate, sebelum melelapkan mata semula pada jam 11 malam.

Punya la mengantuk dan letih, bila puasa. Rasanya sebelum-sebelum ni, ok jer... tapi agaknya sebab dah lama tak buat... Tu la pasal. Peringatan untuk diri sendiri. Kena merajinkan diri untuk berpuasa sunat, tak la teruk sangat. Harap-harapnya, Ramadhan ni, tak la macam ni.. :)

5 ulasan:

DrSam berkata...

Alhamdulillah Hunny dapat menyempurnakan juga ibadat sunat dengan sempurna. Saya pun kalau tengahari memang bertapa dalam bilik aja, tak sanggup nak keluar outstation dsb. Makan pun cuma biskut kering aja...diet gitu ;)

Hunny berkata...

Salam Dr Sam,

Memang tak larat semalam. Alhamdulillah, berjaya gak habiskan posa sehari..:)

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah anda telah diberikan kekuatan oleh bagi menghabiskan itu,semoga mendapat ganjaran daripada keikhlasan anda.Tapi pada hemat saya sebaik-baiknya puasa sunat anda lakukan itu biarlah menjadi rahsia anda dengan ALLAH sahaja.
Ingatlah! syaitan sentiasa mencari kelemahan kita untuk merosakkan kebajikan yang kita lakukan.Awasilah! intaian syaitan......!Didoakan semoga Allah melindungi kebaikan anda.Amin

Hunny berkata...

Salam Tanpa nama,

Terima kasih atas nasihat itu, walaupun mesej saya daripada entry ini adalah, disebabkan dah lama tak posa, efek keletihannya teruk sangat. Apapun, nasihat itu saya terima, dan thanks kerana mengingatkan saya.

日月神教-任我行 berkata...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇