Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 30 September 2009

Diari - Kerja dan raya..

Salam semua,

Hari ini saya kembali semula ke pejabat setelah lebih seminggu bercuti raya. "Amboi kamu! Raya sakan nampak," perli Dato' Pengerusi MAIS semasa saya bertemunya pagi ini. " Mana ada Dato'. Saya ke UTM Johor hantar adik saya," jawab saya, nak cover line sebab cuti lama sangat. Semenjak dua hari lepas, saya dimaklumkan, ramai yang menghubungi saya di pejabat, tetapi diberitahu saya masih bercuti. "Ramai boyfren Kak Hani cari Kak Hani," kata Nora, teman serumah yang juga pegawai di Bahagian Pembangunan Hartanah MAIS. "Ye ke? Ramai betul tu boyfren Kak Hani, yang mana satu?," tanya saya sambil tergelak. "Boypren Kak Hani sorang yang pendek-pendek tu, sorang yang kurus tinggi dan sorang lagi yang ada tahi lalat, "balas Nora sambil tersengih-sengih. "Siapa yer," tanya saya, pura-pura tak tahu. Mendengar jawapan Nora, saya terkekeh-kekeh ketawa, sebab saya maklum ketiga-tiga orang yang dimaksudkan. Untuk tidak menjatuhkan air muka sesiapa, saya tidak dapat mendedahkan ketiga-tiga orang tersebut, walaupun saya 100% pasti kakitangan MAIS dapat mengagak siapa individu yang Nora maksudkan. Apapun, yang pasti, kalau ketiga-tiga individu ini mencari saya, saya dapat membayangkan volume kerja-kerja yang perlu dibuat oleh Bahagian saya tentu bertambah.

Sahlah!Hari ini saya masuk ke pejabat, fail-fail dah bersusun tinggi kat meja nak kena semak dan urus. Pagi-pagi seawal jam 8.30 pagi Dato' Pengerusi dah bertemu saya untuk menyediakan dua paper ke Mesyuarat MAIS yang bersidang pada 6hb Oktober ini. Kebetulan pulak, hari ini saya dah menetapkan sesi temuramah bersama pelajar-pelajar dari Fakulti Undang-Undang UITM bertanyakan mengenai perundangan Syariah. Nama pun temu ramah, memang lah terlebih ramah sampai interview lajak ke jam 1.40 tengahari.

Raya, raya jugak. Kerja, kerja jugak. Tak boleh tidak kena dibuat kerana tanggungjawab. Tak boleh dilewatkan. Mudah-mudahan urusan pelaksanaan kerja-kerja ini dipermudahkan. Hajat di hati nak update diari sepanjang cuti raya. Insyaallah, ada masa nanti saya akan buat juga. Hari ini, nak bereskan kerja-kerja atas meja. :) See ya!

"Salam Aidilfitri 1430H"

Nurhani
Seksyen 5
Shah Alam

4 ulasan:

ana berkata...

ya..saya tau sape yg nora maksudkan..hehehehe

Hunny berkata...

Ana,

kalau tak tau, memang kena potong gaji.. hehehehe..

Leenoh berkata...

Salam Hani.

Sementara ada kerja buatlah kerja tu, kalau tak ada kerja pun susah gak.

Cuba bayangkan kalau tak ada keja, kalau ada duit pun risau dibuatnya.

Cuba tengok Pak Ngah tak dak keja cari keja, hari-hari duduk depan lap top, nasib baik ada lap top ni, kalau tidak merisaukan.

Kalau tak percaya tanyalah Ustaz hehehe.

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

Terima kasih atas pesanan Pak Ngah tu..Memang saya setuju sangat. Saya ambil cuti raya lama tahun ni, bila dah balik semula ke Shah ALam, duduk sorang2 kat umah, memang tak tau nak buat apa. Rasa buntu aje sebab tak kerja.. Alhamdulillah, setakat ni, kerja-kerja di pejabat ni, memang tak pernah berkurangan. Sentiasa ada jer tugasan yang perlu diselesaikan. Insyaallah, harap saya dapat melaksanakan sebaik mungkin. :)

Tapi pak Ngah best jugak, sebab dapat update blog hari-hari :) Kerja jugak tu... :)Cuma tak dapat gaji ajer.. Heheheh..