Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 9 Oktober 2009

Diari- Rumah Terbuka Aidilfitri JAIS, MAIS, LZS & JABATAN MUFTI


Salam semua,

Untuk makluman, hari ini, 9hb Oktober 2009, bermula jam 2pm hingga 5pm, warga bangunan Sultan Idris Shah yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan MAIS, JAIS, Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Mufti Negeri Selangor akan menjadi tuan rumah bagi majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bertempat di perkarangan letak kereta, Bangunan Sultan Idris Shah. Dijemput kepada semua untuk sama-sama memeriahkan majlis. Kepada sesiapa yang kurang arif dengan Bandaraya Shah Alam, bangunan kami ada menara berkembar yang memakai kopiah, seperti gambar di atas, dan lokasinya terletak bertentangan dengan Masjid Negeri Selangor. Datang ramai-ramai!!

"Bestnya Raya"


Nurhani


Shah Alam

Selangor

4 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.

Allah ! - mak ooi.

Terlepaslah nampaknya rezeki ana hari ini, tiada kenderaan, tak pa kita tunggu tahun depan lak.

Terima kasih kerana ingat juga kepada rakyat jelata...terutamanya kepada YB.JPA.seperti Pak Ngah ni. hehehe.

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

Meh la datang. Naik cab,nanti saya bayarkan tambangnyer. :)

abu razeen berkata...

Hani, best la sambutan di JAIS, dapat makan rusa+kambin+cendol+tapai, dah balik kat opis ni kepala rasa macam ada gempa bumi jer... terimakasih daun keladi tahun depan jemput lagi.

Hunny berkata...

Salam Tuan,

Terima kasih datang yer.. Maaf lah, tak terlayan sebab tetamu ramai. Insyaallah, taun depan datang lagi yer.. mungkin kami sembelih unta pulak.. heheheh :)