Sepanjang hari ini keletihan memenuhi undangan di sana-sini. Sejak awal pagi, MAIS menerima kunjungan daripada Persatuan Peguam Syarie Malaysia(PGSM) yang diketuai oleh Presidennya, Tuan Mohammad Isa bin Ralip bersama 10 orang ECXO PGSM. Kunjungan mereka disambut di pihak MAIS dengan diketuai oleh YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS. Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang pegawai kanan MAIS dan JAIS, termasuk saya sendiri, kerana kebanyakkan isu yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan perundangan dan cabaran semasa terhadap perundangan syariah. Ini termasuk isu sebatan Kartika, penghinaan terhadap agama Islam, sentimen dan prejudis terhadap perundangan syariah, isu akidah, isu perwakilan, dan banyak lagi. Alhamdulillah, hasil daripada perbincangan dan soal-jawab, kedua pihak bersetuju untuk berpadu tenaga dan buah fikiran untuk bekerjasama mempertahankan agama Islam dan undang-undang syariah daripada dicabar melalui program-program yang dirancang.
Kebetulan salah seorang EXCOnya Puan Fadhlina, adalah sahabat baik saya yang menyambut hari lahirnya pada hari ini, jadi saya membelikan kek SURPRISE untuknya. Terharu Fadhlina apabila melihat saya membawa kek harijadi untuknya.
Selepas program selesai, saya dan beberapa pegawai MAIS ke Petaling Jaya untuk memenuhi undangan sambutan Aidilfitri di anak syarikat MAIS, Kumpulan MAIS Corporation. Disebabkan kami sampai pun hampir pukul 1, kami solat Zuhur di sana sebelum bertolak ke seksyen 7 untuk menghadiri sambutan Aidilfitri di rumah EXCO Kerajaan, YB Penasihat Undang-Undang Negeri. Lebih kurang jam 2.30pm, kami tiba di sana. Disebabkan saya banyak berurusan dengan YB Penasihat Undang-Undang Negeri dalam isu-isu perundangan, saya rasa kurang wajar kalau saya tak hadir. Elok-elok saja kami sampai, YB Ronnie Liu dan YB Xavier baru keluar dari Dewan Program.
"Selamat Hari Raya, Selamat Hari Raya," kata YB Ronnie Liew kepada saya dengan wajah manis berseri-seri.
"Selamat Hari Raya,"balas saya sambil tersenyum.
"Wah! Hani sekarang. Dah ada gaya YB," sapa Datin Paduka Zauyah, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor semasa saya bersalaman dengan beliau.
"Alamak Datin! Saja la nak kenakan saya, raya-raya ni," balas saya tergelak-gelak.
"Ye lah. Saya tengok, masuk-masuk jer, salam semua orang, gaya YB tu dah ada," kata beliau sambil tertawa.
Ketawa saya mendengar jawapannya. Hmmm.. YB bersalam pun ada gaya tersendiri rupanya ye? Tak tau plak saya. Hanya YB -YB jer yang tau.. Hehehehe..
Disebabkan dah kenyang, saya hanya minum ABC. Buat syarat jer tu. Sempat juga bersembang sebentar dengan YB PUUN dan mengambil foto kenangan dan bertolak pulang. Lebih kurang jam 3.30, saya bergegas ke UIA untuk memulangkan jubah konvokesyen saya, kerana tak mau didenda RM10 sehari jika lewat dipulangkan.
Dalam perjalanan, saya dihubungi oleh seorang pegawai di Bahagian Pembangunan Insan MAIS (yang menguruskan muallaf). Beliau memberitahu bahawa terdapat satu kes pertikaian terhadap jenazah seorang muallaf berbangsa Cina yang baru meninggal dunia di Hospital Serdang dan meminta nasihat daripada saya untuk menyelesaikan isu tersebut. Saya meminta pegawai yang terlibat cuba untuk tidak panik dan cuba menyelesaikan isu tersebut secara sulh (perdamaian) terlebih dahulu.
"Kalau tak selesai, baru kita masuk Mahkamah," pesan saya tegas.
Dari semasa ke semasa, telefon saya berdering-dering, even sampai ke UIA pun masih berdering-dering lagi. Saya memberikan nasihat dan pandangan yang diperlukan. Saya turut menghubungi Dato' Mufti dan Pengarah JAIS untuk mendapatkan pandangan berhubung beberapa isu. Sementara menyelesaikan isu tersebut melalui telefon, saya dan seorang sahabat mencari bilik jubah untuk membuat 'clearance' di UIA. Tetapi alangkah tak bestnya bila kami dapat tahu bahawa bilik jubah tersebut ditutup pada jam 4pm. Kami sampai di UIA pun dah pukul 4.15 petang.
"Kalaulah aku tahu, tentu aku tak datang hari ni," getus saya dalam hati.
"Tak apa la kak. Dia nak bagi akak jalan-jalan kat UIA hari ni. Lain kali tak tau bila nak datang, sebab dah grad," gurau Liza.
Niat saya nak terus balik ke kampung selepas selesai urusan di UIA. Namun, terpaksa saya batalkan dahulu niat itu sebab tak settle lagi isu jubah dan 'clearance' tersebut.
"Esok pagi la Liza, kita datang sini balik. Malas la nak tangguh-tangguh. Tak apalah, Kak Hani balik esok aje. Lagipun ada kenduri kat Kelang, takkan tak pergi pulak," kata saya pada teman saya, Liza.
Saya singgah di rumah seorang sahabat lama di Taman Ibu Kota untuk merasai keenakan cheese cake yang dibuatnya sendiri sekaligus bersolat Asar. Bersembang punya pasal, tak sedar dah nak dekat Maghrib. Saya dan sahabat solat maghrib dulu sebelum bertolak pulang. Teringat pesanan teman sepejabat, Puan Norraini minta hadir di jamuan raya sahabat saya Ustaz Mat di seksyen 9.
"Hani. Nanti ko datang bawak Liza sekali, gi umah Ustaz Mat. Kesian pulak dia. Saya nak balik Melaka malam ni, tak sempat. Datang tau, nanti dia merajuk plak," katanya pada saya.
"Saya dah beraya umah dia hari tu kak. Kena ke datang lagi?"tanya saya, macam tak puas hati.
"Alah. Pegi je lah. Beriya-iya dia telefon saya tadi. Kalau sempat, boleh jugak saya datang, tapi tak sempat. Saya nak balik Melaka malam ni. Pergi ye,"pesannya.
Akhirnya, kerana tak nak mengecewakan sesiapa, saya terus ke rumah sahabat saya Ustaz Mat. Semasa kami sampai lebih kurang jam 8.30 malam, tetamu masih ramai.
"Masuklah kak," kata ustaz Mat yang ceria menyambut kehadiran kami. Kebetulan ada beberapa orang sahabat beliau yang dah lama saya tak berjumpa, banyaklah ceritanya. Sahabat saya Liza pun nampak rancak berbual dengan isteri Azizul, Zulfa.
Hanya setelah jam melewati pukul 10.30 malam, saya rasa letih dan mengantuk. Saya mengajak Liza tidur di rumah saya untuk mempercepatkan gerak kerja esok. Kesimpulannya, memang susah nak memenuhi semua permintaan manusia, tetapi buatlah sebaik mungkin, dan ikhlaskan hati, semoga Allah permudahkan urusan kita. Kalau tak dapat penuhi, tetapi kita dah berusaha sebaik mungkin, tentu ada hikmahnya. Selebihnya kita tawakkal dan serah saja pada Allah. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan.
"Penatnya beraya"
Nurhani
Seksyen 3
Shah Alam
Perbincangan dipengerusikan oleh YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS.
Serius nampaknya Dato' Pengerusi semasa menyampaikan ucapan alu-aluan bagi pihak MAIS.
Barisan Pegawai Kanan MAIS dan JAIS.
Apa agaknya yang dibincangkan oleh Puan Afshah dan Cik Yusma tu yer?
Saya, PRO MAIS dan PSU Bahagian MAL MAIS antara yang hadir.
Bertukar-tukar cenderamata kenangan.
Serius nampaknya Dato' Pengerusi semasa menyampaikan ucapan alu-aluan bagi pihak MAIS.
Barisan Pegawai Kanan MAIS dan JAIS.
Barisan EXCO PGSM yang hadir.
Apa agaknya yang dibincangkan oleh Puan Afshah dan Cik Yusma tu yer?
Saya, PRO MAIS dan PSU Bahagian MAL MAIS antara yang hadir.
Bertukar-tukar cenderamata kenangan.
Wajah-wajah ceria dan penuh semangat EXCO PGSM bersama pegawai MAIS.
Bersama Yusmawati, teman lama semasa di UIA, yang sekarang peguam syarie KL. Syabas Yus! Welcome to Syariah, way of life!
Bersama kakitangan MAIS yang hadir dan kakitangan di anak syarikat MAIS, KMC semasa jamuan raya mereka.
Berbaju hijau, Tuan Hj Ab Azis Ab Lah, Pemangku Pengurus Besar KMC, tak puas hati bila kami nak balik cepat sangat.. Heheheh..
Bergambar kenangan bersama YB Datin Paduka Zauyah Bee Binti T Lotkhan, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor.
Anuar, member lama kat UIA turut hadir di jamuan raya YB PUUN. Member UIA ketiga yang saya jumpa hari ni.
2 ulasan:
wah lamanya beraya...pki bj yg sama lak tu..ashammm!!! hehehehe
Wah! Sangat berterus-terang!! Siap nanti kau Ana! :) Tak apa baju sama, yang penting vogue dan wangi...
Catat Ulasan