Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 23 Oktober 2009

Rileks sekejap - Cinta sambal belacan

Salam semua,

Pagi ini, semasa memandu ke pejabat, saya memasang radio. Memang menjadi kebiasaan saya, saya akan mendengar lagu-lagu rancak untuk memberikan rasa bersemangat ke pejabat. Kebetulan semasa memilih lagu, ada satu lagu rancak yang cukup menarik hati saya apabila mendengar liriknya. Disebabkan tak pernah dengar, jadi saya tak berapa ingat liriknya. Cuma yang saya betul2 ingat, bila penyanyinya menyatakan,

"cinta itu macam sambal belacan, pedas dimakan, tetapi tetap mau dimakan, jangan jadikan cinta seperti pisang goreng, sedap dimakan semasa panas,bila dah sejuk sudah tak mau".

Hehehehe.. kelakar, tapi betul jugak.. Tak pasti apa tajuk lagu tu, tapi menurut DJ bertugas, lagu itu dinyanyikan oleh kumpulan Alleycats dalam album mereka "Kucing". Bila dengar, memang rasa terhibur sekejap.

"Layakkah aku mencintaiNya"

Nurhani

Seksyen 5

Shah Alam

6 ulasan:

..nOWa.. berkata...

cinta sambal belacan juga = biarpun sudah habis makan masih melekat baunya..

ana berkata...

cinta sambal belacan = jgn smpi belacan tak cukup 25% kandungan proteinnya...kang kena tangkap ngan kerajaan!

rimajohor berkata...

cinta itu rasa atau perasaan yang sesuai dengan hati.kalau menyintai seseorang jgn tumpahkan kesemuanya.simpan sikit untuk simpanan.nnti rasa cinta sudah tidak ada pada diri kita.Usahakan supaya cinta yg diberikan pada orang lain itu bertambah subur dan menjadi penuh.

Hunny berkata...

Salam Nowa,

Amat mendalam sekali kiasan itu.. :)

Hunny berkata...

Salam Ana,

Begitulah.. Kalau namanya tukang masak yang menitik beratkan kesihatan dan pro kerajaan..

Hunny berkata...

Salam Buah kelapa Turkey,

Terima kasih atas pesanan anda.. Maknanya, kalau makan sambal belacan, kena simpan sikit, nanti habis!!heheheh.. Gurau ajer.. Thanx atas nasihat tu..Semoga cinta kita padaNya bertambah subur, walaupun tidak disimpan2..