Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 22 Januari 2010

Diari - Selamat Pengantin Baru

Pasangan Abdul Hadi dan isteri. Tahniah Bro!

Pasangan Fadilah dan suami. Tahniah sis!


Bergambar kenangan bersama pasangan pengantin.
Salam semua,

Sepanjang penghujung tahun 2009 dan awal tahun 2010, ada beberapa undangan perkahwinan yang sempat saya hadiri. Pesanan saya kepada pasangan mempelai, tahniah diucapkan dan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Kepada si suami, saat kau terima nikahnya, tunaikan hak-hak isterimu, dan bimbinglah isterimu hingga mendapat syurga di dunia (ketenangan hati dan kebahagiaan berumahtangga) dan syurga di akhirat. Ingatlah, isterimu berasal dari tulang rusuk yang bengkok, berlemah-lembutlah dengannya, sayanginya dan perbetulkan kesilapannya dengan berhikmah, kerana, jika kau terlalu kasar, kemungkinan ia bisa patah, akan tetapi, kalau kau terlalu lembut, ia akan terus bengkok. Kepada si isteri, tunaikan hak-hak suamimu, taatinya selama mana dia tidak memerintahmu melakukan perkara yang mungkar. Ingatlah, syurgamu di telapak kaki suamimu. Mudah-mudahan Allah memberkati kalian. Mudah-mudahan kalian bertemu kerana Allah, bercinta dan berkasih sayang kerana Allah dan berpisah hanyasanya kerana Allah. Amin.


"Cintai Allah, cintai Islam"

Nurhani


Shah Alam


Selangor

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam hunny,
Begitulah kehendak Allah,ada orang cepat jodoh pertemuannya dan panjang pula jodohnya hingga ke akhir hayat,ada orang cepat jodoh dan singkat pula jodohnya,ada orang lambat jodohnya dan panjang pula jodohnya hingga ke akhirnya.Apa pun semuanya merupakan ujian Allah.Allah saja yang mengetahui rahsianya.Marilah sama2 kita berdoa semoga ditakdir Allah yang terbaik dan diredhai Allah untuk mereka....Amin.
bila boleh tengok gambar anda pula... lawak no jangan marah ,maaf!

~najihah faizah azaman~ berkata...

wah..bila boleh makan nasi minyak akak pulak. n_n

Leenoh berkata...

Kita sama-sama doakan, insya Allah sampailah masanya nanti.

Hunny berkata...

To Tanpa Nama,

Tak marah.. doakan ajer.. Insyaallah sampai masa, ada gambarnya.. :P

Hunny berkata...

To Najihah,

Terima kasih atas keprihatinan adik. Hanya Allah yang tahu yang terbaik bagi Kak Hani dan semua.:)

Hunny berkata...

Pak Ngah,

Aminnn.. tq for being sooo understanding.. :)

日月神教-任我行 berkata...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,性愛