Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 17 Oktober 2010

Diari : AKRAB

Salam semua,

Minggu lepas, saya dan beberapa orang pegawai MAIS, KUIS dan KMC (anak syarikat MAIS) yang terpilih telah menghadiri Kursus Akrab Tahap 2. AKRAB adalah singkatan kepada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam yang berperanan sebagai Kaunselor bagi pekerja yang bermasalah atau berprestasi rendah di dalam sesuatu organisasi. Fungsinya lebih kurang sama seperti PRS (pembimbing rakan sebaya) di sekolah rendah / menengah. Peserta kali ini adalah peserta yang berjaya melepasi Kursus Tahap 1 yang dibuat sebelum ini. Di akhir Kursus Tahap 2, kami dikehendaki menjalani peperiksaan bertulis sebelum layak ditauliahkan sebagai seorang rakan AKRAB.

Kerana tuntutan tugas di pejabat dan di mahkamah, saya hanya sempat menghadiri 3 sesi, daripada 10 sesi yang dijalankan. Itupun kelasnya dah hujung-hujung. Siap kena perli lagi dengan penceramah yang hadir. Ntah kenapa, ada seorang penceramah yang dijemput kali ini gemar bertanyakan soalan mengenai saya.

"PUU mana, PUU.." soalnya.

Dah la saya selalu tak ada. Jadi, tentu lebih nyata dan jelas ketak'ada'an saya tu. Kantoi!! Anyway, syukur jugak sebab walaupun selalu ponteng kelas dan tak dapat memberikan komitmen sepenuhnya dalam kursus, namun saya masih lulus dalam peperiksaan yang diadakan. Alhamdulillah...:) So, 22 November ni, dapatlah tauliah..:) Pastu??? Pastu, kenalah handle client...

Bagusnya kursus AKRAB ni, kita dapat mengenali potensi diri kita, di samping membantu teman-teman yang bermasalah.

"Muslim itu Bersaudara"
Nurhani
Shah Alam

2 ulasan:

ana berkata...

PUU mana???...masuk lagi peserta "ni ke PUU?"..hahahaha

Hunny berkata...

Uiks,
Ye ke Ana? Memang poyo betul- betul cari PUU..