Alhamdulillah.. Syukur.. Dengan izinNya, dapat aku bertemu dengan Bro Maher Zain tadi.. Alhamdulillah.. Praise be to Allah.. :)
Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat aku snap dalam Showcase "Save The Soul " Maher Zain @ MBSA tadi. Cuma agak terkilan sebab tak dapat rakam persembahan beliau, kerana awal-awal lagi dah diberitahu tak leh rakam. Takut kamera kang kena rampas, tetiba aku jadi terlebih jujur, tak merakam.. Tapi masa lagu Barakallahumma dan Insyaallah, syaitan menggoda aku, dan aku tewas dengan mudah.. So, adalah aku rakam sket.. Hahahaha..
Bergema suara peminat-peminat dengan mengikut lirik lagu yang memuji Allah dan RasulNya. Keadaan pun terkawal, tak ada peminat perempuan yang terjerit-jerit dan terkinja-kinja macam dalam konsert rock, seperti yang didakwa berlaku semasa persembahan beliau di salah sebuah universiti sebelum ini. Showcase dimulakan dengan nyanyian daripada Kumpulan In-Team, disusuli dengan penyanyi yang telah bertudung, Aisyah.
Hopefully, ada ramai artis nasyid antarabangsa lain yang dapat datang ke Malaysia. Berdakwah sambil berhibur. Walaupun ada ramai orang yang tak gemar dan tak boleh terima dengan konsep dakwah sambil berhibur, kerana didakwa tidak mempunyai kesan baik kepada seseorang, sebaliknya semakin menyebabkan orang lalai, pada aku, sekurang-kurang penyanyi seperti Maher Zain memberikan pendengar lagu-lagu alternatif untuk didengar dan dilagukan, dan memecahkan monopoli lagu-lagu cinta yang semakin menyesatkan. Lagu-lagunya terapi saat jiwa aku dilukai, memberikan aku semangat untuk semakin dekat dengan Allah. Lagu-lagunya yang berunsur keamanan dan menyedarkan kita bahawa Allah itu sentiasa ada dekat dengan kita, menyedarkan aku bahawa ada insan lebih teruk dirundung duka. My fav song? Mestilah Insyaallah...:)
Masa nyanyi "For the Rest of My Life" lagu yang didedikasikan khas untuk isterinya. Maher kata," This song is for my wife, so, pls dedicate the song to your wives.." :P
Bye Bro!! Jumpa lagi!!:)
*Tak puas weh dengar, sebab Bro Maher cuma nyanyi 8 buah lagu.. Rasa nak gi lagi!! Huhu..
" Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Hunny
Shah Alam
9 ulasan:
dekat giler gambar maher zain tu...best2!!!
jatuh cinta aku,tp syg...dh kawen la plak!wardina la,bkn bro maher tuh
semoga lbh byk penghibur yg membawa muzik sebegini sekurang2nya mengajak kita menialai dan memuhasabah diri
salam k.hani
lama x dtg ziarah sihat ker?wa..bestnye pg konsert maher zain...x ambik gmbr ngn dia ker?
Ana,
Duduk baris ke 7 dari depan.. best best!!
Tukang Karut,
Berani ek buat kenyataan tu... hahahaha.. tak ada orang marah ker?
Emi,
Kita masih kurang penghibur macam ni.. kena gilap bakat yang ada. Artis sekarang jarang yang nak ingatkan kita dengan Allah, Nabi, akhirat, kiamat... sumer pasal cinta dan dunia.
Ayong,
tak dapat bergambar pun dengan Maher. Tak ada sesi bersama peminat.tu yang tak best tu.. huhuhu..
Привет. Странаня ситуация, пытаюсь зайти на блог, меня постоянно выкидывает. Сейчас зашел через прокси и все нормально. Можно попросить разблокировать ип адрес 192.48.250.80
Так уже с недели две не могу попасть со своего ип в блог.
Catat Ulasan