Musim raya ni memang banyak open house. Walaupun dah nak habis raya, masih ada lagi orang buat open house. Jumaat lepas sempat, aku pergi IKIM punya open house. Banyak la artis-artis nasyid aku jumpa. Sempat bersembang dengan Ustaz Asri Ubaidullah, dari kumpulan Rabbani. Bila aku tanya, dah dapat pengganti Ustaz Asri, dia kata, tak ada kot. Bunyinya macam tak nak cari pengganti. Mungkin tak dapat lupakan lagi Allahyarham.. Hmmm.. Kan bagus kalau semua lelaki macam ni? Kalau isteri meninggal tak cari lain. Hehehe.. Sori.. Tetiba tercross pulak ke cerita lain.
Jumaat malam, dua rumah buat makan-makan. Kat rumah first (rumah Leha) sedap betul kuah kacangnya. Terbaek!! Kat rumah kedua (rumah Wa), aku makan sikit ajer, sebab dah kenyang makan kat umah Leha. Sikit pun, separuh pinggan jugak nasi goreng kerabu aku makan. Ehehehe... Sikit kah?
Sabtu lepas, dua rumah aku gi. Rumah first, rumah Mid. Beliau jamu kami dengan bihun sup dsn soto. Sedap dan hot!! Sebab sambal kicapnya memang extra hot. Pedas setahun!! Tapi sedap. Rumah kedua pulak (rumah Rohaida) ada nasi berlauk. macam-macam lauk ada. Daging salai, sambal udang petai, ayam goreng KFC, sayur campur, ulam... perghhh.. Makan lagi. Seb bek la si Zahin, anak si Aziah yang menumpang kami, tetiba meragam sakit kat leher, so agak cepat la kami balik. Kalau tak?? Takut aku nak membayangkan akibatnya.. Mau beround-round..
Apapun, terima kasih kepada yang menjemput dan menjamu kami makan. Mudah-mudahan Allah limpahkan rahmatNya dan membalas kebaikan dan keikhlasan hati kalian dengan rezeki yang berlipat kali ganda.
"Mencari Redha Ilahi"
Nurhani
Shah ALam
Sori gambar tak clear. Kamera rosak.
4 ulasan:
cantek2...kreatif sesgt. mcm tu la...xde la malu nak tukar baju kat bilik cik hani...hahahaha
aarrrhhhhh,tidakkk!!!!cmner ble sesat tuh????
Salam ana,
thanx.. tapi sebenarnya sangat susah nak pasang 'langsir' ni... asyik koyak jerr.. anyway,jemput la datang tukar baju.. hahahaa.. boleh macam tu??
Tukang Karut,
Tulah..mengarut lagi.. kan dah ter'sesat' dalam pic tu.. hahahaha.. sori weh!! selamat hari raya!!
Catat Ulasan