Petang tadi saya dan adik menemani emak ke majlis perkahwinan anak perempuan kepada sepupu abah, Pakcik Atan. Kami adik beradik tidaklah begitu mengenali Pakcik Atan. Mungkin disebabkan jarak usia, dan kami jarang bertemu.
Semasa adik saya Kamel bersembang dengan Cik Atan, saya ternampak kelibat seseorang yang saya kenali. Cuma macam tak percaya sebab menurut blog beliau, rasanya beliau berada di Medan, Indonesia. Tapi saya tetap nak mencuba. Saya terus mencapai telefon dan terus menaip sms,
"Salam Aliff. Awak ada kat Kompleks Warga Emas Shah Alam ke?"
Saya memerhatikan kelibatnya dari jauh. Dia mencari-cari seseorang. Sah itu dia! Saya melambaikan tangan ke arahnya. Aliff tersenyum.
"Eh! Kak Hani. Assalamualaikum," sapanya. Saya memperkenalkan adik dan emak padanya.
"Sapa ni An?" tanya emak.
"Ini Aliff, anak murid Ustaz Muhamad," jawab saya.
"Kak Hani, buat apa kat sini?" tanyanya ramah.
"Kenduri lah.. Temankan emak. Ayah pengantin tu, sedara abah," jawab saya.
"Laaa... Iyer ke? Pakcik Atan tu, bapak sedara saya. Adik beradik dengan emak," balas Aliff sedikit terperanjat.
"Owh.. maknanye, kita sedara ek?" spontan saja ayat-ayat tu keluar dari mulut saya.
"Haaa?? Sedara kak Hani?? Wakakkaka.." Aliff tergelak-gelak, seakan-akan tak percaya.
Namun, waktu adik saya bertanya, serapat mana kenal dengan saya, jawapan Aliff betul-betul terkesan di hati saya,
"Kak Hani ni, dah macam kakak sendiri."
Sebelum kami berpisah, Aliff memperkenalkan kami kepada ahli keluarganya. Paling best saat berita ini diberitahu kepada Pak Atan sendiri. Seronok sungguh beliau. Kecil sungguh dunia. Tak sangka kami bersaudara rupanya.:D
Moral of the story, jangan la buat jahat kat sapa-sapa. Mana tahu, satu hari nanti, orang tu rupanya bersaudara dengan kita. Jadi besan kita ke, ipar-duai kita ker, menantu kita ker. Kalau diorang tak ampun, kan susah mau cerita. Semua tu, Allah lebih mengetahui. Kalau ada yang bertikai, selesaikan dengan baik. Bukan buat cerita bohong and fitnah sana-sini, tambahkan lagi konflik yang belum selesai, semata-mata nak jaga nama baik masing-masing. Pleaselah.. No one is perfect. Semua orang pun buat salah, buat silap. Islam dah tunjukkan jalan penyelesaian terbaik. Buatlah ikut syariat, mudah-mudahan kita semua terselamat di dunia dan akhirat. Aminn..
"Mari BerSilaturrahim"
Nurhani
Shah Alam
6 ulasan:
betul tu cik hani...tgk cete "you again", takut jd mcm tu la, dunia memang kecik!
fuhh...bila guna nama pelik2 dalam blog sure kita tak dapat kenal sape sebenarnya org tu...
sy banyak jelajah blog orang, bile terserampak dgn tuan blog, sy terus cakap nama blog dia...sy tgur, pastu tuan blog blur2 je...
hahahaha...
Salam.
Sedap la lagu backgroud u ni. Bole bagi tajuk lagu ni n sapa yang nyanyi. Sorry out of topic.
Ana,
Belum tengok lagi citer tuu..:)
White Rose,
Betul lah.. sebab dalam alam maya ni, orang tak suka dedahkan identiti sebenar..
Tanpa Nama,
Saya pun tak sure sapa nyanyi.. Rasa Sammi Yusof. Tapi kena check balik.. sori..:)
Catat Ulasan