Semalam, seharian aku dan Ustaz Fahimi 'berkampung' di Jabatan Mufti Selangor untuk sama-sama menyumbang saran di dalam bengkel mewujudkan satu modul penasihatan akidah yang seragam yang dilaksanakan oleh Jabatan tersebut. Penasihatan akidah yang diuruskan oleh Jabatan Mufti Selangor adalah bertujuan untuk memberi nasihat kepada individu yang berhasrat untuk keluar dari Islam. Program penasihatan ini dilaksanakan selaras dengan kajian yang dibuat oleh MAIS dan Jabatan Mufti Selangor di Negeri Sembilan dan Singapura.
Sebenarnya, di Malaysia, tidak ada undang-undang yang membenarkan mana-mana orang keluar dari Islam, kerana ianya bertentangan dengan Hukum Syarak. Bidangkuasa yang diberikan kepada Mahkamah Syariah adalah untuk menentukan status agama seseorang yang dipertikaikan. Mahkamah Syariah TIDAK BOLEh mengeluarkan perintah membenarkan seseorang keluar dari Islam, kerana ianya bertentangan dengan Islam.
Aqidah yang benar adalah Islam.. |
Antara lain, pegawai di Bahagian Penasihatan Akidah bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada individu yang berhasrat untuk keluar Islam dan memberi penerangan mengenai Islam kepada mereka. Bengkel tersebut turut disertai oleh pegawai di Jabatan Mufti Selangor, beberapa orang peguam syarie dan sivil serta beberapa orang ahli akademik. Alhamdulillah, usai bengkel tersebut, satu draf modul penasihatan yang teratur berjaya disiapkan untuk memudahkan gerak kerja pegawai di bahagian berkenaan. Harapnya, sempatlah nak siapkan yang sempurna, sebelum aku 'berhijrah'..:P
Pagi tadi, kelam-kabut aku dan staff di Bahagian menyelesaikan beberapa perkara penting mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang yang akan diadakan pada 1hb Mac ni. Paper tak siap lagi, maklumbalas belum lengkap. Sempat berbincang dengan anak buah pasal gubalan undang-undang. Tak perasan masa berlalu.
Then, satu sms masuk,
"Miting wakaf dah mula." Sender : Zaihan
"Cik Hani @ wakil, tak masuk ke miting wakaf?" Sender : Rohaida
Kelam-kabut aku bergegas ke bilik mesyuarat. Malu-malu aku masuk. Nasib baik tak tersadung wayar laptop yang berselirat kat dalam bilik mesyuarat.
"Nasib baik saya tak jatuh. Kalau tak, saya saman," kataku pada seorang kakitangan yang membantu aku mengalihkan wayar-wayar di kerusi yang aku mahu duduki. Biasalah. Lawyer. Sket-sket nak saman.:P. Sian mamat tu terpaksa tahan telinga ajerr. Hahaha..
Mesyuarat Jawatankuasa Wakaf berperanan sebagai pentadbir kepada hartanah dan aset wakaf di Negeri Selangor dan bertindak menasihati Majlis untuk semua perkara berkaitan pengurusan wakaf di dalam negeri. Di antara perkara yang dibincangkan termasuklah penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor yang telah pun diwartakan pada 3 Januari 2011 bertujuan untuk membantu Majlis membangunkan hartanah wakaf di dalam negeri. Ini dinyatakan di dalam Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999 yang menyatakan bahawa Majlis adalah pemegang amanah tunggal bagi semua harta wakaf dalam negeri.
Antara produk wakaf terbaru MAIS dengan kerjasama KPJ. |
Petangnya, aku rushed pulak ke Mesyuarat JK Muallaf di JAIS. Sebagai salah seorang AJK yang dilantik, tanggungjawab ini memang berat. Antara yang dibincangkan termasuklah isu pertikaian terhadap jenazah muallaf yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya, konflik akan tercetus bila mana ahli keluarga si mati menafikan pengislaman si mati sedangkan menurut rekod yang ada di pejabat agama, si mati adalah seorang Islam. Jadi, berlakulah perebutan dan pertikaian di antara waris yang bukan Islam dengan pihak jabatan agama. Pertikaian seumpama ini biasanya akan cuba diselesaikan secara rundingan dengan pihak waris dengan menunjukkan bukti-bukti bahawa si mati adalah seorang Islam. Sekiranya rundingan gagal, pihak-pihak akan memfailkan tuntutan di mahkamah Syariah untuk menentukan status agama si mati.
Cuma satu perkara yang amat mendukacitakan ialah apabila jenazah yang dipertikaikan status pengislamannya tidak dapat dikekalkan (maintain the status quo) sementara satu perintah mahkamah diperolehi oleh pihak-pihak kerana tidak mendapat kerjasama pihak waris. Akibatnya, jenazah tersebut kemungkinan dibakar atau diurus menurut cara yang bertentangan dengan Hukum Syarak.
Golongan yang mau mendalami Islam perlu diberi bimbingan yang jelas mengenai Islam. |
Oklah. Panjang sangat entry aku, macam thesis pulak..:P Tau la nak wat PhD.. :) Mau sambung cari universiti yang tergila-gila nakkan aku. :) Panjang sangat queuenya.. Hahaha..
"My Legal Life"
Nurhani
Nurhani
Shah Alam
1 ulasan:
good info..
peguam @ saman.. sinonim kan
Catat Ulasan