Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 1 Februari 2011

Diari : Dari Shah Alam ke Kaherah, Mesir

Assalam semua,


Tadi mak Samsul telefon aku, tanyakan kalau-kalau aku tau apa-apa perkembangan mengenai Samsul yang berada di Mesir.

"Telefon la makcik Hani, kalau ada apa-apa. Tak ada dengar apa-apa ker?" tanyanya pada aku.

"Saya pun tak tau cik, Nanti saya cuba dapatkan info makcik. Saya pun tak pasti," kata saya.

"Makcik cuma dengar dan tengok berita ajer. Lain sumer tak tau," katanya dalam nada penuh risau.

"Tak pe makcik. Insyaallah. Nanti saya cuba tanyakan pada kawan-kawan lain," janji ku.


Usai solat maghrib tadi, aku online FB. ALhamdulillah, dapat chat dengan Tuan Hj Arshad, ayah kepada Azim, kawan karib Samsul yang sama-sama melanjutkan pengajian di sana. Menurut beliau, pelajar-pelajar di sana boleh dihubungi melalui telefon, tetapi bukan melalui sms atau internet. Aku cepat-cepat meminta nombor telefon Azim. 


"Hani rapat dengan diorang. Kena support diorang." kata Hj Arshad dalam FB chatnya pada aku. 


Aku terharu. Aku tak pernah jumpa Hj Arshad, tapi dia boleh tahu aku rapat dengan Azim dan Samsul, dan percayakan aku untuk beri sokongan moral pada diorang.

"Hello Azim. Assalamualaikum. Ni Kak Hani," kataku dengan nada riang, sebab macam tak percaya dapat bercakap dengan Azim setelah sekian lama beliau di Mesir.

"Owh! Kak Hani! Waalaikumsalam!" jawab Azim, kedengaran gembira bila mengetahui aku yang menghubunginya.

"Kak Hani. Tolong! Tolong!" kata Azim, menyebabkan aku tersentak.

"Eh! Napa Zim? Awak ok tak?" tanya aku, cemas bila mendengar permintaan Azim.

Rupanya Azim sengaja buat gimmick. Lega hati aku bila mengetahui Azim, Samsul dan adik-adik aku yang lain selamat di sana. Bagaimanapun menurut Azim, keadaan agak tegang, dan beliau bimbang keadaan akan lebih berbahaya jika bantuan dari kerajaan Malaysia lewat.

"Bengang saya kak. Kerajaan UK dan US dah angkut rakyat diorang kat sini. Dah 4 flight dah. Malaysia tak ada satu flight yang sampai. Diorang nak tunggu sampai bila?" luahnya kecewa.

"Sabar lah Azim. Hadapi ujian ni dengan tenang dan redha. Tadi Kak Hani tengok berita. Kerajaan Malaysia planned nak ambik u ols naik kapal laut, guna kapal TUDM." kata aku memujuk, walaupun aku tak pasti bila bantuan tu akan tiba.

"Tak kisah la kapal apa kak. Kapal perang ke, kapal laut ke.. Rasa macam nak susun-susun botol, kayu ker, hapa ker, ikat-ikat, buat rakit sendiri, balik Malaysia. Tak sabar nak tunggu kapal Malaysia. Yang penting, cepatlah bantu kitorang kat sini." luahnya lagi.

"Insyaallah. Azim. Azim sabar dan redha yer hadapi ujian ni. Kak Hani, Kak Nora, semua kawan-kawan akak kat sini semua doakan Azim dan kawan-kawan kat sana selamat," pujuk ku lagi, cuba mententeramkan Azim.

"Kami memang boleh buat tu jer kak. Orang kata Mesir adalah : Mim (M) untuk Musibah, Sod (S) untuk Sabar, Ro (R) untuk Redha. Itulah yang kami buat. Sabar dan redha dengan musibah," kata Azim lagi. Sayu pulak bila aku dengar kata-kata Azim. Aku cuma doa aje banyak-banyak untuk diorang, moga diorang selamat.

Sebelum memutuskan panggilan, aku berkirim salam pada Samsul yang sedang tidur. Azim kata, Samsul baru balik dari Malaysian Hall. Azim sedang berusaha mendapatkan tiket untuk keluar dari Mesir. Samsul mau menunggu bantuan dari Malaysia. Razak pula, mengikut Azim, seorang yang sangat tenang dan mempunyai keyakinan 140%, bahawa mereka akan selamat.

Adik-adik kita, pelajar-pelajar kita di sana, semuanya perlukan bantuan. Kalau kita tak mampu membantu mereka keluar dari bumi Mesir yang kacau-bilau, sekurang-kurangnya kita doakan keselamatan mereka di sana. Yang mengenali mana-mana saudara seislam di sana, hubungi mereka, dan berikan sokongan moral pada mereka. Kita di Malaysia cukup tenang, cukup mewah sehingga kadang-kadang kita lupa pada kesusahan umat Islam di merata dunia. Islam itu bersaudara. Doakan kesejahteraan dan keselamatan saudara-saudara seislam kita di Mesir.


Dari kiri : Razak, Samsul, Azim, Ustaz Amin dan isteri semasa mula-mula menjejak kaki di Mesir.

Keadaan di Medan Tahrir, Mesir.
"Ukhuwah Itu Indah"
Nurhani
Shah Alam

7 ulasan:

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

rupa2nya akk punrapat ke ngn diorang..moga2 diorang semua selamat..amin

Hunny berkata...

Aminn..:)

Tanpa Nama berkata...

semoga semuanya selamat...

white rose berkata...

ya Allah, mujurlah mereka selamat...
mudah2an semua ini akan reda dengan secepat mungkin...

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga mereka dalam perlindungan Allah..amin

SHIMA berkata...

Ya Allah,siannya...moga mereka selamat. risau gak,ramai org Malaysia kat sana...

Nor Fadzlina Nawi berkata...

Semoga mereka selamat Insya Allah.

Begitulah adanya Pentadbiran org besar2 Malaysia....

Begitulah juga bengangnya org2 di Queensland Australia baru2 ini bila mereka dilanda banjir dgn ke'proaktifan' mereka2 itu ;-)