Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 30 Januari 2011

Renung Sejenak : Aku dan Facebook


Assalam semua,


Walaupun jam dah hampir pukul 2 pagi, namun aku masih mau menulis. Puncanya, sebab seorang teman lama, Emi yang kini menemani suaminya di Chiba Japan, bertanya, bila aku mau update cerita baru? Untuk tidak menghampakan beliau yang membuat permohonan dari jauh, aku type juga entri ini, sekurang-kurang nya dia boleh baca sementara suaminya pi klass. :P

Aku dan Facebook, memang berkawan baik, sebab FB ni menghubungkan aku semula dengan teman-teman lama dari zaman sekolah rendah yang dah lost contact. Dapat jumpa member-member lama yang sama bersekolah di Felda Gedangsa, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Klang, Uitm, UIAM, dll. Baru-baru ni, jumpa balik kakak angkat aku masa zaman sekolah menengah yang dah hampir 18 tahun tak jumpa. Memang aku happy, sebab time dia kawen pun aku tak datang..:P

Tetapi,walaupun  FB ini dapat menghubungkan ikatan sesama manusia, FB jugak yang menjadi punca terlerainya ikatan dan persaudaraan antara manusia. Di London, sebuah firma guaman yang mengendalikan kes perceraian memaklumkan bahawa 1 daripada 5 tuntutan perceraian yang difailkan berpunca daripada FB. Ini kerana pengguna laman sosial FB bercerita mengenai seks dengan orang yang tak berkenaan.

Aku pun terkena juga. Ada sorang hamba ALlah ni, suka-suka ajer nak add aku dan remove aku as friend bila-bila dia suka. Walhal mula-mula dia dah add aku, then dia remove aku. Later, dia juga yang tergila-gila nak add aku semula. Bila aku tak layan, dia siap mesej kat  inbox aku, kenapa aku tak approve dia? 

So, disebabkan aku malassss nak panjangkan isu  FB ni, aku approve friend request dia. Then, baru tadi, aku nak ziarah wall beliau, tapi tekan-tekan tak jumpa. Bila aku aku check friend's list, dia dah remove aku semula. 

Perghhh..Aku betul-betul panasssss... Suka hati jer nak add or remove kita. Pada aku, kalau dalma FB, bila seseorang REMOVE kita, means dia tak nak berkawan dengan kita. Tak faham aku. Rasanya aku tak ada apa-apa masalah langsung dengan beliau.

Dan terbuktilah....memang FB boleh jadi punca pergaduhan, perceraian, pemisahan, dll. Kalau kita tersalah faham dengan maksud sebenar kawan kita, pun boleh jadi gaduh. Kat pejabat pun, orang bergaduh sebab FB. Mana taknya. Mengumpat pasal orang lain dalam FB, bila kawan lain baca, sampaikan pada orang yang diumpat.. Memang bencana besar!!

Tapi aku tak putuskan silaturrahim dengan dia. Tok Guru aku pesan, berdosa putuskan silaturrahim. Aku sentiasa welkam beliau jadi sahabat aku, walaupun dah 2 kali dia REMOVE aku, and tak nak jadi kawan aku. Its ok. Pilihan di tangan beliau. Thanx WR atas pesanan. Maybe aku pun bakal ikut jejak langkah beliau, mendelete FB aku, cuma tak tau bila.

"Renung Sejenak"
Nurhani
Shah ALam

Pengasas FB

FB Bekas suami Maya Karin


8 ulasan:

white rose berkata...

MASYA'ALLAH...

delete je lah kak...
sy baka mendeletekan FB sy...

dalam tu dah jadi medan ngumpat mengumpat...

Hunny berkata...

Astagfirullahal azim.. Terima kasih WR, sebab ingatkan akak ni.. Masa type tu, tengah marah..

DrSam berkata...

Assalamualaikum Hani. Saya gunakan FB sebagai menyambung ukhuwah dan menyambung silaturrahim yang mana terpisah akibat perbezaan dan peredaran waktu. Jika digunakan dengan baik, insyaallah akan memberi munafaat dan sebaliknya.

Namun melihat kepada trend, subahah dan fitnah yang menjadi-jadi saya sendiri pun mungkin akan menutup akaun FB itu nanti.

wallahuaklam

Nor Fadzlina Nawi berkata...

Betul ada baik, ada kurang baik. Tp kalau timbang dia berat sebelah, elok lah difikir2 semula. Me - pun tgh on FB break, bukan pasal ngumpat, pasal melengung dan membuang masa kat situ ler pulak, tak abih Phd di buatnya he..he..he

Abd Razak berkata...

السلام عليكم

Saya tak punya akaun FB...:)

Cukuplah ada blog yang tak seberapa tu sebagai medan utk berdakwah...

ana berkata...

Fb ana utk tgk cete terkini kawan2...respon sekiranya perlu.

Arif and Iza berkata...

Salam hunny,
Pada saya, semuanya bergantung kepada tujuan kita. Termasuklah tujuan gunakan fb tu. Saya sukakan konsep fb yang jadi semacam repositori untuk kawan2 semua. Senang nak tau update kawan2.

Mungkin kalau ada benda2 gosip, fitnah semua tu, just do not take part. Atau keadaan sesuai, mungkin elok kita take part to make it known that it's not good.

It's just like everyday communication. Cuma kadang2 (selalu kot) people go overboard in fb.

zool berkata...

kena bijak gunakan facebook ni. kalau salah langkah memang camtu le jadinya