Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 27 Januari 2011

Diari : Budak-budak memang jujur..

Assalam semua,

Tadi, aku ziarah adik angkat aku Samsul, yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir. Malam ni, dia akan pulang semula ke sana selepas lebih kurang sebulan bercuti di Malaysia. Lama dah aku tak ke rumah beliau. Last aku jumpa, sebelum dia ke Mesir dengan Azim pada bulan Mei tahun lepas. Means, lebih kurang 8 bulan jugak kami tak berjumpa.

Aku gi dengan Nora. Lepas habis ofis and solat Asar, kami gerak ke Sunway. Jalan ke sana memang jem time tu. Aku layan jerr, sebab dah niat nak jumpa Samsul. Aku lupa-lupa ingat rumah Samsul ni, sebab 2-3 kali jer aku pernah ke sana. Yang aku ingat, land mark rumah beliau, betul-betul berhadapan dengan Sunway Pyramid. So, sampai aje kat 1 simpang sebelum Sunway Pyramid, aku signal kiri dan drive masuk, then aku tak tau nak ke mana. Lupa. Aku park keta tepi padang and kol Samsul banyak kali, tapi tak dapat. Maybe dia tengah bergayut. Selepas berkali-kali kol tak dapat, then aku decide untuk belasah ajer cari umah dia. Tak lama pun, sekejap jer. Alhamdulillah, maybe sebab aku dah niat nak jumpa dia, akhirnya, aku jumpa jugak umah beliau, yang dah berubah wajah setelah diubahsuai. Cantek!!

Kami disambut oleh emak Samsul dan kakaknya Wani. Tak berhenti mulut Wani macam bertih goreng bercerita dengan aku. Maklumlah.. Lama tak jumpa. :)

"Lama Kak Hani tak datang. Tak sudi nak bersedara dengan kitorang ker?" kata Wani, dengan nada sedikit merajuk.

"Sibuk sangat ke kak? Saya kol jemput kenduri pun tak datang. Sms pun tak balas. Banyak kali kami buat kenduri, akak tak pernah datang," sambungnya lagi.

"Itu Kak Wani cakap yerr, bukan saya yang cakap tau Kak Hani," sampuk Samsul, yang asyik henti-henti membebel sebab aku tak pernah datang umah dia sepanjang ketiadaan beliau di tanahair.

Alasan aku, sebab rumah diorang dah tukar baru. Tak jumpa cari. Selebihnya, aku cuma mampu senyum ajerr dengar bebelan diorang.. Buat macam gaya artis. No komen...:P

Adik- beradik Samsul yang lain pun ada sama. Maybe sebab Samsul ni anak bongsu, jadi abang dan kakak beliau semuanya pulang ke rumah untuk menghantar beliau ke KLIA malam ini. Memang ramai dan meriah suasana di rumah Samsul. Anak-anak buah Samsul yang tomey-tomey dan nakal-nakal pun ada sama. 

Aku perasan dalam ramai-ramai anak buah dia, ada sorang anak buah dia yang perempuan berumur lebih kurang 4 tahun asyik memandang aku. Aku rileks ajer, sebab maybe dia tak biasa nampak aku, so dia nak cam muka aku, dia kena la pandang lama sikit. Atau pun sebab muka aku LAWA sangat, sebab tu dia suka tengok. Hahahaha..(Itu tipu..:P)

Tapi, bila tak semena-mena keluar ayat ni dari mulut comel kanak-kanak itu, usai kami solat Isyak berjemaah, aku memang nak tergelak;

"Makwe Ucu (Samsul)," katanya dengan pelat kanak-kanaknya. Aku sangkakan dia merujuk kepada Nora.

"Sapa Makwe Ucu? Yang ini ke (Nora) atau yang itu (aku)?" tanya Nora menguji.

Mula-mula, dia malu-malu nak menjawab, then bila aku dan Nora tanya berkali-kali, dia menuding jarinya yang gebuss kepada aku.

"Yang tu." katanya.

Hahahahahhaha!! Aku dah tergelak dah! Patut lah dok ushar aku jer dari tadi, dia ingat aku awek pakcik dia rupanya. 

Pastu, Nora tanya lagi,

"Suka yang mana? Yang mana lagi cantik? (soalan tak boleh blah kot Nora!!!)"

Sambil buat gaya malu-malu, budak pompuan chomel tu masih tetap tunjuk jari kat aku!!! Well, Nora.. Budak-budak memang jujur..:) Hehehehe.. Jangan marah, nanti kena jual..:P

Last picture aku, Nora dan Mell dengan Samsul dan Azim sebelum mereka berdua berlepas ke Mesir pada bulan Mei 2010.

Samsul sekarang... Good Luck.. Teruskan usaha menuntut ilmu.. Semoga kelak jadi Syeikh Kabir..Aminn..:)
"Umat Islam Itu Bersaudara"
Nurhani
Shah Alam

7 ulasan:

ghost berkata...

ilmu yang sangat bagus....selamat berjaya untuk adik hunny.

Hunny berkata...

Thanx on behalf si biskut..:)

Kehidupan Makkah berkata...

Salam..menarik ceritanya..Semoga mereka semua berjaya Insyaallah.

Hunny berkata...

Haji Arshad,

Aminn... Mabruk alaihuma..:)

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga mereka berjaya meraih kejayaan dalam mengutip ilmu akhirat..

matahati-aishahazhar berkata...

malu ye hany hehehe.. yup budak2 mmg jujur..

semoga samsul berjaya..

muka mell tu mcm kenallah.. maybe muka seiras dgn seorang girl kat sekolah dulu..

white rose berkata...

wow...bestnye dpt jumpe adik angkat...
sy dah lama xjumpe adik angkat sy di KL...

walhal bkn jauh pun...

bole tahan jugak adik angkat akak tu ek...
miahaha...