Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 21 Januari 2011

Diari : Cuti Tapi Tak Cuti..

Assalam,
Mesti ramai cuti kan hari ni? Sebab semalam Khamis cuti, hari ni Jumaat, biasa orang ambik cuti. Aku jer yang tetiba rajin nak datang kerja, sebab ada perbincangan mengenai Infal Lil Waqaf dengan Prof Dr Ismail Abu Hasan, my ex-lecturer di UIAM. Memang mula-mula aku rasa nak sambung cuti, nak siapkan soalan peksa student aku. Hari ni kena hantar. Tapi, semangat jadi lain bila Tok Guru aku sanggup datang untuk join perbincangan.  Rasa hormat itu membuatkan aku cancel cuti aku.

Semalam, lepas breakfast dengan kakak kesayangan aku, Kak Wa dan anak-anaknya, aku breakfast buat kali kedua (sebenarnya BRANCH: breakfast + lunch) dengan sahabat baikku, Shikin, sebab waktu tu dah jam 11.30 pagi. Poyo masing-masing bersembang pasal application dan proposal masing-masing nak menyambung pengajian di luar negara. Shikin yang baru habis pengajian peringkat Master di King's College, London, begitu baik hati membantu aku mencari supervisor yang sesuai untuk topik yang aku pilih. Kami memulakan pencarian dengan mencari Top 10 Universities di UK di laman web The Times.

Akhirnya, jam 3pm, kami berdua dapat menyenaraikan beberapa nama supervisors yang relevan dengan cadangan tajuk research yang aku pilih. Aku pun tak tau la bila boleh siap research proposal aku. Susah jugak nak buat, sebab tak pernah buat. Sebelum ni, aku tak pernah buat research. Sumer coursework. Lastly, sebab risau tak dapat siap, kami berdua tetapkan satu tarikh akhir untuk both of us siapkan proposal, iaitu 27 Februari 2011. Harap-harap dapatlah siap, kalau tak, tak pergi la aku...:(

Selesai saja projek mega kami, aku terus membaca lecture notes aku untuk menderaf soalan peperiksaan bagi kursus DLSA di UiTM. Namun aku gagal menyudahkan tugasan kedua ini disebabkan perut aku terlalu lapar. Baru perasan tadi aku makan roti canai sekeping jerr..:P Nak masak malas, so aku makan hot cup jerr.. :P  Tak senonoh kan? Bukan apa. Shikin n Nora tak ada. Membazir jer nak masak.  (Alasan lagik!!)

Jam 5.50pm, aku sarung my track and sneakers. Time to jog!! Pergghhh...Orang punya lah ramai kat Tasik Shah Alam, sampaikan nak berlari pun rasa malu. Anyway, aku redah ajerr lahh..:) At least, dapat 10,000 langkah sehari pun dah ok. Jam dah pukul 7.26pm bila aku sampai semula di rumah. Then sampai umah, aku buat sit up 50 kali.

Perghhh... Penuhnya aktiviti, sampai tak sempat tengok TV. Rasa macam tak cuti jer hari ni..:) Aku lapar giler
sampaikan bila anak buah aku kol, soh datang umah makan tomyam, aku terus setuju, walaupun hancuss diet aku. Lagi gempak, pas makan, tido.. Barulah cuti..:)


"Sajer"
Nurhani
Shah Alam

7 ulasan:

ejaMaria berkata...

penuh nye jadual... belum ada anak lagi... ;p

Leenoh berkata...

Salah satu kaedah mudah untuk tembun dan gemuk itulah caranya...lepas makan zzzz...hehe.

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..bagus awak..bersemangat untuk belajar lagi

SURIA AMANDA berkata...

Lisa pun x cuti..belasah ot..nanti nak bersalin nak banyak guna wang kan?huhu

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Kalau sit up 50 kali boleh lawan saya tu..:)

mario berkata...

10000 ?perghhh...hebat...tp rasanya plg hebat tentula bila still ada masa nak update blog...tu plg respek..

Nor Fadzlina Nawi berkata...

Salam, Good Luck...nanti dah sangkut habaq no..he..he..he