Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 5 Januari 2011

Diari : Dah Tiba Masanya..

Assalam semua,

Korang pernah tak buat personaliti test (metafizik) untuk tahu kekuatan kita di mana? Not sure whether it is correct or not, but u can try. Menurut result test tu,  kekuatan aku pada SUARA. (Patutlah suara aku merdu.. Hahahaha.. Perasan!). So, antara bidang pekerjaan yang sesuai dengan kekuatan ini adalah PENDIDIKAN ,, GUAMAN, HIBURAN (nyanyian, pengacaraan), sebab semua pekerjaan ni memerlukan kekuatan SUARA.

Sejak aku kecik, aku memang tak pernah bercita-cita nak jadi cikgu. Jangan marah White Rose! Bukan aku tak suka, tapi, maybe sebab, famili aku dah ramai cikgu. Kakak aku 2 orang CIKGU, abah, sekarang adik aku pun cikgu jugak. Aku nak lari dari background KEPAKARAN yang sama. Nak kan perbezaan dan variety dalam keluarga. Alhamdulillah. Sekarang dah ada various academic background dalam family aku. Pendidikan, guaman, kejuruteraan, perancang bandar, lanskap, akaun dan business.(Uh! Sesuai nak jadi pemaju kelas A ni..:P).

Semalam, aku menerima satu mesej dari ex-lecturer ku di UiTM Shah Alam meminta aku mengajar part-time untuk program Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan (DLSA) di Uitm. Subjek yang perlu aku ajar adalah Undang-Undang Jenayah Islam. 

Pergghhh!! Biar betoll! Aku nak mengajor ni! Tak caya! Tak caya!

Tapi dalam tak caya-tak caya tu, aku gi jugak jumpa Madam Roslinda tadi kat Fakulti Undang-Undang. Then, aku isi borang,

Then...



































aku TERUSSS dienroll sebagai part-time lecturer UiTM! Dowh! Tak percaya jugak! Madam Roslinda kata, sebab result aku bagus masa aku ambik  program yang sama tahun 2007.

"Awak kan best student, sebab tu saya berani offer pada awak. Lagipun, awak dah ambik subjek tu," katanya.

Best ke? Anyway, syukur, Alhamdulillah...:)

SO, maybe dah tiba masanya untuk aku mengembangkan kekuatan SUARAku ke bidang pendidikan. Sebab, aku tak mohon pun, tetiba dapat tawaran. Semua Allah punya kuasa. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya, termasuk aku. Maybe ini yang terbaik untuk aku buat masa ini. Mudah-mudahan Allah terus permudahkan laluan ku untuk menambah ilmu di dada. Aminn..:)

Kena menuntut ilmu dengan White Rose, Dr Sam dan Pak Ngah ni..:) Macam mana nak mengajar.. Hehehe..

"Semuanya Anugerah ALLAH"
Nurhani
Shah Alam

10 ulasan:

ibnu_maulub berkata...

tahniah cikgu.. ;-)

Abd Razak berkata...

Salam...:)

Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi...tahniah..:)

white rose berkata...

kakakaka...

owh, SIAPAKAH WHITE ROSE tu?
adik ipar akak ke?
miahahaha...

OK laaa tu, rezeki jgn ditolak...

cita2 sy dlu nak jadi POLIS, no.2 PEGUAM, no.3 CIKGU, no.4 BOMBA, no.5 ASKAR...

akak belasah je masa mngajar tu...
hahahaha...

Leenoh berkata...

...
Jadi pensyarah berbeza dengan jadi cikgu, jadi pensyarah tabur saja ilmu di dalam kuliah dan biarkan depa kutip sendiri ilmu tu. Senang ja.

Janji ..bayaran pertama tu belanja Pak Ngah kat Restoran Syed.hehe.

Hunny berkata...

Ibnu Maulub,Abd Razak, WR,

Thanks semua.. Nervous ni.. Sabtu ni dah start kelas.. :P

Pak Ngah,

Boleh! Petang ni pun boleh belanja, tak yah tunggu dapat gaji pertama.. :D

Ati Masrif berkata...

tahniah hunny!

so kerjaya peguam masih di teruskan tak

Hunny berkata...

Ati masrif,

Masih!:D

ana berkata...

tahniah...belanja aaa gaji first!

Hunny berkata...

Ana,

Sekarang pun boleh..:P

SHIMA berkata...

tahniah kak hunny...

nnti shima nk ketuk pintu rumah akak la,minta belanje bole??? ekeke