Assalam,
Aku rasa guilty sangat hari ni. Aku masih bercuti. Pagi tadi, ada bacaan Yasin dan doa selamat oleh kakitangan di anak syarikat terbaru MAIS, Perbadanan Wakaf Selangor. Nasi ambeng lauk ayam. Ada ikan masin, mi dan of course serunding. Sedap sangat. Oleh sebab nasi ambeng tu besar, aku share dengan kawan aku. Itupun kenyang sangat-sangat. Alhamdulillah... terima kasih kepada yang belanja.
Then, tengahari pulak, seorang sahabat baik bersungguh-sungguh nak belanja aku makan. Aku dah kenyang sangat, tapi tak sampai hati nak tolak pelawaan dia (ayat nak cover rasa bersalah).
"Boleh. tapi aku tak makan. Sebab aku dah kenyang.Aku minum jer." kataku.
Sampai di SACC Mall, aku order ice blended mocha, pastu fries,pastu smokey chicken wings 6 ketul. Aku makan seketul jer, sebab masih kenyang, kawan aku sorang makan dua, sorang lagi makan 1. Ada lagi baki 2 ketul, kawan aku soh bawak balik. Ada lagi 2 ketul ayam tu masa aku type entri ni.
Then, aku jenjalan kat sekitar SACC Mall, kasi turun ayam dan ice blended tu. Jam 4 aku balik umah. Staff aku, Raudah, called bagitau ada orang baik hati nak belanja kami KFC.
So, jam 7 petang tadi, aku, Shakirah, Raudah dan banker kami seronok menikmati ayam goreng KFC. Ayam lagi, dan ada baki 2 ketul lagi. Ada lagi 2 ketul ayam goreng KFC tu masa aku type entri ni. So semua sekali ada 4 ketul.
Tadi aku main badminton. Berhempas-pulas aku ambik pukulan pihak lawan, smash balik, pukul ke belakang, main di jaring..Tapi rasanya, semua rentak aku tak dapat nak pecahkan lemak-lemak yang memang dah sedia ada, dan bertambah-tambah sebab makan ayam banyak sangat.
Arggghhhh!! Tension la ayam ni!!! Tak suka! Tak suka!!
"Ntah hapa-hapa"
Nurhani
Shah Alam
3 ulasan:
Alhamdulillah... murah rezeki org belanja... ;p
hahahaha....ikin tgk kak hani pon da mcm ayam jew...nyum2 sdapnyer klu dapat gigit kak hani ni....
kak hani
sedapkan kfc krusher
nnti nk li lg -od-
Catat Ulasan