Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 5 Mac 2011

Diari :Better Offer...:)

Assalam semua,

Malam tadi aku rasa seram sejuk, menggigil-gigil macam nak demam. Sementara nak tunggu Maghrib, aku lepak-lepak dengan kawan-kawan sepasukan badminton kat dalam bilik aku yang sempit. Berkelubung. Sejuk semacam! Patutnya, malam tadi kami ada game, tapi aku tak dapat join, sebab badan rasa tak sihat. Usai solat Maghrib, aku cuba nak lelapkan mata, tapi tak berjaya. Terkebil-kebil jer mata aku, walhal rasa mengantuk, tapi tak dapat tido, sampailah ke Isyak. Last-last, pas Isyak, aku telan 2 biji panadol, dan tidur sampai jam 6.30 pagi. Aku terbangun banyak kali malam tu, berpeluh-peluh kerana aku pakai baju tebal dan selimut tebal. 

Kelas hari ni pun aku kensel, sebab aku rasa aku perlu rehat. Mak ajak balik kampung tengok umah yang dah lama kami tinggalkan. Anak-anak kucing aku, ntah apa khabarnya. Harap2 mereka sihat. 

Tadi, ada dua tawaran yang superb aku terima. Dua-dua menyebabkan aku buntu untuk fikirkan mana satu aku nak terima. Agaknya sebab tu aku sampai pening kepala dan nak demam memikirkannya. Tapi bila aku fikirkan masak-masak, aku yakin, tawaran yang kedua lebih baik. Dari sudut career development aku, dan juga ilmu. Restu mak dan abah, keluarga dan sokongan kawan-kawan pun dah cukup meyakinkan aku. Selebihnya, aku serah pada Allah.:)

Whatever it is, mana pun yang aku pilih, I'll be leaving soon. Very soon. I am very delightful and excited on the offer, but also feeling sad at the same time. And of course, I'll be missing all the day I've spent with all the staffs and friends in MAIS. Sedih la nak citer dah...:(

"To Be A Betterman"
Nurhani
Shah Alam

2 ulasan:

Leenoh berkata...

Hani baru menggigil...Pak Ngah dah demam pun..Nasib baik hari nie dah ok tapi masih berkurung di dalam rumah, dapat juga mengenang nikmat sihat hari sebelumnya..he3

white rose berkata...

urm...sedeh la sy jugak...
akak slalu2 laa update blog tau...

walau dimana, blog ni akak update ye...

nak tau gak perkembangan akak...

tahniah tau, blajar rajin2...

sy nak ikut jejak langkah akak nih...