Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 15 Mac 2011

Film Review : Hikayat Merong Maha Wangsa

Assalam semua,

Adik aku ajak aku tengok citer ni tadi. Biasalah aku yang skeptikal dengan citer Melayu, tak berapa nak tengok.

"Best Cik An. Kawan kite kata best," katanya memujuk.

"Ok. Tapi bayar sendiri," kata aku, dengan agak berlagak sebab dah tau citer Melayu memang stereotype.

"Ok takper.. " jawabnya, yakin.

Akhirnya, usai menonton filem tersebut, aku malu sendiri. Sebab citer tu memang best. Walaupun mungkin ada beberapa pihak yang tak berapa setuju dengan jalan ceritanya yang lari dari sejarah Melayu sebenar, dan ada juga babak-babak yang tak berapa logik dek aqal, namun pada aku, filem ini berjaya mengubah persepsi aku terhadap filem Melayu. Skripnya pun disulami dengan gurindam yang menarik. Tahniah pada KRU dan Amir Hafizi, penulis skripnya kerana berjaya menarik perhatian penonton supaya stay tuned sampai habis filem.

4.5 bintang..:P (First time aku bagi bintang banyak untuk filem Melayu)..:P

"Sajer"
Nurhani
Shah Alam

2 ulasan:

beautiful_rose berkata...

adik aku pon cakap citer ni best.
tapi aku masih belum tengok lagi.bz dgn bayak hal.....hope dpt tgk nant.....

sahromnasrudin berkata...

kita harus sokong film epik sebegini kerana ia dihasilkan oleh orang kita