Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 17 Jun 2011

Diari : Gerhana 13.6.2011..

Assalam,

Malam gerhana bulan tahun ni, aku solat gerhana dengan adik-adik aku. Jam 2.40 pagi, kami berlima melangkah ke masjid di sebelah rumah. Aku menelusuri jalan pintas ke masjid yang selalu Abah lalui.. Aku seolah-olah masih terdengar tapak kaki Abah ke masjid. Langkahnya cepat dan pendek-pendek, lebih-lebih lagi bila azan telah berkumandang. Itulah Abah. Sentiasa istiqamah menjaga solat fardhu dan sunat. Sembahyang di awal waktu, berjemaah dan mendapat takbiratul ula (takbir yang pertama). Tak pernah sekalipun dia meninggalkan solat fardhu, walaupun demam atau sakit. Hinggalah ke detik-detik terakhir hidupnya, Abah masih tetap bersolat Subuh, Zohor, Asar secara berjemaah di masjid, walaupun menurut diari beliau yang kami baca pada tarikh 13.6.2011, Abah sebenarnya telah merasa sakit kepala sejak awal pagi lagi, namun Abah tak beritahu pada sesiapa.

Mungkin sudah ketentuan Ilahi, Abah meninggalkan kami secara mengejut pada malam 13.6.2011 disebabkan tekanan darah tinggi. Aku masih ingat 2 jam sebelum Abah menghembuskan nafas terakhirnya, (semasa Abah di klinik) aku ucapkan salam terakhir aku padanya, dan berkata,

"Abah makan ubat yer.. Pastu rehat. Jangan lupa tau. Walaupun bukan ubat yang menyembuhkan kita, tapi kita kena usaha untuk baik. Ok Abah. I love you,"

Aku dengar Abah menyahut dengan suara yang kurang jelas, namun aku mengagak ianya disebabkan Abah letih dan pening kepala. Aku menyambung kembali tidurku, tanpa menyedari itulah perbualan terakhirku dengan Abah. Namun, panggilan telefon dari adik pada jam 11.40 menyebabkan aku tersentak dari lena.

"Kak. Siap sekarang, Mak suruh balik sekarang. Abah dah macam tak respond," kata adik.

Kelam-kabut aku capai apa yang ada. Aku sarung tudung dan capai kunci kereta. Sebelum pergi, aku menghubungi adik bongsuku di kampung, meminta supaya Abah lekas dihantar ke hospital. Adik bongsuku terdiam tak menyahut apa-apa. Akhirnya dengan suara tersekat-sekat menahan tangis, dia berkata,

"Kak.. Abah dah tak ada...."

Innalillahiwainna ilaihi rajiun.. Aku terduduk, menangis. Kak Nomi memelukku, cuba menenangkan aku. Ya Allah! Besarnya dugaan ini Allah! Kau ambilnya di saat-saat aku masih rindu kasih sayang dan belaian Abah, nasihat dan tunjuk ajar Abah, ilmu dan teguran Abah.  Allah Akbar! Kiranya sudah taqdirMu begini, aku redha Ya Allah, walaupun pemergiannya tidak ku jangka, sepantas ini. Benarlah apabila malaikat maut menjemput, tiada siapa yang dapat menghalang, kecuali dengan kuasaMu jua..

Rindu Abah, rindu suara Abah, rindu gurauan Abah, teringat pesanan Abah supaya kami jaga solat, teringat waktu bersama-sama Abah, ta'alim bersama Abah, makan bersama Abah, mengamalkan sunnah Nabi bersama Abah. Adab tidur, adab ke tandas, adab makan, adab bersama keluarga, adab bermusafir, dan macam-macam sunnah Nabi, semua Abah ajar.

Gerhana tahun 2011 ini, kami sekeluarga alaminya lebih awal dari orang lain. Kehilangan Abah, perpisahan dengan Abah, seolah-olah mengundang gerhana dalam keluarga kami. Walau kami sekeluarga redha dengan ketentuan Allah, namun, perpisahan ini amat mengejutkan, kerana Abah tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang beliau akan meninggalkan kami.

Doa selalu pada Allah, semoga Abah ditempatkan di kalangan orang yang solihin, para pencinta Nabi dan syuhada'. Allahummaghfirlahu warhamhu waa'fihi wa' fu a'nhu. Amin.. Aku juga doa, mudah-mudahan, aku telah laksanakan tanggungjawab sebagai anak yang baik semasa Abah masih hidup. Semoga Abah redhai aku sebagai anaknya, dan halalkan makan dan minum aku. Sesungguhnya, aku benar-benar rindu pada Abah...


"Rindu Abah"
Nurhani
Shah Alam





Abah dalam kenangan ..1941-2011. Love you for the rest of my life in the world and in the hereafter. He is a great father, great leader, and a great teacher. May Allah bless you always..

14 ulasan:

peical berkata...

suke tgk pic abah pegang meow...sangat sweet...

ana berkata...

al fatihah...

azza berkata...

sabar ye k.hani..kita pun rindu sgt pada arwah nenek yg dh pergi pada bulan 5 yg lepas....

Nor Fadzlina Nawi berkata...

Salam Takziah drpd kami sekeluarga. Kami turut tumpang bersedih. Insya Allah Arwah ditempatkan di kalangan orang-orang Soleh. Amin. Al-Fatihah.

shahida berkata...

IdaOdit

terharu...sedih...x sedar air mata jatuh membasahi pipi...kita serupa telah kehilangan ayahanda tercinta...jagalah ibu sebaik2nya sementara beliau ada di depan mata....

Tanpa Nama berkata...

mid berkata..

so touching...Allah lebih menyayangi ABAH2 kita kak..i'm speechless..(hanya mengelap air mata & air hidung)...huhuhhuh..

Tanpa Nama berkata...

fieza menulis..

takziah kak hani.. sesungguhnye Allah amat menyayanginya..smg dia ditempatkan disisi insan-insan yang soleh amin...

Mohd Arshad Ali berkata...

Takziah buat Hanny sekeluarga...Allah lebih menyayanginya dan insyaallah allam jannah dia.

Tanpa Nama berkata...

takziah buat oan dn keluarga semoga tabah menghadapi dugaan allah....

..nOWa.. berkata...

Separuh dari jiwaku telah pergi..
Separuh jiwamu juga telah pergi..
Separuh lagi ada pada ibuku..
Juga ada pada ibumu..

Berjanjilah kita akan berusaha untuk menjadi anak yang solehah
Sampai masa, tanpa kita sedar, kita juga akan menyusul..

Hunny berkata...

Terima kasih pada teman-teman yang mendoakan dan memberi sokongan moral.. Sesungguhnya perpisahan ini sangat perit untuk digalas.

Tanpa Nama berkata...

Salam takziah dari akak. Muga arwah ditempatkan di kalangan org org yang soleh....

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Salam takziah buat hunny serta keluarga. Moga Allah tempatkan roh ayahanda hunny di kalangan orang-orang berbahagia di sisi~NYA

norashamilajamaluddin berkata...

ble windu.... wa bc part ni....