Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 16 Disember 2014

2015

Assalamualaikum semua,

Setahun lebih tak menulis. Subhanallah cepatnya masa berlalu. Am getting older, but wiser, I guess. Hihi. In sha Allah, moga Allah terus bimbing hati ini dengan hidayahNya.

Azan Maghrib dah bergema. Am still in office. But really need a break now. Jom solat. :)

Hunny Bunny

Jumaat, 22 Mac 2013

Cuti tapi tak cuti..

Assalam semua,

Lamanya tak menulis!! Huwaa!! Miss my page soo much!

Hari ini saya bercuti. First time ambik cuti tahun ini. Konon nak joli katak sekejap, rupanya terpaksa jugak attend meeting dengan ex boss kat MAIS. Inilah namanya cuti dalam borang cuti jer, tapi bila diperlukan, kehendak peribadi terpaksa dikuburkan. Beri laluan kepada keperluan ummah dulu.

Konon bangun pagi sangat pukul 5. Berangan nak jogging kat tasik Shah Alam pukul 7 pagi. Tengok luar, gelap lagi, jadi seram pulak. (Alasan!!) Akhirnya saya end up menghadap lappy buat kerja office, dan terus emel pada my collegue kat office. Ini satu lagi contoh, cuti tapi tak cuti. Heeee...

Ok lah beb. Saya nak chow ni. Kol 9 meeting. Salam Jumuah Mubarakah! Jom amalkan sunnah Nabi di hari yang mulia ini. Banyak pahala percuma Allah nak beri. Okbai! Wassalam.

Truly Me,

NSJ
Shah Alam

Isnin, 7 Januari 2013

Di Mana Kan Ku Cari Ganti..

Salam semua,

Salam tahun 2013. Really enjoying this song. Hope you all enjoy it.



Di mana kan ku cari ganti
Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman dalam kesepian
Chorus
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku menambah derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

Boleh view kat sini:-

http://youtu.be/RjzhJzhvo90

Hani
BSP

Khamis, 13 Disember 2012

SUZUKI CUP 2012 MALAYSIA MENENTANG THAILAND

Assalam,

Sajer nak gempak. Konon-konon tengok bola Malaysia menentang Thailand. Akhirnya tak tonton pun. Buka TV, tapi jeling-jeling ajer tanpa jiwa, sebab busy menyiapkan kertas cadangan untuk mesyuarat minggu depan. Esok last day nak submit sebab folder pun kena hantar esok.

Seharian buat kertas cadangan pun tak siap juga.  Tapi masih sempat luangkan masa untuk lunch di Secret Recipe dengan sahabat lama yang juga seorang peguam, En Radzi bersama isteri dan anaknya Maisarah yang datang untuk temuduga di Sekolah Bina Insan yang berada di dalam kawasan KUIS. 

Soalan En Radzi kepada saya," Temuduga tadi, anak saya dapat ke tak? Saya tak minta sekolah lain ni. Harap sangat dapat sekolah ni."

Saya tergelak dengan soalan yang dikemukakan, sebab saya  memang tidak terlibat dengan temuduga sebelah pagi, jadi saya tidak pasti keputusannya. Apapun, ianya adalah harapan seorang ayah untuk anaknya mendapatkan didikan di sekolah yang terbaik.

Sempat juga saya jadi panel temuduga untuk ibu bapa yang berhajat masukkan anak-anak mereka ke Sekolah Bina Insan di sebelah petang . 

Seorang ibu dari Terengganu bersemangat untuk hadir menghantar anaknya untuk masuk ke Sekolah Bina Insan, walaupun ibu itu tahu, anaknya tidak begitu berminat. Merayu-rayu si ibu minta permohonannya dipertimbangkan. Keputusan anaknya begitu baik. 4A 1B.

"Saya nak anak saya masuk sekolah agama juga. " Begitu besar harapan si ibu, tak sampai hati untuk kami tolak.

Mendengar sendiri rayuan ibu bapa supaya anaknya diterima, benar-benar menyentuh hati saya dan menyebabkan saya teringat kepada emak dan arwah abah. Betapa seorang ibu dan bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Teringat masa sekolah rendah abah hantar ke sekolah sebab sakit kaki jalan jauh ke sekolah. Hari-hari emak masakkan bekal. (Ini bukti emak sayang sangat kat saya!:))

Time sekolah menengah pulak, saya buat perangai. Mohon untuk tukar dari sekolah JAIS ke sekolah SBP. Bila dah dapat tukar, (dua minggu) saya tak tahan duduk sekolah tu. Sebab budak-budaknya sosial sangat, bertepuk-tampar tak hengat. (Macam good good jer gua kan??) Jadi saya bagitau Abah nak tukar ke sekolah JAIS balik. Memanglah kena penalti dengan JAIS, sebab menyusahkan orang! Jadi stranded lebih kurang sebulan tak sekolah, sebab tunggu kelulusan JAIS balik. Abah lah yang susah-payah usahakan untuk saya masuk balik sekolah JAIS. Jumpa dengan Guru Besar sekolah (sekarang Mufti Selangor) dan Pengarah JAIS waktu tu, merayu nak masuk balik. Guna syafaat Abah lah masa tu. (Cerita ni, bukti Abah sayang sangat kat saya. Dia tebalkan muka jer mengadap orang-orang JAIS untuk pastikan saya dapat sekolah yang terbaik. Sedey pulak bila teringat kebaikan abah.)

Sekarang ni, barulah saya tahu betapa orang Islam di Selangor demand nak hantar anak ke sekolah JAIS kerana mahu anak mereka pandai agama. Di Selangor, dari 32,000 permohonan, hanya 3,000 sahaja yang diterima. Maknanya, yang terbaik sahaja yang diterima. Terima kasih JAIS sebab terima saya semula. Susah rupanya nak masuk sekolah JAIS.

Dan bila saya dah habis sekolah dan masuk universiti, saya akhirnya berkhidmat di MAIS setelah 2 tahun beramal di firma guaman di KL. Alhamdulillah, bekerja di MAIS menemukan saya dengan bekas-bekas guru saya di sekolah-sekolah JAIS. Dapat bekerjasama dengan mereka dan dapat membantu JAIS, organisasi Islam yang pernah membantu saya dulu. Besarnya hikmah yang Allah beri di sebalik kejadian. Terima kasih duhai Allah. I love you more and more.

K lah. Dah mengantuk. Paper masih gak belum siap. Kena bangun malam nampaknya. In shaa Allah. Sentiasa doakan yang terbaik untuk ibu bapa kita. Tanpa mereka siapalah kita. Semoga Allah rahmati kita semua. Ameen. Wassalam.

Hani
BSP

Khamis, 6 Disember 2012

Hak-Hak Isteri Selepas Perceraian..


Assalamualaikum semua,

Saya baru sahaja selesai menonton Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang dibuat di KUIS. Niat awal nak buat kerja pejabat di rumah untuk mesyuarat esok petang. Last-last stuck kat depan TV1, sambil gosok baju. Huhu.. Itulah kehebatan saya.. Sentiasa tak fokus!

Semalam saya dijemput untuk memberi ceramah di program RISEAP (Regional Islamic Da'awah Council of Southeast Asia and the Pacific kepada peserta-peserta dari Malaysia, Singapura, Cambodia, Thailand dan Brunei. Alhamdulillah, berjalan lancar, walaupun sebelum mula tu ada satu panggilan dari seseorang yang tak disangka-sangka. Mujur juga saya berjaya mengawal perasaan saya dan tidak terkesan dengan panggilan itu. Yang tak tahan, tajuknya, Hak- Hak Isteri Selepas Perceraian. Kahwin pun belum, kena bagi talk on divorce.. Hehehe.. 

Actually, saya cuma nak membantu seorang sahabat baik saya yang kelam-kabut mencari speaker untuk program ini. Asalnya program dijadualkan pada 18hb, tetapi diawalkan. Kesian kat member tu yang menggelabah gaban nak cari penceramah, so, saya sedia membantu. Huhu.

Alhamdulillah, selesai sesi selama 2 jam (lenguh mak ai berdiri!), saya menerima komen-komen berikut daripada peserta-peserta dan sekretariat program:-

1) terbaek! (alhamdulillah..:))
2) lawak (tajuk tu serius kot!!)
3) kelakar (again??)
4) kamu ni memang pandai bercakap ker? (haha!soalan dari peserta Singapura memang buat saya rasa nak guling-guling!)
5) walaupun bidan terjun, tapi kalau dah bidangnya, memang boleh buat (komen dari penganjur)
6) nasib baik akak tak datang time saya present, jauh sangat bezanya! (komen penceramah pertama)
7) bagus2. harap ketemu lagi (peserta dari Indonesia)
7) dah nak balik ke? ( wwaaaa!! Sampai tak kasik balik!)

Syukur alhamdulillah. Paling penting, saya berdoa semoga perkongsian saya difahami oleh semua yang hadir.  Anyway, inilah perangai saya. In shaa Allah, jika diberi amanah, saya akan buat yang terbaik, dengan izinNya jua. Semoga Allah terima amal saya yang sedikit ini.

Di bawah gambar kenangan dengan sahabat-sahabat baru di program. Semoga kita bertemu kembali dan berpisah atas asas dakwah dan agama Allah. Ameen.



Nurhani
Bandar Sri Putra

Rabu, 21 November 2012

Percuma!! Yuran Program Sarjana Muda Al-Quran Wal Qiraat..

Assalamualaikum.

Saya sudah mengantuk, tetapi masih nak tulis entri ini kerana kepentingannya. Dalam hati mengutuk Marsha yang berpakaian tak senonoh di rancangan Propaganza Astro Oasis. Semakin hebat artis, semakin singkat pakaiannya. Nauzubillah min zalik.

Oleh itu, dengan hasrat melahirkan generasi Islam yang berilmu dan memahami Al-Quran, mukjizat tinggalan Nabi kita, saya menyeru kepada pembaca blog ini atau anak-anak atau sesiapa saja yang berminat untuk menyambung pengajian di peringkat Diploma atau Sarjana Muda Al-Quran wal Qiraat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Yuran adalah percuma kerana ditanggung oleh KUIS sendiri. Boleh lihat syarat-syarat penajaan di sini. Untuk syarat-syarat kelayakan bagi program Sarjana Muda, sila view di sini. Untuk kelayakan Diploma, sila view di sini.

Meh ramai-ramai mohon di KUIS. Rugi tak mohon! Kalau saya boleh mohon, alangkah bagusnya!

Pemandangan KUIS dari arah tasik

"Ilmu Pelita Hidup"
Nurhani
Bandar Sri Putra

Jumaat, 16 November 2012

How time flies...


Assalam,

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun baru Hijrah 1434 kepada pengunjung-pengunjung blog ini. How time flies.. Cepat betul masa berlalu. Dah masuk tahun baru..

Alhamdulillah, sebahagian azam tahun lepas dah tercapai. Most important, to be healthier..:) Berkat dorongan coach tak rasmi, (trilion thanks to you!!), I am still maintaining my healthy lifestyle, even without you or your guidance anymore. In sya Allah, i will keep myself fit and healthy, i will enjoy my routine exersice, selagi nyawa dikandung badan.:) Thanks thanks thanks! Tak tahu macam mana nak balas. Hanya mendoakan yang terbaik untuk kamu. Syukran wa jazakaAllah khairan kathira. Semoga Allah membalas dengan ganjaran sebaiknya..:)

So, tahun ni, saya cuma nak jadi lebih baik dari tahun lepas. I want to be better person. In sya Allah. Nak manfaatkan masa yang berbaki. Untuk diri sendiri, keluarga dan ummah. In sya Allah, untuk diri sendiri, nak start hafal Quran sikit-sikit. Start dengan surah al-Mulk. Dah tua-tua ni, slow sket la nak menghafal. 30 ayat jer pun terhegeh-hegeh.. 3-4 hari pun tak settle lagi.. Huhu..

Untuk keluarga dan ummah, nak banyakkan  khidmat pada dua golongan ini. Walaupun mungkin sumbangan saya tu tak sebesar mana, semoga Allah permudahkan niat saya ni. Ameen.


Salam Maal Hijrah 1434. Saya doakan, semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun yang lalu. Saya turut mendoakan kesejahteraan dan barokah Allah untuk semua pengunjung blog ini, dan semoga semuanya dipermudahkan Allah untuk capai azam masing-masing. Maafkan salah silap saya yang lalu. Mohon doakan saya yang baik-baik juga. Syukran..:) 


"the beginning"
NSJ
Shah Alam   

Selasa, 13 November 2012

Just for the single..:)


Assalam,

Just nak share what I got from FB. Untuk dikongsi bersama teman-teman yang masih single..:)

MENCINTAI SESEORANG ITU ADALAH HAK KITA, namun memiliki seseorang yang kita cintai TANPA ikatan sah dan halal itu BUKAN HAK KITA..

LEPASKAN IA PERGI~

Jangan pernah TAKUT untuk melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki.Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik.
"JANGAN PERNAH TAKUT KEHILANGAN SESUATU YANG BUKAN HAK KITA".




"Truly me"
NSJ
Kuala Selangor


Pesanan Untuk Kaum Adam...

Assalam semua,

Tiba-tiba rahsia itu pecah, tanpa saya cuba untuk menyelidiknya. Mungkin Allah yang aturkan semuanya. Ianya memberi idea untuk saya tuliskan entri ini. Sekadar memberi peringatan dan pesanan kepada kaum Adam. 

To all gentlemen out there. Please.. Don't simply:-

1) beri harapan pada seseorang wanita, kerana tanpa sedar, kau akan menyakiti hatinya bila harapan itu tak kesampaian. 

2) berbohong kepada seseorang wanita, kerana kau akan memecahkan hatinya apabila kebenaran itu diketahui,

3) sentuh hati seseorang wanita, sebelum kau pasti 100% bahawa kau akan memilikinya, kerana jika tidak, wanita itu akan mempercayai, bahawa kau hanya mempermainkannya,

4) berahsia mengenai perkahwinan kedua, ketiga atau keempat dengan isterimu, kerana jiwanya akan hancur tatkala mendapat tahu bahawa, dia orang yang terakhir mengetahuinya, sedangkan sebagai isteri dan teman hidupmu bertahun-tahun, yang telah memberimu kebahagiaan dan cahayamata, bukankah dia orang pertama yang patut tahu? Poligami itu Sunnah, namun, melayani isteri dengan baik, itu Sunnah yang lebih utama. Memaksa isteri menerima sesuatu yang dia tak sukai, adakah bertepatan dengan Sunnah?

5) berjanji nak menjaga seseorang wanita, sedangkan kamu tak mampu tunaikannya...

6) tak mohon maaf bila dah buat salah..

Mungkin dah terlewat untuk saya beri peringatan ini, kerana saat saya menulis entri ini, saya sudah tidak mau sandarkan apa-apa harapan kepada sesiapa. Hanya menggantung harapan dan doa pada Allah. Cukuplah dengan parut luka lama dan baru yang tinggal. Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk saya. Akhirnya, saya mengerti. Bukan kebahagiaan dunia yang dicari, tapi kesenangan di akhirat yang menanti. Doa dan terus doa. Moga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. 

Kepada si dia, selamat berbahagia. Saya mendoakan yang terbaik untuk kamu. Mungkin sudah tersurat jodohmu dengannya. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. BarakaAllahulakuma. Saya redha dengan ketentuan Allah. in sha Allah, saya tidak simpan secalit dendam dengan dia walau luka lama berdarah kembali. Saya telah tutup cerita lama dan memulakan cerita yang baru.

Setulus hati saya, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya. Dan, saya meyakini, dia mendapat lebih baik dari apa yang dia impikan. :) Mohon doakan yang baik untuk saya juga.

"Nukilan rasa"

NSJ
Kg Raja
Kuala Selangor

Jumaat, 9 November 2012

When I feel good..

Assalam semua,

Today, i feel very energetic and fresh! Aku dah bangun seawal 4.30 pagi. Maybe sebab aku tidur awal giler semalam. Selepas Subuh, aku capai penyapu dan sapu rumah. Dari bilik ke ruang tamu, terus ke dapur. Then aku gi goreng telur dan campurkan dengan sambal baki semalam. Aku panaskan sup daging yang aku masak semalam dan sayur kacang panjang tumis dengan tauhu. Sempat sms kat staff aku, "hari ini kita baca surah Al-Kahfi sama-sama." 

Aku pesan diorang bawak nasi (sebab aku tak makan nasi). Aku masak punyalah banyak, sampai staff aku tanya, "Apasal banyak sangat ni Cik Hani?" Aku jawab," Saya nak habiskan lauk-pauk kat rumah. Next week kan banyak cuti. Maybe I tak balik sini,". 

Aku rasa macam best jerr.. Macam bersemangat! :D

Pastu, bila dah masuk office, aku terfikir sesuatu.. Aku isi borang, aku jumpa boss dan aku kata," Dato', saya nak cuti minggu depan hari Rabu boleh?" Hahaha! Hampeh kan??

"Sajer-sajer"
Nurhani
Bandar Sri Putra

Selasa, 30 Oktober 2012

Mengapa aku suka hari Selasa...

Assalam semua, 

Wah! Lama betul tak menulis! Bersawang dah blog aku nih...:P Masa ada. Inspirasi menulis tak ada. Nak kena boost energy level dulu baru ada rasa nak menulis. Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak feel nak menulis, walaupun tajuknya agak merapu.

Korang nak tau kenapa aku suka hari Selasa? Pelik kan? Sebab biasanya orang suka hari Jumaat, sebab esoknya Sabtu cuti, tak yah kerja. Atau Isnin Khamis, sebab boleh posa sunat. Tapi aku suka Selasa..

Nak tahu kenapa??

Sebab, hari Selasa kat Bandar Sri Putra ada pasar malam kat depan KUIS. Aku boleh gi pasar untuk beli sayur kegemaran; bendi, brokoli, timun, dan rempah ratus; cili kampung, lengkuas, bawang, halia, serai, daun kesum. Lauk pauk aku jarang beli, sebab aku stock up dari kampung aku jerr.. lebih murah dan segar. Biasanya, aku bawak ikan senangin, jenahak dan kembung. Ayam pun aku beli ayam kampung. Kurang lemak, dan rasanya lebih sedap berbanding ayam daging yang sangat berlemak.

Balik dari pasar, aku akan terus berhempas-pulas kat dapur. Memasak! Potong-potong, tumbuk-tumbuk, campak-campak.. Memang best! 

Pastu, malamnya pulak, ada rancangan Masterchef Malaysia dan siaran Menu Alam. Memang syiokkk!!! Layan!!:D

Oh ya. Hari ni, sebenarnya, aku plan nak masak asam pedas ikan tenggiri. Tapi akhirnya jadi ikan tenggiri masak tomyam, sebab aku masukkan pes tomyam. Hebat kan? Haha! Memang kreatif dan inovatif sungguh chef ni...:)

"Love Cooking!"

Nurhani
BSP Kajang

Isnin, 27 Ogos 2012

Aku dan Siakap Stim Limau..

Assalam semua,

Today aku baru start puasa 6. My boss dah raya pun, since dia dah start puasa sejak raya kedua. Tahniah la kat dia.. Kami masing-masing dok struggle lagi, dia dah merdeka.

Semalam sebelum balik KUIS, aku sempat bershopping barang basah kat Tesco. Aku beli ikan siakap dan udang. Maaflah kalau aku macam menyokong pasaraya Tesco, sedangkan pasar Tanjung Karang or Pasir Penambang yang dimiliki oleh bumiputra dekat jer dengan umah aku. 

Bukan apa. Musim perayaan ni, harga barang mentah naik mendadak. Aku compare harga udang sekilo kat pasar RM22-25, sedangkan kat Tesco depa jual RM15.90 sekilo. Udang kat Tesco dah la harga berpatutan,dah tu saiz besar-besar gedabak. Puas hati jugak lah nak meratah. Siakap pun lagi murah beli kat Tesco dari beli kat pasar. Kat pasar harga double. Cuma maybe aku tak dapat la yang fresh giler. 

Bukan tu jer.. Harga sayuran pun naik mendadak. Kangkung dengan meranti yang biasa kitorang beli pun mak aku kata mahal beb!

Anyway, today aku masak siakap stim limau bercili. Aku belasah ajer. Tak pernah masak pun.. Aku cari jer menu yang agak-agak relevan dalam internet, dan aku cuba. Alhamdulillah.. menjadik! Sedap jugak! Ahahaha.. Perasan!! Sebab tak ada limau, aku guna lemon. Janji ada rasa masam.

Bila aku memasak time puasa, aku tak rasa pun masakan tu. Aku bubuh jer segala rempah ratus, ramuan, garam dan gula secukup rasa, bila dah masak aku matikan api, tapi aku tak keluarkan lauk pun dari periuk. Aku agak-agak jer rasanya. Bila dah azan, aku minum air kosong dan kurma, then aku gi dapur balik dan rasa makanan tu. Masa tu la nak tambah garam or gula. Aku tak suka bubuh Pak Aji sebab nanti aku sakit kepala. Emak pun tak pernah masak bubuh Pak Aji.

Siakap stim limau.. Sedap weh!

Dunno why, but I do feel good everytime after my cooking session. Hati rasa tenang dan lapang. Maybe sebab tu, lately ni, aku suka memasak. Sedap tak sedap, isu number dua. Sebab masak sendiri, dan makan sendiri. Tak dapat masakkan untuk orang lain pun tak mengapa. Sekurang-kurangnya, aku stress out dengan memasak. Dan improve my cooking skills. Kalau company gulung tikar pun, and tak ada company nak ambik aku kerja, sekurang-kurang aku boleh memasak.:) Haha! Terlalu poyo kot statement tu untuk aku yang baru belajar masak.

Masa raya pun, everyday aku memasak. Kesian tengok emak dah tak larat. This year, kami adik-beradik yang masak. Emak cuma jadi pengarah ajer.. Ada la jugak dia tolongg sikit-sikit. Itupun kaki dia dah sakit-sakit. Berkat bimbingan dan tunjuk ajar emak, aku berjaya masak sup tulang, sweet sour, masak lemak labu,  masak sambal hati ayam, sambal taun kulit, sambal tumis ikan bilis, etc. 

Belum habis hari ni, dah fikir menu untuk esok! Dah teruk dah ketagihan ni! :P

Udang untuk menu iftar esok..

Psstt.. Serius aku macam tak percaya bila aku baca balik statement yang aku tulis di atas. Secara jujurnya, aku rasa, aku dah berubah.. Aku dah insaf.. Akhirnya, aku suka main masak-masak..:P

"Eid Mubarak 1433H"
Nurhani
Bandar Sri Putra

Sabtu, 25 Ogos 2012

Eid Mubarak 1433H

Assalamualaikum wbt,

Lama sungguh tak menulis. Walau semangat dan idea untuk menulis ada.. Alhamdulillah.. Ilham yang Allah beri, sentiasa ada.. Tetapi masih tidak menulis.. Entah mengapa, aku tidak lagi memberi keutamaan kepada penulisan dalam blogku.. Mungkin kerana aku cuma perlu masa untuk diri sendiri. Atau mungkin kerana aku banyak berkorban masa untuk perkara lain.. untuk orang lain.. Mungkin juga tiada yang membakar semangatku untuk menulis.. Mungkin juga terlalu banyak aku bazirkan masa untuk air mata? Entah.. Aku sendiri kurang pasti.. 

Yang pastinya, masa terus berlalu.. Meninggalkan kenangan indah dan pahit untuk dikenang. Mungkin ada silap dan salah yang aku buat, tanpa aku sedari. Truly easy to forgive, but sometimes, it is not easy to forget. 

Dan yang pastinya, MATI. Di mana kita akan kembali bertemu Allah Rabbul A'lamin. Pemilik di langit dan di bumi. Pencipta segala makhluk termasuk AKU.. Yang pastinya aku dan teman-teman lain perlu bersedia.. hari itu bakal tiba.. Semua akan menempuhinya.. Semoga pengakhiran kita baik-baik saja..

Aku sendiri tidak tahu bila aku akan MATI. Sementara Allah masih beri aku nikmat kehidupan, menghirup dan menghela nafas di bumi ini, sebelum aku dikambus ke tanah sedalam 7 hasta, dengan rendah hati, aku mohon ampun dan maaf, atas segala salah dan silap yang aku buat, sepanjang perkenalan aku dengan teman-teman lain di alam nyata dan alam maya. Aku cuma insan biasa, yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Dari lubuk hatiku yang paling dalam, aku mohon, kalian maafkan aku...

Salam Eid Mubarak 1433H. Kullu a'min wa antum bikhair. Taqabbalallau minna wa minkum. Minna wa minkum taqabbal yaa kareem. Semoga dipanjangkan usia untuk bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.

"Eidul Fitri 1433H"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Selasa, 26 Jun 2012

MY BIRTHDAY

Assalam,

Today, 26hb Jun 2012, is my birthday. I receive many birthday wishes from my friends in FB. And also gifts.. Many gifts!! Alhamdulillah..Syukur..:) Feel very blessed with all people around me who always cherish me and  care about me..:)

From my BFF : Kak Nomi. Syukran for the du'a..:)
From BFF Madam Bling Bling..:)
From Madam Bling Bling as well :) Syukran!
Most precious gift ever from Allah. My Mom! Syukran!
Home made chocolate cake by my secretary. Nice one! Syukran!
Many other gitfs from dear friends of mine..:) Alhamdulillah.. Syukur..:)
Beautiful sajdah from Mr Nice Guy..:) Syukran..:)
Now, at 12.34 in the morning, I am still awake, hoping that someone will wish me the same but I think it is quite IMPOSSIBLE...

So, at last, I just did what I always do. Pray the best for me and for the rest who wishes me, always keep me in their hearts and shower me with their love. May Allah bless me and all of you always. Salam Sya'aban 1433. May Allah gives us a chance to meet and do our ibadah during Ramadhan. Ameeen..:)

"Birthday Blues"
Nurhani
Bandar Sri Putra

Rabu, 13 Jun 2012

Maher Zain - So Soon | Official Music Video

Assalam,

Lama sangat aku tak menulis.. Maybe kerana lately, aku lebih suka mendengar dan melihat dari membaca dan menulis.. Mood menjiwai.. Kehilangan demi kehilangan... Langsung, aku memilih untuk mendengar lagu. For a reason, lagu So Soon nyanyian Maher Zain sangat aku gemari. Walaupun ianya membuatkan aku terasa begitu kehilangan, namun ianya juga menyuntik kekuatan untuk aku .. Ironinya, setiap kali ku rasai kehilangan, lagu-lagu Maher Zain menjadi teman. Sementelah, esok genap setahun pemergian Abah.Al-Fatihah untuk Abah.. Semoga Allah mengampuni dan merahmati Abah... Kehilangannya begitu aku rasai, walau setahun telah berlalu, sehinggalah aku merasakan aku telah temui pengganti Abah.. 

Cuma, mungkin telah tersurat juga. Dia terpaksa mengikut jejak langkah Abah. Bezanya, Abah di sana, tetapi dia masih di sini. Namun, keduanya tetap akan kekal dalam ingatan aku.

This song is truly significant to me. I wish I can tell both of them that no matter what happen, I'll always pray the best for you two. May Allah bless both of you always and grants you two with great rewards. Doakan saya kuat hadapi kehilangan ini.. Ameen..


Nukilan rasa,
Nurhani
Bandar Sri Putra

Khamis, 12 April 2012

Diari : Jangan Ada Dusta Di Antara Kita..

Assalamualaikum wbt.

Terasa dah bersawang blog ini. Punyalah lama tak update. Maaf kepada rakan-rakan yang berziarah. Jadual   waktu yang padat menyebabkan saya kurang masa untuk bersantai dan bermalas-malas di sini. :)

Anyway, saya sedang dalam mode melayan dua lagu ini JANGAN ADA DUSTA DI ANTARA KITA (Dewi Yull dan Broery Marantika) dan AKU BUKAN UNTUKMU (Rossa). Liriknya menyentuh hati. Cuma ianya tak mampu mengalirkan air mata saya.:) Cukuplah air mata yang saya dah bazirkan sebelum ini.  No more tears!! :D Smile, and the world will smile at you.

Boleh tengok clip videonya di sini dan sini. 

Anyway, saya berdoa, agar sesiapa yang menghadapi masalah atau kesempitan, mereka bertemu jalan keluar yang terbaik yang Allah tunjukkan. Face them and handle them with care. Not to avoid them and make things worse. (LARI TAJUK!!)

Oklah. Malam sudah lewat. Esok pagi nak menampar. Bola, bukan ORANG ok?? Hehehe..:P Selamat malam semua..:)


Delicious Strawberry Yogurt Cheese Cake from Secret Recipe. AAA+++!!! I bought for 3 great ladies in the office, just to make them happy.  Sharing a joy with them, make me happier..:)

"Merapu Time"
Hannah
Shah Alam

Ahad, 26 Februari 2012

Diari : SAYURRRR!!

Assalam semua,

Aku baru selesai masak lunch untuk mak. Menu hari ni, sup ceker ayam dan ikan goreng jerr.. (Ada orang cakap dengan aku, ceker ayam banyak kolagen katanya. Elok untuk awet muda..:P) Sayur tak ada, sebab semalam aku dah jadi sayurrr.. :) Aku tengok jam awal lagi, jadi nak buat senaman tangan. Menulis!

Semalam, first time aku dan 8 orang sahabat dari MAIS masuk tournament bowling open game yang dianjurkan oleh MAIM (Majlis Agama Islam Melaka) di MITC Melaka. MAIS hantar 3 team. Open game means, tak ada had kepada mana-mana jabatan atau pertubuhan untuk main. Anyone can play. Memang pengalaman lah. Pengalaman jadi sayurrr!! Sebab memang team lain hebat-hebat sangat!! Pasukan Cahaya Padang sebelah kiri kitorang, dengan Team Kaswani sebelah kanan kitorang, berlumba-lumba strike dengan spare. Satu game diorang score til 200++!! First game lagi aku rasa kitorang dah jadi sayur dalam sandwich dah! 

Tapi, aku suka dengan member-member MAIS aku. Sebab, walaupun kitorang dah confirm kalah, kami masih cuba yang terbaik. Sebab, kitorang nak buat yang terbaik untuk kutipan markah persendirian. Walaupun aku masih tak dapat mengulangi kejayaan score 208 satu game, tapi masih bersyukur dengan mata yang dipungut kerana melebihi mata persendiriran yang aku perolehi semasa perlawanan di Mont Terez dua minggu lepas.

Selepas berhempas pulas bermain 4 game (4 game ok!) kami akhirnya terpaksa akur dengan keputusan akhir :-Team MAIS 1 : No 15, Team MAIS 2, No 18 dan Team MAIS 3 (team aku la ni), No. 20!!! Hahaha!! Terbaik!! 

Anyway, walaupun kalah, we enjoy the game. Itu paling penting. :)

Usai solat Zohor, kami singgah ke karnival Jom Heboh yang berlangsung bersebelahan dengan MITC untuk mencari tempat makan tengahari. Untuk mengelakkan kesukaran parking, kami decide untuk berjalan kaki sahaja ke tapak karnival yang terletak kira-kira 300 meter dari MITC. 

Disebabkan perut kami dah berkeroncong, aku dan beberapa rakan lain memutuskan untuk makan dahulu di sebuah gerai di tapak karnival. Menu yang aku minta adalah nasi ayam tempayan dan air mata kucing. Nak rasa menu baru. Makanan, alhamdulillah, walaupun tak berapa kena dengan selera aku, tapi sebab lapar sangat, habis juga. Lagipun, aku bukan jenis tak habiskan makanan. Kerana bagi aku setiap makanan yang Allah rezekikan, even sebutir nasi pun, ada kebaikannya pada kita.

Cuma yang tak berapa best, aku rasa harga makanan tu, MAHAL SANGAT! Biasanya, untuk makanan dengan kuantiti sebanyak tu, kat Shah Alam or kat Bangi sekalipun, harganya cuma RM4.50. Air cuma seringgit. Tapi kat gerai tu, depa jual dua kali ganda harganya! So, makanan aku RM9 dan air RM2. Total RM11!!! Mahal kan? Agaknya owner dia nak cepat gi haji... Anyway, moral of the story, berhati-hati memilih gerai makan di karnival seumpama itu. Tanya harga dulu. Peniaga suka menaikkan harga makanan tanpa rasa bersalah! 

Yang positifnya di karnival tu, aku beli dua helai seluar track dengan harga RM15!! Murah sangat kot!!:) Buah pun murah, yogurt pun murah..:) Makanan jer mahal. Lain-lain, korang tengok la gambar!:)
Team MAIS 2 : No 18.
Team MAIS 1 : No. 15. Dapat RM50. Ok la tuh!

All of us..:)
Mata kumpulan kami..
With my team : Fieza and Badrol (baju kuning). Misbah (baju merah) dalam Team MAIS 2.
Sila skroll ke bawah ke untuk menilai keSAYURan kami..:P
We are not the champion, but we still happy..:)

"My Hobby"
Nurhani
Kg Raja

Ahad, 19 Februari 2012

Renung Sejenak : Hidup Ini Singkat..

Assalam semua,

Rindu untuk menulis. Namun apakan daya, 24 jam yang Allah beri sehari semalam serasa terlalu singkat? Biasanya, aku bangun seawal jam 6 atau 5.30 pagi (sekiranya bersahur) kemudian solat Subuh. Kalau terlebih rajin, jam 6.30 pagi aku dah mengayuh basikal (dalam rumah) sambil menonton rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don. Kemudian sambung dengan rancangan Reflections sambil buat senaman ringan dengan dumbell untuk tangan, kaki dan perut. Kemudian aku siap-siap buat sarapan simple untuk orang bujang (biasanya oats dan protein  campur susu). Kalau ada roti, aku bancuh kopi or nescafe dan makan dengan dua keping roti. Thensolat Dhuha 2 rakaat. Pastu barulah aku siap-siap untuk ke pejabat.

8.30 hingga 5.30. Di pejabat dengan urusan pejabat. Selesai urusan, aku balik rumah dan solat Asar, atau pun aku solat Asar dulu baru balik rumah. (Rumah 1km jer dari pejabat kot!) Then, kalau tak hujan, aku bersiap untuk sesi riadah (briskwalking dan jogging) kat tasik KUIS yang indah. Part ni memang aku suka sangat. Sebab panorama tasik KUIS ni memang MasyaAllah! Cantik sangat!!

Selesai aktiviti riadah biasanya time tu dah nak Maghrib or dah masuk Maghrib. Nak sejukkan badan sebelum mandi dan solat Maghrib pun ambik masa juga kan? After Maghrib tu lah betul-betul nak rehatkan badan. Biasa aku tengok berita. Then kalau rajin, bukak lappy untuk buat kerja, check emails, dan surfing. Then tengok lah citer apa-apa kat TV sambil gosok baju. Kalau terlebih rajin, dua tiga hari punya baju aku gosok. Kalau malas tahap gaban, aku gosok tudung jer. Baju, aku pakai yang tak payah gosok.:)

Biasanya mata aku boleh bertahan tengok TV til 11 malam or kadang-kadang lebih jam 12. Depends pada cerita dan stamina yang masih berbaki. Dah tua-tua ni, kurang rasa nak menonton kecuali cerita yang betul-betul best. Aku prefer surfing dari tengok TV. Sekarang ni favourite program aku 30 Minit Ustaz Don. Aku rasa program ni betul-betul interaktif. Cara Ustaz Don jelaskan sesuatu perkara memang menarik minat aku. Betul-betul clear. Paling aku suka bila dia ajar tajwid dan bacaan surah-surah Al-Quran. 30 minit rasa tak cukup. 

Pastu, kalau dah jam 11 malam, biasanya aku dah cari tilam dan bantal. Ngantuk dahhh.. That's why, aku really impress dengan sesiapa yang masih boleh membaca buku yang informatif (bukan komik or bacaan ringan ok?) melewati waktu jam 12 tengah malam atau tidur cuma 2 jam sahaja sehari? Pada aku, mereka benar-benar menggunakan waktu yang ada semaksima mungkin. Just imagine, kita biasanya tidur 5-6 jam sehari. Berbanding mereka yang tidur cuma 2 jam sehari, perbezaan waktu selama 4 jam, banyak yang boleh dibuat, rite?

Pagi tadi aku buat sarapan untuk emak. Emak suka sarapan nasi. Nasi putih semalam ada baki. Aku tumiskan ikan kembung belacan untuk emak. Pastu, aku mula buat aktiviti fizikal yang lain. Kemas rumah, cuci dapur, basuh dan jemur kain, layan FB sekejap. Then kol 11.30 aku dah start masak untuk lunch. Sup tulang dan cendawan tumis cili.  Sekarang dah jam 4.03 minit petang. Rasa sekejap saja, 1 hari dah habis. 24 jam Allah beri rasa singkat sangat. Cepat sangat.

Bila fikirkan waktu hidup yang singkat, aku insaf sendiri. Aku rasa banyak masa hidup di dunia yang aku tak gunakan dengan sebaiknya. Bukankah seharusnya masa hidup diguna untuk kumpul bekalan akhirat? Ibadah dan khidmat ummah. Berkhidmat juga satu ibadah untuk tambah tabung amalan. Untuk dapatkan redha Allah.

Hidup ini singkat. Seorang sahabat memberitahuku, dia akan gunakan pengalamannya bertalaqqi dengan syeikh-syeikh hebat di Makkah dan Madinah sebagai salah satu hujah semasa bertemu Allah. Terfikir aku. Hujah apa aku nak gunakan supaya Allah redha aku dan Nabi beri syafaatnya pada aku?

Kemudian aku teringat emak. Sejak Abah tak ada, aku seboleh-bolehnya cuba beri keutamaan pada emak. Khidmat untuk emak. Cuba seboleh mungkin nak bahagiakan emak. Tak sampai hati nak lukakan hati emak. Semoga emak redhai aku sebagai anaknya. Kerana keredhaan Allah adalah keredhaan ibu bapa. Abah dah tak ada untuk aku bermanja. Hanya tinggal emak yang tak pernah berubah kasih-sayangnya pada aku sejak 3 dekad yang lalu.

Aku semakin rajin ke dapur walhal aku tak suka memasak? Aku lebih suka mengemas dari memasak. Sejak emak tak berapa sihat, kaki pun asyik sakit, aku mula memasak untuk emak. Dulu emak yang masak untuk aku dan adik-beradik yang lain. Sekarang turn aku untuk masak beri pada emak. Take over tugas memasak. Hopefully aku boleh gunakan ini sebagai hujah di akhirat bila jumpa Allah? Aku pun tak tahu...

Hidup ini singkat. Beramal selagi sempat. Kumpul dan tambah 'hujah' kita selagi berupaya. Berbuat baik pada ibu bapa. Kita tidak tahu bila Allah akan ambil nyawa kita. Berkhidmat sebanyak mungkin. Semoga Allah balas kita dengan ganjaran syurga di akhirat. Aminnn.. (Pesanan ini untuk aku dan kalian juga.)

Hikmah semasa mum warded @ KPJ Shah Alam.
Being a single, I berpeluang untuk bersama mum and jaga mum. TQ Allah.:)

Didik mereka supaya sayangi orang tua dan jaga orang tua bila sakit. (Bed pool @ KPJ  Selangor)

Saya, Hannah dan Faisal di KPJ.
Kanak-kanak umpama kain putih. Ayah ibunya yang mencorakkan mereka.  Kanak-kanak akan lihat dan contohi layanan ibu bapa mereka kepada datuk dan nenek mereka. 

Ajar kanak-kanak untuk sayangi binatang dan makhluk lain juga. Bukan sekadar emak, ayah, keluarga sahaja.

Beautiful and majestic Masjid Al-Azhar KUIS.
Ingat, utamakan kasih sayang kita pada Allah dan Islam. InsyaAllah, Allah  akan sayang pada kita. :)
"Mati Itu Pasti"
Nurhani
Kg Raja

Khamis, 9 Februari 2012

Diari : Wanita Paling Berpengaruh...

Assalam,

Last month, ada seorang sahabat baik ku diminta untuk memberi ceramah berkenaan orang yang berpengaruh. Pada aku, dalam beberapa keadaan, contohnya politik, pengaruh memang perlu untuk mempengaruhi orang lain dan mendapatkan undian. Seorang artis yang berpengaruh dengan artis yang baru meningkat naik, berbeza jualan album masing-masing. Artis yang berpengaruh dikejar-kejar penerbit album dan syarikat rakaman. Artis baru pula perlu bergelut untuk mendapatkan lagu-lagu karya penulis lirik dan pencipta lagu yang hebat dan berpengaruh supaya album mereka laku.

Tapi aku tak perlu jadi berpengaruh pun, namun aku berjaya mempengaruhi orang untuk ikut cara aku. Tak perlu jual album atau raih undi, mereka tetap ikut aku. Yang bawah umur dan yang dewasa. Tak percaya? :P Sila view di bawah..:)


Mempengaruhi anak-anak buah untuk bermesra dengan alam..:)

Mempengaruhi mereka untuk mengamalkan gaya hidup sihat..:)
Mempengaruhi mereka supaya melakukan senaman tangan melalui aktiviti melontar bola bowling..:)
Mempengaruhi mereka bahawa, walaupun beriadah, sentiasa kekalkan gaya..:) Haha!
Mempengaruhi mereka supaya enjoy exersice!! :D
Mempengaruhi mereka supaya meregangkan badan sebelum senaman..:P
Mempengaruhi mereka supaya SENYUM dan sentiasa positif!! :D
Mempengaruhi mereka supaya rajin membaca..:)
Tapi, serius! Yang ini aku tak pengaruhi, tapi Ammar memang masuk sendiri dalam  buffet ni!! Ampun!! 

"Salah ke?"
Hunny
Shah Alam
Selangor

Khamis, 19 Januari 2012

Diari : New Partner in Life

Teman seperjuangan..:) Baru dan lama.. Thanx to them..:)

"Nak 1000 daya"
Nurhani
Bandar Sri Putra