Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 26 Februari 2012

Diari : SAYURRRR!!

Assalam semua,

Aku baru selesai masak lunch untuk mak. Menu hari ni, sup ceker ayam dan ikan goreng jerr.. (Ada orang cakap dengan aku, ceker ayam banyak kolagen katanya. Elok untuk awet muda..:P) Sayur tak ada, sebab semalam aku dah jadi sayurrr.. :) Aku tengok jam awal lagi, jadi nak buat senaman tangan. Menulis!

Semalam, first time aku dan 8 orang sahabat dari MAIS masuk tournament bowling open game yang dianjurkan oleh MAIM (Majlis Agama Islam Melaka) di MITC Melaka. MAIS hantar 3 team. Open game means, tak ada had kepada mana-mana jabatan atau pertubuhan untuk main. Anyone can play. Memang pengalaman lah. Pengalaman jadi sayurrr!! Sebab memang team lain hebat-hebat sangat!! Pasukan Cahaya Padang sebelah kiri kitorang, dengan Team Kaswani sebelah kanan kitorang, berlumba-lumba strike dengan spare. Satu game diorang score til 200++!! First game lagi aku rasa kitorang dah jadi sayur dalam sandwich dah! 

Tapi, aku suka dengan member-member MAIS aku. Sebab, walaupun kitorang dah confirm kalah, kami masih cuba yang terbaik. Sebab, kitorang nak buat yang terbaik untuk kutipan markah persendirian. Walaupun aku masih tak dapat mengulangi kejayaan score 208 satu game, tapi masih bersyukur dengan mata yang dipungut kerana melebihi mata persendiriran yang aku perolehi semasa perlawanan di Mont Terez dua minggu lepas.

Selepas berhempas pulas bermain 4 game (4 game ok!) kami akhirnya terpaksa akur dengan keputusan akhir :-Team MAIS 1 : No 15, Team MAIS 2, No 18 dan Team MAIS 3 (team aku la ni), No. 20!!! Hahaha!! Terbaik!! 

Anyway, walaupun kalah, we enjoy the game. Itu paling penting. :)

Usai solat Zohor, kami singgah ke karnival Jom Heboh yang berlangsung bersebelahan dengan MITC untuk mencari tempat makan tengahari. Untuk mengelakkan kesukaran parking, kami decide untuk berjalan kaki sahaja ke tapak karnival yang terletak kira-kira 300 meter dari MITC. 

Disebabkan perut kami dah berkeroncong, aku dan beberapa rakan lain memutuskan untuk makan dahulu di sebuah gerai di tapak karnival. Menu yang aku minta adalah nasi ayam tempayan dan air mata kucing. Nak rasa menu baru. Makanan, alhamdulillah, walaupun tak berapa kena dengan selera aku, tapi sebab lapar sangat, habis juga. Lagipun, aku bukan jenis tak habiskan makanan. Kerana bagi aku setiap makanan yang Allah rezekikan, even sebutir nasi pun, ada kebaikannya pada kita.

Cuma yang tak berapa best, aku rasa harga makanan tu, MAHAL SANGAT! Biasanya, untuk makanan dengan kuantiti sebanyak tu, kat Shah Alam or kat Bangi sekalipun, harganya cuma RM4.50. Air cuma seringgit. Tapi kat gerai tu, depa jual dua kali ganda harganya! So, makanan aku RM9 dan air RM2. Total RM11!!! Mahal kan? Agaknya owner dia nak cepat gi haji... Anyway, moral of the story, berhati-hati memilih gerai makan di karnival seumpama itu. Tanya harga dulu. Peniaga suka menaikkan harga makanan tanpa rasa bersalah! 

Yang positifnya di karnival tu, aku beli dua helai seluar track dengan harga RM15!! Murah sangat kot!!:) Buah pun murah, yogurt pun murah..:) Makanan jer mahal. Lain-lain, korang tengok la gambar!:)
Team MAIS 2 : No 18.
Team MAIS 1 : No. 15. Dapat RM50. Ok la tuh!

All of us..:)
Mata kumpulan kami..
With my team : Fieza and Badrol (baju kuning). Misbah (baju merah) dalam Team MAIS 2.
Sila skroll ke bawah ke untuk menilai keSAYURan kami..:P
We are not the champion, but we still happy..:)

"My Hobby"
Nurhani
Kg Raja

Tiada ulasan: