Lagu 'Teman Sejati' nyanyian kumpulan nasyeed Brothers asyik terngiang-ngiang dalam minda saya.Walau terlalu banyak yang terpendam dan ingin diluahkan, ini saja yang mampu untuk saya curahkan pada ketika ini. Kata-kata dari Imam Shafie yang agung, ingin saya kongsikan dengan semua yang bergelar sahabat, sama ada yang dekat dan yang jauh, lebih-lebih lagi sudi menerima saya sebagai sahabat atau temannya..
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Persahabatan turut ditakdirkan begitu. Bertemu, Berkenalan, Berpisah. Perjalanan masih panjang, perjuangan masih belum selesai. Yang menjadi Adat, yang patah tumbuh yang hilang berganti. Mudah-mudahan mendapat ganti teman yang lebih baik. Mudah-mudahan digantikan Allah sahabat yang lebih unggul. Kita hanya manusia, Allah jua yang berhak menentukan yang terbaik bagi kita. Tidak salah berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. Wallahua'lam.
Nurhani
Seksyen 3
Shah Alam
8 ulasan:
salam hani,
ada teman yang akan bertukar tempat ke?
هاني سلاوه,
دري كاون منجادي تمن, دري تمن جادي صحابت
دان ستروسث انداي سسواي دهاتي دجاديكن تمن
سهيدوف سماتي.بكيتوله لومره هيدوف مانسي
ددنيا اين.ممدهمداءن هاني برجمفا دعن يع سسواي
دهاتي دان تروس ككل . ان شأ الله.
Salam Hunny.
Perpisahan sesama saudara Islam hanya pada zahirnya sahaja, berdoa-doaan tetap akan berterusan, tangan diangkat pada setiap waktu solat , berdetik di hati dan berkumit di mulut masing-masing mendoakan kesejahteraan saudaranya. Insya Allah- Allah tidak akan mensia-siakan mereka.
Orang berpergian itu seperti Pak Ngah tahu pula...hehehe...nujum Pak Belalang.
Salam Dr Sam,
Memang ada teman yang akan bertukar tempat. Tempat yang lebiih mencabar. Insyaallah, mudah-mudahan dia berjaya.
Salam Wak Kuntong,
Terima kasih atas doa wak tu..Aminnn..:)
Salam Pak Ngah,
Insyaallah, doa kami semua mengiringi yang pergi.. yang masih ada, kami terus mendoakan, dibukakan hati untuk terus bersahabat dan bersama-sama menegakkan islam tercinta.
minta post nya yah ,,,
Dinda,
Silakan..:)
Catat Ulasan