Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 5 Ogos 2009

Diari - Nisfu Syaaban 1430H

Salam semua,

Selepas Maghrib hari ini, 5hb Ogos 2009 adalah bersamaan dengan 15 Syaaban 1430 Hijrah. Bagi umat Islam, hari ini adalah hari Nisfu Syaaban di mana amalan kita diangkat ke langit dan diganti dengan buku amalan yang baru. Digalakkan untuk kita memperbanyakkan ibadah dengan bersolat dan membaca Al-Quran untuk memulakan lembaran baru di dalam buku catatan amalan kita. Marilah sama-sama berdoa semoga amalan kita sepanjang tahun lalu diterima Allah dan mari sama-sama kita memasang niat untuk menambah amal kebajikan di tahun ini. Amin..

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani
Seksyen 5
Shah Alam

2 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Pak Ngah pinjam entri peringatan Malam Nisfu Syaaban kejap, esok bagi balik.He3.

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

Apa salahnya.. barulah tersebar pesanan ni.. :)