Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 25 Ogos 2009

Diari - Ramadhan yang mengujiku..


Salam semua,

Kebelakangan ini saya jarang mengupdate blog disebabkan komitmen kerja-kerja di pejabat. Tambahan pula, sekarang ini bulan Ramadhan, sebelah malam saya mempunyai komitmen di masjid.

Dalam entri saya lepas, saya berharap semoga Ramadhan ini akan menjadi lebih bermakna. Betullah doa orang yang berpuasa makbul. Ramadhan tahun ini, beberapa peristiwa pahit dan manis terjadi pada saya, walhal baru empat hari umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah ini.

Bermula pada Jumaat lepas, kesabaran saya benar-benar diuji apabila seorang peguam dan seorang anak guamnya melemparkan kata-kata yang kurang sopan kepada saya, disebabkan pertikaian terhadap isu kecil. Masing-masing nak menang. Anak guamnya dengan selamba menghamburkan kata-kata yang menyiat kesabaran saya. Kebetulan pula, saya baru habis mesyuarat menyiapkan afidavit jawapan bagi kes yang berkaitan. Memang letih sangat, sebab seharian memerah otak untuk menyiapkan jawapan. Bila ter'provoke' dengan kata-kata anak guamnya, saya berkata kepada peguam tersebut (dengan nada agak tinggi sebab stress),'

"I think u should do the talking, not him, since he's already appointed you. " kata saya.
Peguam tersebut meminta anak guamnya berhenti bercakap, tetapi disebabkan anak guamnya tidak berpuas hati dengan saya, dia terus angkat punggung dan berkata kepada peguamnya dengan nada marah," Dah la. Kita dah dengar apa LA MAIS cakap. Tak payah nak cakap panjang2, kita balik aje. Tak guna cakap kalau jawapan macam ni yang kita dapat," katanya marah-marah.

"Takk. Tuan, sekarang ni, u all dah la datang lambat, lepas ofis hour, minta kita extend masa, dah tu put the blame on MAIS. Semua pun salah MAIS, sedangkan tuan-tuan yang lambat sampai. Notis kita dah bagi awal pagi tadi kat peguam tuan," kata saya cuba mengawal keadaan. Dalam hati Allah saja yang tahu, sebab letih campur kena provoke, memang la geram.

"Nanti, nanti," kata peguam itu sambil mengangkat tangannya. "Boleh selesai ni," katanya lagi.

Anak guam beliau yang panas hati bangun dan terus berkata," Awak kena dengar arahan saya. Saya ni anak guam awak, saya beri arahan untuk kita balik saja," katanya marah-marah sambil menarik tangan peguamnya. Walaupun nampak tak puas hati dengan tindakan anak guamnya, dia terpaksa akur dan bangun.

"Terpulang kat Tuan. Isnin nanti boleh datang semula. Kita sentiasa beri peluang," kata saya pendek tetapi tegas.

Saya terus pulang ke rumah untuk solat Asar dan bersiap-siap untuk solat maghrib dan tarawikh di masjid negeri. Selepas Solat Asar, saya termenung sendirian memikirkan kejadian yang baru berlaku. Terasa malu sebab kalah dengan nafsu ammarah tadi. Menyesal dengan tindakan yang saya buat. Sedih sungguh rasanya. Rasa nak je jumpa pakcik tu balik dan minta maaf. (Terfikir nak bagi kurma kat pakcik tu...) Air mata ringan jer mengalir... beratnya nak menjaga hati...

Sengaja saya hadir awal di masjid negeri, untuk mencari ketenangan hati. Awalnya, seorang sahabat yang mengajak untuk bertarawikh bersama, saya tolak dengan baik. "Gi lah tengok muka orang yang tenang, baru cool sket," katanya pada saya. "Hmmm... tak pelah. I need time to be alone," kata saya ringkas. Jemaah memang sedikit semasa saya sampai, sebab saya sampai dalam jam 7.45 pm. Nak parking pun senang. Alhamdulillah... Rasa lebih tenang bila sampai saya. Sempat mendengar ceramah dari Imam Besar mengenai fadhilat Ramadhan. Lepas tarawikh, sempat saya sambung semula kerja-kerja sebelum melelapkan mata.

Sepanjang Sabtu dan Ahad, saya menyiapkan tugasan yang sama, tapi sebab banyak, memang tak dapat nak dihabiskan. Niat asal, tak nak balik, tapi sebab tak leh tahan dengan godaan nak berbuka dengan keluarga di kampung, saya akur dengan kehendak hati, dan saranan sahabat saya, untuk lihat wajah-wajah yang tenang dan saya sayang. Teringat pada abah dan emak, hati meronta-ronta nak balik. "Tak kisahlah siap kerja ker tak, nak balik gak," getus hati saya. Tambahan pula, teman2 serumah saya semuanya pun pulang ke kampung untuk berbuka bersama keluarga. Perjalanan ke kampung rasa mudah dan ceria, sebab jalan pun tak jem. 5 minit sebelum buka saya sampai. Semua adik-beradik lain ada, kecuali yang menuntut di UTM Johor. Terus hilang keserabutan dan kekusutan dalam kepala. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... :)

Pagi ini sekali lagi saya diuji. Seorang pakcik dan isterinya marah-marah kepada saya kerana satu isu yang berbangkit. Berbeza dengan pendekatan hujah balas, saya biarkan pakcik itu melepaskan rasa marahnya. Memang la rasa panas hati, tapi boleh bertahan. Mungkin sebab berpuasa dan pagi tadi bertadarus, rasa lembut sket hati kot. Hehehe..

Apapun, Ramadhan ini masih panjang. Banyak lagi ujian yang bakal saya lalui. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan pada saya untuk bersabar dan melalui ujian-ujian lain, untuk mendapatkan keampunan di akhir Ramadhan ini.

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani
Seksyen 5
Shah Alam

4 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Bila serangan perkataan buruk datang bertubi-tubi menghinggap di telinga kita, ucapkan sahaja " Alhamdulillah dan astaghfirullahal aziim" kerana ucapan itu dapat memadamkan api kemarahannya dan kemarahan kita sendiri.....sekadar mengingatkan kembali sahaja. hehehe

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

Terima kasih atas pesanan. Biasalah.. darah muda.. hehehe :)

Ustaz Amin berkata...

Marah atau dimarah itu lumrah, yang membezakan kita dan malaikat ialah, malaikat tak akan terkesan kerana dia tidak mempunyai perasaan, yang membezakan kita dengan binatang pula, binatang terus menyerang balik, yang membezakan kita dan syaitan pula, syaitan akan terus menyalahkan orang lain tanpa mengkoreksi diri.

Kita sebagai hambaNya, marah dan dimarah akan menyebabkan kita mengkoreksi diri,

wajarkah aku marah? dan kenapa Allah datangkan orang memarah aku? kerana, di dunia, tidak ada perkara yang kebetulan...

Salam dari kejauhan dari bumi Mukarramah...

Hunny berkata...

Salam Ustaz,

Terima kasih atas pesanan dan ingatan tu. Salam saya pada Rasulullah sesabar-sabar manusia di dunia. Doakan saya dan sahabat-sahabat di MAIS dapat mengawal 'kemarahan' setiap kali berhadapan dengan pelanggan yang suka marah-marah orang lain tak tentu pasal dan menguji kesabaran kami.