Rasanya baru semalam saya menang naib johan bowling di Melaka, hari ini ada satu lagi episod gembira yang ingin saya kongsikan. Saat saya menaip entry ini, saya baru sahaja pulang dari menghantar emak dan ayah ke rumah kakak di seksyen 19 setelah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kakitangan MAIS bagi tahun 2008. Alhamdulillah, ini merupakan kali pertama saya menerima anugerah ini sepanjang tempoh 5 tahun bekerja di MAIS. Syukur sangat-sangat. Teringat saya kata-kata seorang pegawai wanita semasa saya dianugerahkan sebagai pemenang Pegawai Contoh MAIS bagi bulan April hingga Jun 2009 yang lalu.
"Tahniah. Lepas ni, mungkin boleh dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) pulak" katanya berseloroh.
Rupanya, gurauannya itu menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Malam ini, saya merupakan penerima anugerah pertama yang dipanggil untuk menerima anugerah tersebut daripada YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang menyokong dan mendoakan saya, khususnya pada emak dan abah yang banyak bersabar dengan kerenah saya. Juga kepada pihak MAIS kerana memilih saya dan memberi penghargaan kepada saya.
Sempat abah berpesan pada saya,"Lepas ni sujud syukur, jangan lupa."
Mudah-mudahan anugerah ini dapat membantu menambahkan rasa seronok untuk bekerja dengan cemerlang dan ikhlas di dalam diri saya. Mudah-mudahan ianya menjadikan saya lebiih baik dan terus cemerlang untuk tahun-tahun akan datang.
Apapun, kecemerlangan merupakan sesuatu perkara yang subjektif. Bagi umat Islam, cemerlang itu adalah apabila kita cemerlang di dunia tanpa melupakan akhirat dan menempah tiket ke syurga dengan kita bawa bersama semua ahli keluarga kita. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang cemerlang dan terus berjaya.
"Yang Bersyukur"
Nurhani
Seksyen 3 Shah Alam

VVIP (Very Important Persons In My Life) saya malam ini, mak dan abahku. Tanpa doa mereka, mana mungkin aku di sini..
Merakam kenangan bersama VVIP pada majlis tersebut, YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS, SS Dato' Pengarah JAIS dan Timbalan Setiausaha MAIS.
Berkongsi kegembiraan bersama anak-anak buahku. Kalaulah 'kecemerlangan' ini boleh ku wariskan, kan baguss...
11 ulasan:
Salam Hani.
Syabas dan tahniah. usaha yang baik itu akan diikuti dengan balasan yang baik juga. Suatu kepuasan dan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.
Pak Ngah dapat menggambarkan betapa gigihnya Hani bertugas dan berkhidmat. bersama minda yang proaktif, kreatif dan kritis untuk mencapai wawasan kerja bersama kekawan yang lain.
Pak Ngah pernah merasainya tiga kali sepanjang berkhidmat.Memang sewajarnya jangan melupai sujud syukur dan bersedekah.
Anugerah itu juga insya Allah akan dapat memberi perangsang kepada orang lain, terutamanya orang yang terdekat.
Salam sdri Hani...
Tahniah atas penganugerahan yg sdri terima, moga ianya dpt memberikan semangat utk terus memberi perkhidmatan yang terbaik...syabas
Salam Pak Ngah,
Terima kasih. Baru sekali. Pak Ngah lebih komited dari saya, sebab tu dapat 3 kali.. Inysaallah, saya akan berusaha melipatgandakan komitmen kerja.
Salam saudara Razak,
Terima kasih. Mudah-mudahan saya terus komited :)
Salam Hani.
Pak Ngah dapat dua kali Anugerah Cemerlang KPM dan yang satu lagi Anugerah Khas Sekolah.Namun begitu tugas Pak Ngah tidak mencabar seperti tugas Hani lalui.
Walaupun satu anugerah yang Hani terima tetapi kualitinya lebih tinggi.
Salam Pak Ngah,
Pak Ngah ni memang terlalu merendah diri. Kalau saya di tempat Pak Ngah, belum tentu saya dapat buat sebaik Pak Ngah.. :)
salam Hani. Tahniah diatas anugerah khidmat cemerlang tersebut. satu anugerah pengiktirafan perkhidmatan awam yang boleh dibanggakan. Saya tumpang gembira dan bersyukur. Membaca diari dan jadual kerja Hani yang begitu padat serta dedikasi yang diberikan, memang layaklah Hani mendapat pengiktirafan sebegini.
Syabas!
Salam Dr Sam,
Terima kasih. Alhamdulillah. Kerja dakwah, memang non stop:)
tahniah kak...hmm..blh blnja nie..huhuh
Salam Ayong,
Bolehhhh.. meh la datang :)
hi,how ru,ur mail id,takecare
Catat Ulasan