Salam semua,
Sempena Ramadhan Al-Mubarak tahun ini yang akan bermula esok, saya ingin mengambil peluang ini untuk memohon maaf kepada semua pengunjung blog, kemungkinan ada entry-entry saya yang menyentuh sensitiviti sesetengah pengunjung. Selain berpuasa, semoga Ramadhan ini kita penuhi dengan menunaikan ibadah-ibadah wajib dan sunat seperti bertadarus dan bersolat tarawih. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini dapat menambah iman dan amal kita untuk bekalan di akhirat kelak. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan 1430H. Semoga puasa kita bukan sekadar mendapat lapar dan dahaga, tetapi diterima Allah. Semoga Ramadhan ini penuh makna.. Amin.
"Mengharap Redha Ilahi"Nurhani Salwa Jamaluddin
Bangunan Sultan Idris Shah
Shah Alam Selangor
6 ulasan:
Salam Hani.
Pak Ngah mengucapkan Selamat Berpuasa dan Menghayati Ramadan. Semoga Ramadan tahun ini betul-betul memberi kita rahmah, maghfirah dan mendapat kelepasan daripada azab api neraka.
Semoga benar-benar kita memperolehinya.amin.
Salam Pak Ngah,
Aminnn...
Salam Ramadhan ya.. :)
Lama tak jengah kat blog Hani. Di kesempatan ini saya ucapkan Selamat menyambut Ramadhan. Semoga puasa kita di terima Allah swt.
Salam Ramadhan almubarak. Semoga dengan kedatangan bulan yang penuh barokah ini akan lebih mendekatkan diri kita kepadaNYA.
Salam Ramadhan pada Encik Zaidon, Wak Kuntong dan Dr Sam,
Mudah-mudahan Ramadhan ini lebih bermakna.. :)
Catat Ulasan