Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 2 Ogos 2009

Diari - We did it!

Salam semua,

Malam tadi, selepas selesai program penerangan undang-undang mengenai mualaf di Concorde Inn Sepang, saya dan dua orang sahabat meneruskan perjalanan ke Ayer Keroh, Melaka untuk menyertai Kejohanan Bowling Antara Agensi Agama Peringkat Zon Selatan. Disebabkan pemandu yang sepatutnya menghantar kami mengadakan majlis kenduri arwah di rumahnya, dia bertolak lewat dari Banting. Lebih kurang jam 1.15 pagi, kami bertolak dari Sepang. Kami sampai di Melaka lebih kurang jam 3.30 am. Kami tidur di rumah seorang sahabat kami di Bukit Katil. Sebab dah letih, saya tidur saja di belakang.

Pagi tadi, seawal jam 9 pagi kami sudah berada di Melaka International Trade Center, yang terletak kira-kira 5 minit dari Bukit Katil. Terdapat 60 pasukan yang berdaftar untuk menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Agama Islam Melaka. Setiap kumpulan mempunyai dua orang ahli (beregu). MAIS menghantar 4 pasukan, tiga pasukan lelaki (MAIS. KUIS dan LZS) manakala saya dan sahabat saya Suzana, satu-satunya beregu wanita mewakili MAIS.

Kami bermain 4 set permainan. Alhamdulillah, beregu saya dan Suzana berjaya merangkul Naib Johan Beregu Wanita pada kejohanan kali ini. Mata terkumpul kami lebih kurang 1069 mata (Suzana : 539 jatuhan pin, Saya : 530 jatuhan pin). Beregu lelaki dari KUIS pula mendapat tempat keenam. Dua beregu lagi tidak bernasib baik pada kali ini. Takper guys! Cuba lagi lain kali.

Kejohanan kali ini memberikan satu pengalaman manis kepada saya, kerana bermain di gelanggang bowling terbesar di Asia dan Malaysia (ada 51 lane bowling. Yang saya tahu, setakat ni paling banyak 36 lane jer, di Sunway Pyramid). Baru semalam, 1hb Ogos 2009,gelanggang bowling ini dirasmikan pembukaannya oleh YAB Menteri Besar Melaka. Dato' Mohd Ali Rustam. Lebih menyeronokkan, inilah kejohanan pertama yang diadakan di pusat bowling tersebut.

Apapun, tahniah kepada KSK Majlis Agama Islam Melaka kerana berjaya menganjurkan kejohanan seperti ini. Semoga perhubungan di antara agensi-agensi agama di seluruh Malaysia berjaya diperkasa melalui aktiviti-aktiviti seumpama ini. Pada yang menang, tahniah, pada yang kalah kita cuba lagi di tahun-tahun akan datang.

"Majulah sukan untuk Islam"
"Badan sihat otak cerdas"

Hani
Seksyen 3
Shah Alam
Piala 'kiut' untuk Naib Johan.

8 ulasan:

Abd Razak berkata...

Salam...tahniah...bukan kedudukan yg dicarikan betul tak?...Mengeratkan ukhwah sesama Islam

KUNTONG berkata...

Salam :
tahniah Hani, mcm ni bleh latih lagi dan boleh pergi ke peringkat negeri.

Leenoh berkata...

Salam.
Tahniah Hani atas kejayaan istimewa itu. Dalam sejarah hidup Pak Ngah tidak pernah menang sukan apapun.hahaha, agaknya akibat sentiasa mengambil sikap beralah kot...hanya alasan...yang sebenarnya kuran kemahiran.

Kemenangan dalam sukan juga suatu kepuasan kan?.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

amboi..k.hany...naib juara bowling...mesti..terror giler kan...tahniah2

Hunny berkata...

Salam saudara Razak,

Betullah tu.. Ukhuwah yang paling penting. Kami pun berkongsi lane dengan dua beregu lain, dari Majlis Agama Islam Wilayah dan Majlis Agama Islam Melaka.

Hunny berkata...

Salam Wak Kuntong,

Insyaallah, kalau ada rezeki. Tapi kena latihan cukup laa.. Kami ni, part time jer, bukan full time macam Shalin tu.. :)

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

Apa jua yang kita buat, kalau hujungnya kepuasan dan kemenangan, dah tentu kita suka. Fitrah manusia. Apapun, bagi umat Islam, kemenangan hakiki adalah bila kita dapat masuk syurga bersama-sama keluarga kita.. :)

Hunny berkata...

Salam Ayong,


Bukan terror, tapi terrorist! Ahaks! Tak terror pun, cuma rezeki yang menyebelahi kami. Mata kami tak banyak mana pun, tahap2 amatur jer.. Maybe sebab orang lain lagi kurang latihan daripada kami, kami la yang menang.. hehehe.. apapun, alhamdulillah, syukur.. sekurang2nya perjalanan yang meletihkan ke Melaka terubat dengan kemenangan ini.. :)