Salam semua,
Dah lama tak menulis disebabkan kesibukan dengan kerja-kerja di pejabat dan aktiviti-aktiviti sosial di luar pejabat. Tambahan pula, sejak Pegawai Syariah MAIS meletak jawatan bermula 1hb Ogos 2009 yang lalu, tak menang tangan dibuatnya. Pagi saya di Mahkamah, petang bergelumang dengan fail-fail dan tugasan di pejabat. Yang tak berapa bagusnya, memang letih laaa, sebab turun naik Mahkamah Syariah. Yang bagusnya, saya amalkan ilmu-ilmu yang saya pelajari di UITM dan UIA, setelah sekian lama tidak beramal sebagai Peguambela dan Peguamcara. Banyak perkara-perkara basic yang saya dah lupa. Rasa pelik semacam jer bila berbicara di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, sedangkan lima tahun yang lalu, ini amalan biasa saya bila di Mahkamah.
Apapun, saya yakin dan percaya, Allahlah yang telah menetapkan bahawa pada tanggal 12hb Ogos 2009, saya akan mewakili MAIS sebagai Peguam Syarie di hadapan Mahkamah. Walaupun saya mungkin tidak bersedia, hanyasanya Allah jualah yang mengetahui dan meredhai bahawa saya benar-benar telah bersedia untuk cabaran yang baru, di pentas kehakiman.
Apapun, saya berdoa, mudah-mudahan cabaran baru ini dapat saya lalui dengan mudah dan dipermudahkan. Dan semoga redha Allah sentiasa bersama saya. Amin.
"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Seksyen 5
Shah Alam
2 ulasan:
salam,
harap boleh diwujudkan blog utk umsh hiv tu...supaya perkembangannya dapat diketahui umum...taklah nanti bermasalah dipertengahan jalan.tahniah atas inisiatif...hanya Allah yg mampu membalas...tq
Salam kepada Tanpa Nama,
Boleh rujuk blog ustazamin.com untuk maklumat lanjut mengenai rumah HIV. Sama-sama membantu sesama Islam.
Catat Ulasan