Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 2 Disember 2009

Idea Mencurah - Beauty Without Brain..

Solange Magnano, bekas Ratu Argentina

Salam semua,

Kepada wanita-wanita yang terlalu mendambakan kecantikan dan tidak bersyukur dengan anugerah Allah, baca dan hayatilah cerita ini yang saya petik dari Berita Harian 2 Dis 2009:-

BUENOS AIRES: Bekas ratu cantik Argentina, Solange Magnano, 38, mati akibat mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan plastik di bahagian punggungnya.

"Wanita cantik ini sebenarnya sudah memiliki segala-galanya, tetapi mati kerana beliau mahu memiliki punggung yang lebih menarik," kata Roberto Piazza, seorang pereka fesyen dan juga teman rapat Magnano yang pernah muncul sebagai model dalam satu pertunjukan fesyen rekaan beliau.

Magnano, Ratu Argentina 1994 sudah berkahwin dan memiliki anak kembar berusia lapan tahun, menjalani pembedahan Khamis lalu di sebuah pusat pembedahan plastik di ibu negara Beunos Aires. Dia mati setelah 3 hari dirawat di dalam Unit Rawatan Rapi.

Di dalam Islam, Allah swt telah melarang sebarang bentuk perubahan atau pengubahsuaian terhadap tubuh badan kita melainkan disebabkan kecacatan yang apabila dibiarkan, ianya memberi kemudharatan / keaiban kepada kita. justeru, segala pembedahan kosmetik untuk kecantikan adalah dilarang sama sekali untuk tujuan kecantikan dan berhias-hias. Cubalah untuk bersyukur dan menerima anugerah Allah seadanya. Cantik itu terlalu subjektif. Bagi saya, seseorang wanita itu cantik apabila ada pada dirinya kombinasi kecantikan luaran dan dalaman. Kecantikan dalaman adalah apabila kita cantik dengan iman, islam, ilmu dan adab.

So, all the girls out there.. Harapnya kita semua kalau nak cantik pun, biarlah berakal! Dan all the guys, pilihlah pasangan anda among those beauties with brains..:D Tak rugi pun.. :D


"Bersyukur Dengan Anugerah Ilahi"

Hunny

Empress Hotel

Sepang

2 ulasan:

aburazeen berkata...

beauty in the eyes of beholder!, post ni pelik sikit sebab ada pic tak tutup aurat, tapi untuk tujuan pengajaran takpe kan kan..

Hunny berkata...

Salam Bro Razeen,

maaf lah sebab gambar nya tak menutup aurat. Niat saya nak tunjukkan bahawa si mati ni dah terlalu kurus, menjadi idaman ramai wanita untuk dapatkan bentuk badan slim macam beliau.. tak ada niat untuk memberi 'dosa kering' pada pembaca.. apapun, terima kasih atas pesanan tu.. cuma, kalau nak cari gambar dia pakai tutp aurat, mungkin tak ada... :D.