Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 29 Januari 2010

Diari - Akhirnya aku tersenyum jua...



"Hai la.. kenapa saya kena cakap banyak kali. Banyak sangat silapnya ni.. Letih saya macam ni, nak kena baca banyak kali," pagi-pagi lagi saya dah memberi ceramah panjang kepada seorang kakitangan saya. Agak tinggi pitching suara dan panjang teguran saya kepadanya pagi ini disebabkan saya terlalu pressure dan keletihan dengan tugasan-tugasan harian yang tak habis-habis. Saya sepatutnya berada di Jabatan Peguam Negara untuk menghadiri Mesyuarat Komuniti Syariah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara yang bermula pada jam 9.30 pagi. Namun, disebabkan terdapat perkara-perkara yang urgent untuk saya selesaikan, hanya pada jam 9.30 pagi saya bergerak dari pejabat di Shah Alam, sedangkan saya sudah sampai di pejabat seawal 7.30 pagi. Beberapa orang pegawai kanan turut menemui saya berkenaan beberapa kes yang memerlukan tindakan saya. Ah! Sangat stress ya!!

Saya sempat memberi briefing kepada Rasyid, seorang pegawai di Bahagian saya untuk membuat penambahan kepada kronologi kes MAIS yang diminta oleh Pegawai Kewangan Negeri Selangor sebelum mengerling ke jam tangan yang menunjukkan waktu 9.25 pagi.
Oh no! I am late!!

"Asri, minta bagitau Nizam suruh tunggu saya kat lobi sekarang. Saya nak cepat ni. Dah lambat sangat," saya memberitahu Asri supaya memaklumkan kepada pemandu yang akan menghantar saya.

"Ok , Cik Hani," jawabnya pendek.

Saya keluar sebentar mengambil beberapa dokumen di luar bilik sebelum melihat Nizam berdiri di hadapan saya.

"Laaa.. Kenapa tak turun lagi? Saya dah lambat ni?" tanya saya tak puas hati.

"Tak pelah. Lambat sama-sama, sebab kita turun sama-sama," jawabnya selamba.

"Saya dah lambat ni, sapa yang kena tunggu sapa ni? Awak tunggu saya ke, saya tunggu awak? Takkan itu pun saya nak kena cakap!" saya berkata kepadanya dengan pitching yang agak tinggi sambil masuk ke bilik mengambil beg. Hati saya panas. Wajah saya terus tak ceria.

Saat saya menaiki lif untuk turun ke lobby, seorang pegawai penguatkuasa JAIS menegur saya;

"Hai kak. nak ke mana?" soalnya ramah.

Dalam keadaan tak ada mood dan hati panas dan muka yang saya cuba maniskan, saya menjawab,"Putrajaya".

"Oh! Best tu. Boleh ke Alamanda," katanya.

"Maaf la dik. Tak ada mood la hari ni. Hati panas," saya membalas.

"Oh! Takpe. Maaf yer,"jawabnya.

Sepanjang perjalanan ke Putrajaya, Nizam hanya mendiamkan diri. Saya mengisi masa membaca dokumen berkaitan dengan mesyuarat hari ini. Saya membalas panggilan tak berjawab Dato' Mufti yang bertanya sama ada saya hadir atau tidak di dalam mesyuarat tersebut. Saya memaklumkan kepadanya saya lewat hadir kerana menyelesaikan beberapa perkara urgent di MAIS. Tidak lama kemudian, saya menerima satu sms dari YAD Dato' Azib;

"Salam. Amacam penjelasan kalimah Allah dah siap?" Dato' Azib.

Dek kerana kesibukan, saya terlupa untuk meng emelkan draf kertas sembah taklimat mengenai penjelasan kes kalimah Allah kepada beliau. Saya terus menghubungi Hamidah, seorang pegawai di Bahagian saya meminta untuk diemelkan kertas tersebut kepadanya.

Tak lama kemudian, mesej saya berbunyi lagi;

"Salam, Datang tak?" Huda Jabatan Peguam Negara. Huda merupakan urusetia untuk mesyuarat pada hari ini. Saya membalas dan memaklumkan saya otw.

Sesaat kemudian, mesej saya berbunyi lagi;

"Wakil MAIS mana tak ada pun." Zainul Rijal.

Menyedari saya sudah terlalu lewat dan ketiadaan saya dikesan, sesampainya di lobi Jabatan Peguam Negara, saya bergegas keluar dari kereta. Sambil mengucapkan terima kasih kepada Nizam saya melangkah keluar dan menutup pintu kereta.

Bedebuk!

Saya begitu kelam-kabut sehingga tidak menyedari bahawa jalan di lobi tersebut tidak rata, dan saya terjatuh kerana tersadung bucu jalan tersebut. Alamak! Macam mana boleh jatuh ni? Malunyerrrr!!!! Harap-harap tak ada la orang nampak..

"Puan ok ker?" seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas menerpa ke arah saya yang sedang bangun sambil mengibas-ngibaskan baju yang terkena debu.

"Oh! Takper. Saya ok jer, cuma sakit sikit," jawab saya sambil menekan-nekan kepala lutut yang terasa sedikit perit.

"Duduk la dulu. jalan ni memang bahaya sikit, sebab kita tak perasan ada bahagian yang tinggi," jawabnya dengan wajah tersenyum (gelakkan aku ke?) sambil meminta saya supaya duduk di kerusi tetamu yang disediakan.

"Yer ker? Tak per.. saya okey jer.. saya dah lambat nak ke mesyuarat dengan AG," terang saya tanpa diminta.

"Takpe. Puan rehat sekejap kat sana," ujarnya ramah.

Bila saya memasuki ruang lobi, baru saya perasan. Mak ai!! Ramainya orang kat kaunter!! Malunyerrr!!! Bila saya duduk di kerusi, hati saya seolah-olah digeletek. Saya terus tergelak-gelak mengimbas "zaman kejatuhan" saya sebentar tadi. Kah kah kah! Mesti chomel! Dan mesti kelakar! Hati saya yang panas terus disimbah dengan perasaan ceria. Bibir saya menguntum senyuman tak henti-henti. "Macam mana la aku boleh jatuh?" Setelah sekian lama tak jatuh, akhirnya terjatuh juga, memang rasa kelakar...

Satu sms sampai:

"Hani ok ke? Nizam.

Rupa-rupanya Nizam perasan saya terjatuh, tetapi segan nak membantu.

"OK. Tapi sakit siott!!!" saya membalas.

"Apa yang ko langgar? Eee ko ni... Ingatkan ko marah, jatuh guling-guling". Nizam.

Hampeh kau Nizam!!

Apapun, hikmah di sebalik episod kejatuhan saya kali ini, betul2 membuatkan saya terhibur, dan tersenyum semula. Alhamdulillah Allah, walaupun aku jatuh, aku tetap bahagia!


"Yang jatuh tetapi tersenyum"


Hunny


Shah Alam

4 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.

Suara pitching tinggi tu agaknya bawa lagu jarhakah kot...hahaha.

Eh eh eh kalau jatuh depan Pak Ngah. Pak Ngah mesti snap punya....kurang-kurang dapat buat satu 'entry' utk kekawan.

Agaknya Allah hentikan langkah supaya tidak 'ajalah utk mengekalkan kebaikan yang sedia ada..he3.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

huhu.itulah hikmah allah berikan kepada kt..klakar tul akk ni..kt bc ketawa2 dh ni..huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Takziah...bila baca kesian pun ada...tapi lucunya lebih...tekak tak sihat menyebabkan saya tergelak..heh heh...*Tapi 2 hari lepas pck saya lebih teruk jatuhnya, dlm perjalanan menuju masjid smbil mengayoh basikal, brek rosak dan menyebabkan dia terpelanting, dan skrg menjalani pembedahan dibahagian muka. makan tak boleh sbb gigi dah lari, tulang dagu dan hidung retak. Sama-sama doakan beliau iaitu Hj. Ahmad Zaidi Julaihi...TQ..

Mohamed

Hunny berkata...

Salam Mohamed,

Mudah-mudahan kamu dan pakcikmu dirahmati. Lumrah manusia, kadang2 sihat, kadang2 diuji dengan kesakitan. Semoga kita semua tabah dan redha menghadapinya..