Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 5 Januari 2010

Diari - "Ampunkan Patik Tuanku!"


Salam semua,

Semalam sehari suntuk menyiapkan kertas sembah taklimat ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor berhubung keputusan kes kalimah Allah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009. Alhamdulillah, kertas tersebut diterima tanpa apa-apa pindaan oleh YAD Dato' Pengerusi MAIS untuk dikemukakan kepada Tuanku.

Hari ini, saya turut serta di dalam majlis menghadap Duli Tuanku yang diketuai oleh YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS. Bersama kami, Dato' Setia Mufti Diraja Selangor, Dato' Salehudin Saidin (Ahli MAIS) dan Tuan Hj Abdul Halem Hapiz (Timbalan Setiausaha MAIS) turut bersama rombongan mengadap.

Ini merupakan kali kedua saya berpeluang mengadap Baginda Sultan. Pertama kali adalah semasa membincangkan mengenai isu tanah wakaf Kolej Islam Malaya yang diambil alih oleh sebuah badan tanpa kebenaran daripada Kolej tersebut dan juga MAIS selaku pemegang amanah wakaf tunggal di Selangor.

Mengenai isu kalimah Allah ini, alhamdulillah, Tuanku Sultan teguh mempertahankan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah diharamkan dan perlu ditentang kerana terlalu merbahaya dan boleh mengelirukan umat Islam.

"Tuanku, kalau kita benarkan, nanti mereka boleh merujuk gereja sebagai Baitullah, sedangkan Baitullah itu, dalam agama kita, Kaabah," jelas Dato' Mufti sambil memberikan contoh paling mudah.

"Saya setuju. Nanti macam mana, ada pulak restoran Allah," titah Tuanku.

"Kita ada undang-undang (merujuk kepada Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor 1988) dan kita ada fatwa yang dah dibuat, melarang kalimah Allah digunakan oleh agama lain. Kita kenalah nyatakan kepada rakyat perkara ini," titahnya lagi.

"Masa zaman saya belajar dulu, di London, ada Mecca Dance Hall, mereka guna nama Mekah, tapi sebenarnya kelab tari menari. Tapi agaknya Allah pun nak tolong, bankrap kelab tu.." titah beliau lagi.

"Tuanku, sebenarnya penghakiman mereka salah, sebab Hakim tak ambil kira kewujudan enakmen-enakmen kawalan agama ini di negeri-negeri. Sebab tu, KDN perlu rayu segera kes ini," Dato' Salehudin berkata.

"Tak apa. Yang itu kita rayu di Mahkamah, tapi pendirian saya dan MAIS perlu dijelaskan kepada rakyat, supaya rakyat tahu, tindakan yang diambil. Ini soal agama, saya Ketua Agama, kita kena respond," jawab Tuanku.

"Tuanku. Maaf saya mencelah. Tuanku belum sign lagi satu dokumen penting," tiba-tiba saya mencelah.

"Saya belum sign? Kenapa lambat sangat?" tanya Tuanku.

"Sebab saya baru hantar semalam. I've just sent to your office yesterday," jawab saya pantas.

Tiba-tiba, saya rasa semua ahli rombongan memandang saya dengan wajah yang agak kelat. Kenapa ek? Hati saya tertanya-tanya.

"Hani," Dato' Saleh yang duduk di sebelah kiri saya memanggil saya perlahan.

"Lain kali patik, bukan saya,"
bisiknya. Saya mengangguk-anggukkan kepala sambil membuat isyarat terlupa.

Saya menoleh ke kanan.

Dato' Mufti pula berbisik kepada saya,"Patik, bukan saya,"katanya perlahan.

"Maaf Dato' Setia. Saya tak biasa," jawab saya perlahan.


Hiiiii... "Ampunkan patik Tuanku! Patik memang tak reti protokol ni. Patik redah ajer.. yang penting, perkara yang Patik nak sampaikan, patik dah ucapkan.. Selamba jer saya membahasakan diri "saya" dan "I". Hehehe.. Nasib baik Tuanku tak murka... Apapun paling penting, hasrat terpenting terlaksana. Mudah-mudahan Allah memudahkan tindakan lanjut yang bakal kami ambil, demi mempertahankan kedaulatan dan kesucian Islam.


"Berjalan, Melihat, Mentafsir"
Nurhani
Seksyen 5
Shah Alam.

8 ulasan:

leenoh berkata...

Salam Hani.

Bersyukur kepada Allah yang tidak terhingga atas pendirian Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Junjung kasih Tuanku.

Tanpa Nama berkata...

kira ok lah honey!
sama jer. Rasanya sultan pun tak perasan dan tuanku pun rasanya pernah gunakan gunakan perkataan saya dalam ucapan beliau
Tuanku tu tak rasa kecik hati pun cuma yang kelam kabut tu ....orang kiri kanan tu. Biasalah ....

Semenjak zaman melaka lagi orang kiri kanan tu begitu .....sampai hang tuah dihukum bunuh!

Honey link kanlah blog webtress saya disini. Tak kan semua blogspot kot!

Oh ya novel saya insyaalah akan keluar soon ...
Tajuknya- Dari jahiliyah menuju cinta. ok tak?

ibnu_maulub berkata...

ayuk...........
akak.........
tak tahu...!!!!!
tuanku marah....
he3...
tahniah kak, teruskan perjuangan...

abu razeen berkata...

Hani.. bebaik cakap dengan sultan, saya pernah kursus dengan protokol, sampai kalau nak pi toilet pun kena bagitau... ampun tuanku, patik mohon diri ke sungai. 'Perak'. Apapun saya pernah ngadap juge tahun 2002 dan tahun 2004 cium tangan lagi (bukan time semayang Jumaat aaa). occasion 'rahsia' so far dah pindah KL ni nak jumpa agung pun dalam paper ajer

p/s: dah interview ke calon pilihan, ataupun nak saya pilihkan ;). DYMM solo lagi tau.

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

Alhamdulillah...mudah2an baginda kekal mempertahankan islam...

Hunny berkata...

salam Muharrikdaie,

Tajuk pun dah menarik, apatah lagi isinya...tak sabar nak baca.. ada free copies tak? hehehehe... dah kuar nanti bagitau, boleh saya cari di kedai. Tahniah!

Hunny berkata...

Salam Abu razeen,

saya tak sempat interview lagi. Tuan tolong la pilihkan yang sesuai,..Hehehe..

Hunny berkata...

Ibnu maulub,

sama-sama teruskan perjuangan memelihara kesucian islam.