Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 9 Januari 2010

Renung Sejenak - Konflik Kalimah Allah, Gereja diserang?

Salam semua,

Saya merasa agak terkejut dan bimbang dengan kejadian letupan dan serangan ke atas sebuah gereja di KL dan dua buah gereja di PJ. Kemungkinan besar ianya disebabkan kes penggunaan kalimah Allah oleh gereja katholik. Terlintas di hati saya, adakah di negara kita turut akan berlaku peristiwa sadis dan tragis seperti di negara-negara jiran kita Indonesia, India, atau Thailand disebabkan pertikaian dan perbalahan antara agama? Mudah-mudahan pihak yang berkuasa bertindak segera menangani konflik ini yang semakin meruncing. Mula-mula gereja diserang. lama-kelamaan, penganut agama yang berbilang bangsa di negara ini pula yang berkelahi dan berperang disebabkan isu yang begitu sensitif ini. Jangan tunggu sehingga ada kematian dan pengebom berani mati yang sanggup membunuh diri kerana agama...

Kepada umat Islam, ayuh pertahankan Islam menurut undang-undang dan syariat, bukan menurut perasaan dan emosi. Apapun, ini membuktikan adanya 'public disorder' , berlawanan dengan keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan yang memutuskan kerajaan Malaysia dan KDN gagal membuktikan adanya public disorder jika kalimah Allah digunakan oleh ugama bukan islam. Fikir-fikirkan, semoga isu ini dapat segera diselesaikan. Mudah-mudahan Allah membantu kita mempertahankan agama dan namaNya yang Agung. AMin.


"Memartabat Undang-Undang dan Syariah"


Nurhani


Seksyen 3


Shah Alam

4 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.

Tindakan yang mendapat keredaan Allah memerlukan ilmu, disamping menghayati Islam secara yang betul dan istiqamah.
Permasalahan Islam tidak boleh dicampuradukkan dengan emosi kerana situasi itu akan tergelincir dari hukum syarak dan ketaatan kepada Allah.

ana berkata...

terbaru ada pulak surau yg diserang...harap2 benda ni x berlarutan.

Hunny berkata...

Salam pak Ngah,

Setuju! Islam tidak pernah ajar kita jadi terrorist.

Hunny berkata...

Salam Ana,

Nauzubillah.. Semoga isu ini selesai segera. takut ada dalang dan pihak ketiga yang ambil kesempatan atas pertikaian ini.