Salam semua,
Pagi tadi saya sempat bertemu dengan seorang muallaf, yang memeluk Islam pada tahun 2006. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, biarlah saya memanggil beliau sebagai saudara A sahaja. Seronok saya berbicara dengan beliau walaupun pertemuan itu hanya sekejap sahaja. Pertemuan tersebut turut disertai oleh seorang pegawai kanan di JAKIM dan Ustaz Suhaimi, Pendaftar Muallaf Negeri Selangor.
"A datang sini naik apa?" tanya Ustaz Suhaimi.
"Saya naik bike (motor). Itu ajer yang saya mampu," jawabnya sambil tersenyum.
"Merempit lah ni," saya bergurau.
Perbincangan kami berkisar mengenai beberapa permasalahan muallaf ini yang sukar mendapatkan pekerjaan tetap untuk menampung kehidupan beliau dan seorang anak beliau hasil perkahwinan dengan bekas isterinya yang belum lagi memeluk Islam. Beliau mengakui masih mendiami bersama ahli keluarganya yang belum Islam dan beliau membayar ansuran bulanan rumah tersebut.
Ustaz Suhaimi mendapatkan info-info mengenai Encik A untuk memudahkan beberapa jenis bantuan daripada peruntukan asnaf muallaf disalurkan kepada beliau.
"Saya memang nak masuk Islam. Dah lama dah. Sejak umur saya 17 tahun hati saya dah tertarik pada Islam," akui Encik A jujur.
"Dia ni dah pernah masuk Hindu dan Kristian. Pastu terbukak hati untuk masuk Islam," terang pegawai dari JAKIM.
"Oh yer? Apa yang Encik A rasa bila masuk Islam? Ada perbezaan dengan agama lama?" saya ingin tahu.
"Saya rasa seronok dan tenang. Walaupun banyak susah-payah yang saya lalui, ada masalah kewangan, tak ada kerja stable, mak, my ex-wife dan adik beradik pun tak sokong, dengan kes mahkamah lagi, saya tetap yakin dengan pilihan saya. Sekarang saya kerja juga, walaupun mungkin tak banyak sangat dapat, but I still believe Allah akan bantu saya, dan walaupun tak ada sapa-sapa bantu saya, I'll always stand on my own foot," terangnya pada saya, penuh kesungguhan.
Sesungguhnya, kata-katanya yang terakhir itu, betul-betul menyentuh hati saya. "Alhamdulillah, syukur kerana Allah kurniakan hidayah Islam padanya, dan Allah masih tetapkan imannya. Dan alhamdulillah, aku tak perlu lalui semua itu, kerana Allah telah tetapkan aku lahir dalam Islam," bisik hati saya.
"Insyaallah, saya tak akan menukar pendirian saya, dan saya tak akan menjual agama saya," tegasnya semasa saya berkongsi pengalaman saya dengan beliau mengenai beberapa orang muallaf yang memeluk Islam tetapi memohon untuk kembali ke agama asal dengan alasan mereka tidak mengamalkan ajaran Islam.
Pertemuan ringkas tersebut diakhiri dengan persetujuan di pihak MAIS untuk membantu Encik A mendapatkan bantuan sara hidup beliau dan anak beliau, serta bantuan perumahan. Mudah-mudahan dengan sedikit bantuan yang diberi oleh MAIS menambahkan kekuatan iman dan Islam Encik A untuk terus mendalami Islam, bagi kehidupan beliau yang lebih baik, dan didioakan semoga beliau terus kekal dalam iman dan Islam. Untuk makluman semua, MAIS menyediakan beberapa jenis bantuan untuk golongan muallaf.

"Santapan untuk hati"
Nurhani
Shah Alam
2 ulasan:
Salam Hani. Kita memanjatkan doa dan kesyukuran kerana En. A diberi hidayah dan petunjuk yang betul dari Allah S.W.T. Memang terharu mendengar kata-kata akhir beliau yang terakhir itu. Semoga ia menjadi pendorong kepada kita untuk lebih kukuhkan keimanan.
Salam Dr Sam,
U are absolutely correct.. Saya pun cukup terharu. Teringat kisah2 sahabat yang syahid mempertahankan agama semasa ditentang oleh kafir Quraisy.
Catat Ulasan