Salam semua,
Pada sebelah pagi tadi, saya menyertai mesyuarat bersama YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS untuk membincangkan mengenai isu-isu yang akan dibincangkan di dalam Mesyuarat bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Jamil Khir pada 23hb Mac depan. Sedang kami serius membincangkan isu-isu yang perlu diketengahkan, tiba-tiba Dato' Aidit Ghazali, ahli MAIS yang turut sama dalam perbincangan berkata,"
"Dato' Setia, saya terlupa satu perkara lah Dato' Setia," katanya, menyebabkan kami semua yang hadir memandang ke arahnya, menunggu-nunggu apa perkara yang baru muncul di dalam fikiran beliau.
"Hah. Apa dia?" Dato' Azib selaku Pengerusi Mesyuarat bertanya.
Dalam hati saya sudah menjangkakan Dato' Aidit mungkin pening kepala kerana penyakit migrain yang dihadapinya. "Kesiannyer.." hati saya berkata.
"Spek hitam saya tertinggallah, jadi saya tak dapat tengok dengan clear, silaulah,!" katanya sambil menunjuk ke arah cincin di jari saya yang kelihatan ber 'blink blink' terkena cahaya siang di bilik Dato' Azib.
Masing-masing yang hadir termasuk Dato' Azib serta-merta tertumpu kepada cincin yang saya pakai di jari manis sebelah kiri lengkap sepasang dengan gelang tangan dan serentak gelak ketawa memecah keseriusan perbincangan kami pagi tadi.
Hahahahaha!
Saya betul-betul tak menyangka Dato' Aidit akan bergurau sedemikian.
Selang beberapa minit kemudian, apabila kami semua kembali serius, tiba-tiba;
"Hush! Silaulah!' Dato' Azib pula membuat kenyataan sedemikian sambil mengerling cincin dan gelang di jari saya...
Hahahaha... Boleh macam tu? Kena pakai spek hitam nampaknyerrr..
"Gurau Senda Pengubat Duka"
Nurhani
Shah Alam

4 ulasan:
ingatkan cincin tu tanda awak nak walimah! Jangan lupa jemput blogger2 yang sering ziarah blog awak ...
salam muharrik daie,
Insyaallah, kalau tiba harinya..Tapi takut lupa pulak, saya jemput dulu, tarikhnya nanti bagitau, bila dah konfem.. :)hehehe
oh..
alhamdulillah
hani dah berpunya ya sekarang ni
patutlah silau
Kl citizen,
Saya memang dah berpunya.. selamanya milik Allah...:)
Catat Ulasan