Salam semua,
Tahun ini nampaknya raya saya agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Ini kerana pada tahun ini, saya berkesempatan untuk 'beraya' di Kelantan dan Terengganu. Saya dijemput untuk menyertai lawatan Jabatan Pendakwaan ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JHEAIK) dan Terengganu untuk berkongsi pengalaman dalam menguruskan kes-kes pendakwaan jenayah syariah.
Walaupun kami bertolak awal, lebih kurang jam 8.45 pagi hari Sabtu, 25hb September 2010, namun kami hanya sampai di Hotel New Pacific Kota Bharu pada jam 6 petang hari yang sama. Perjalanan menaiki bas memang meletihkan dan betul-betul menguji kesabaran. Betullah kata orang, nak cari sahabat sejati, pergilah bermusafir. Memandangkan pada sebelah malamnya kami tidak mempunyai program, kami hanya berjalan-jalan di sekitar Kota Bharu. Sempat juga menziarahi rumah seorang Pendakwa Syarie, Tuan Zusyarafain, yang terletak berhampiran hotel kami menginap.
Pada keesokan harinya baru kami bergerak ke JHEAIK. Kami disambut oleh KPP Bahagian Pendakwaan JHEAIK. Kami turut dibawa melawat ke Bahagian Pendakwaan JHEAIK. Banyak yang dikongsi bersama di dalam mesyuarat selama hampir 2 jam. Insyaallah saya akan update gambarnya kelak.

"Berjalan Melihat Mentafsir"
Nurhani
Hotel Felda Residence
Kuala Terengganu
4 ulasan:
letih naik bas???angkat kaki,naik tgga bas,dok kt krusi bas,pejam mate...zzzzzzz.....eh!!dah smpai...letihnyerrrr.
hahahaha...apa la tukang karut ni. ok la tu cik hani, boleh timba banyak ilmu, letih pun berbaloi.
Tukang karut,
Penat lah!! Melambung-lambung kot!!!
Ana,
Nama pun tukang karut.. eheheheh...redha ajerlah..:)
Catat Ulasan