Pagi tadi, aku ke Tasik Shah Alam. Beriadah. Sorang-sorang. Tak seram pun. Sebab aku gi kol 8.30 pagi, dan kawan-kawan seangkatan dengan aku dah ready kat tempat biasa.
Tengahari tadi aku masuk opis. Dari kol 1 sampai 4.30. Pun tak seram. Aku gi dengan Nora dan Shakirah, sebab tu tak rasa seram.
Tapi, malam tadi, masa aku tido (dalam keadaan terlentang), tiba-tiba aku rasa macam ada 'benda kecil berbulu' (lebih kurang saiz monyet) peluk aku erat. "Benda" tu macam nak tido dengan aku. Aku rasa lain macam. Aku cakap "Allahu Akbar' dan cuba buka mata, walaupun rasa berat sangat. Bila aku bukak mata, tak ada pun 'makhluk' tu. Berderau darah aku, sebab aku boleh rasa bulu 'benda' tu. Aku cepat-cepat tutup tingkap, baca "La haulawala quwwata illa billah" banyak kali, dan terus mengiring ke kanan. Aku memang biasa bukak tingkap malam hari, sebab panas. Walaupun agak takut, aku teruskan tido, alhamdulillah, tak ada gangguan. Oh ye.. Untuk makluman, aku sentiasa amalkan adab tido yang Rasulullah SAW ajar setiap kali sebelum tido. Kibaskan tempat tidur dengan kain sambil baca, :La hau la wala quwwata illa billah". Then, lunjurkan kaki, dan baca 4 qul, (Qul ya, Qul Huwallah, Qul Au'zubirabbinnas, Qul Au'zubirabbil Falaq) tiup pada tapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Khasiatnya, sebagai pendinding daripada gangguan jin dan syaitan dan mudah bangun malam / Subuh. Tapi tak tau lah, kalau malam tadi aku baca tajwidnya tak betul, sebab dah mengantuk, that's why tak mujarab:P
Tadi, aku sembang-sembang dengan Nora. Aku bagitau dia pasal pengalaman aku malam tadi. Meremang bulu roma aku masa bercerita. Then, Nora terus buat kajian pasal ilmu mistik dan perbandingan jin-jin yang selalu mengganggu manusia. Giler rajin!.Macam-macam jenis ada. Jin asyik pun ada. Nora punyalah teruja dengan hasil kajian terkini beliau tu, terus beliau jadi pengulas kedua selepas pengulas sukan perlawanan final Piala Malaysia Kelantan bertemu Negeri Sembilan. (Tahniah Kelantan menang 2-1).
Sekarang ni, walaupun aku percaya, Allah Maha Besar, Allah saja yang berkuasa, makhluk tak ada kuasa, tapi, sebagai manusia biasa yang imannya bertambah dan berkurang, aku betul-betul rasa 'seram'. Sebab tu aku blom tido lagi. Nora, ni ngko punya pasal.. Cerita macam-macam kat aku... Tak pedulik! Teman kiter tido!!
Nurhani
Shah ALam
14 ulasan:
dia pun sedang kesunyian, nak mencari teman kesetiduran, kadang-kadang kita letih sangat sampai otak kita salah tafsir.. my point, carilah ia... jangan biarkan hidup kita dibelenggu misteri
Abu Razeen,
Cari?? Huwaaaa!!!!
eee...seram tgk gambar last tu.
Hahahaa!! Takde apa2 laaa..tapi best gak tido dgn cuk hani kat depan tivi..hehehhh
gambar tue real ker?
seram ! !
kene tindeh ke ?
tak penah kne..
tpi akk selalu kne macam 2..
siap nmpk 3 budak botak lagi..
eeeeeeee!
Ana, citer tak seram ker?
Nowa,
Malam ni tido sama lagi? :P
eee..seramnyer!!!
tp kan,untung tol benda brbulu tu yek?
si biskut,
saya tak sure gambar real tak, tapi citer real..:)
NHZ,
Toyol ker??
Tukang Karut,
Ampessss!!!
tukang karut memang HAMPEH...
dok syok rasa seram trus tak jadi...
GARA2 SI TUKANG KARUT...
hahaha...
WR,
Tepat!!
Catat Ulasan