Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 1 November 2010

Kenangan Lalu : Aisyah Sinclair

Salam semua,

Aisyah Sinclair dan aku.

Korang kenal kan minah comel yang berfoto dengan aku tu? Aisyah Sinclair. Adik kepada Asyraff Sinclair yang kawen dengan minah Indon, Bunga Cinta Lestari. Dan of course, anak kepada Mr Sinclair. Gambar ni aku ambik masa dijemput untuk rancangan NTV 7, Venus. Sepatutnya seorang Ustaz daripada JAIS yang dijemput untuk beri penjelasan mengenai isu kes penceraian yang semakin meningkat kat Malaysia. Namun disebabkan Ustaz tu tak fasih berbahasa Inggeris, so, dia pass tanggungjawab tu kat aku, yang cakap English pun versi Jawa.. :P

So 28 April 2008, aku sampai kat stesen TV Tujuh kat Hicom Glenmarie. Time tunggu turn tu, aku dok sekali dengan si Aisyah ni, sebab dia ada program lain. Dia sangat ramah mesra ok? Walaupun aku tak ada la minat sangat dengan dia ni, tapi cara dia bersembang dengan kita, memang aku suspek, sebab memang mesraaaaaaaaa, macam dah kenal lama. Tak sombong.

Sebelum appear on screen, diorang kasik sarapan dulu, and touch up sket. Itulah first time aku appear on TV, and siaran langsung kot!! Aku digandingkan dengan seorang peguam wanita berbangsa India yang sangat berpengalaman mengendalikan kes-kes perceraian di kalangan orang bukan Islam. Nak bandingkan dengan aku yang banyak mengendalikan kes-kes hartanah, so, frankly, aku sangat GABRA kot!! Tapi aku buat-buat confident..ehehehe..:P

Kawan-kawan aku dan sedara-mara aku yang sempat tengok program tu komen "ok". Diorang kata berabuk-abuk aku speaking! Hahahaha.. Diorang sumer tertipu.. Sebenarnya, aku belasah jerr kot! Tapi aku rasa, penerbit program tu, tak berpuas hati sangat dengan aku. Sebab tu dia tak panggil dah... hehehe..

Anyway, pada aku, yang penting pengalaman yang aku dapat. Walaupun aku dah biasa berucap di hadapan ramai orang (paling ramai 500 orang kot masa Konvensyen Pengurusan Masjid Selangor 2008) but still, aku masih gugup di hadapan kamera. :P

"Pengalaman : Tak Ternilai Dengan Wang Ringgit"
Nurhani
Shah Alam

18 ulasan:

ana berkata...

cik hani...nak sainnnnn!!!! hehehehe

Ati Masrif berkata...

okla tu..confident ada apa..hihi

tukang karut berkata...

fuhh!!!hunny jd artis weii,jga2 nnt paparazzi amik gmbaq time nk kuar opis...

white rose berkata...

wah...hebat laa akak ni...
leh ajar sy speaking...

bab2 speaking ni sy lomah...
hahaha...

Hunny berkata...

Ana,

Mehh sini..:P

Hunny berkata...

Ati,

Belasah jerrr.. Berbelit2 jugak la lidah jawaku..

Hunny berkata...

TK,

Memang mengarut! Carik pasal!!

Hunny berkata...

WR,

Tak terer pun.. cuma sebab kat opis ni, lebih ramai yang fasih berbahasa Arab dari Bahasa Inggeris..:)

Leenoh berkata...

Salam.

La rugi tak tonton..tak tau la.

Hunny berkata...

Pak Ngah,

Tak rugi...:P

Unknown berkata...

salam tuan umah, tak dinafikan peguam memang fasih berbahasa inggeris..

kerja ina sekarang banyak melibatkan peguam tapi bukan peguam syarie lah..

tabik betui kat korang ^_^

kak gojes berkata...

wah cik peguam...nak kongsikan ilmu dgn saya tak?hikhikhik

noorafzan.blogspot.com berkata...

SIS, WOW..
U R GREAT!

BESTNYA.
SAYA TAK ADA ABILITY TUK CAKAP DEPAN ORG RAMAI.
HUHU~

eNaSaN berkata...

waH OaN,... xsempaT den nk nenGok... ade x kat youTube leh nenGok..



p/s betoi2 "Pengalaman : Tak Ternilai Dengan Wang Ringgit"

Hunny berkata...

Adlina,

Dalam court, cakap Melayu juga..Gunakanlah Bahasa Kebangsaan kita..:)

Hunny berkata...

Eryati,

Ilmu apa tu??

Hunny berkata...

Noor Afzan,

Ada, tapi u tak tau..:)

Hunny berkata...

Enasan,

Aku tak sure.. rasanya tak ada.. tak yah la nengok.. wat kena gelak jerr..