Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 28 November 2010

Renung Sejenak : Tak Tau Malu!!!

Salam,

Aku terbaca kes rogol di Kelantan yang ditulis oleh blogger Mazidul Akmal Sidek untuk disiarkan dalam 999. Korang boleh baca sendiri kat blog beliau. Beristighfar panjang aku dibuatnya. Boleh pulak mak bapak selamba bila anak kena rogol, siap budak laki yang rogol anak dia dan buntingkan anak dia boleh dok serumah dengan diorang. Giler ker hapa.. Baik kawinkan ajer makcik daripada diorang buat dosa!!!

Anak  umur 10 tahun kena rogol, yang umur 14 tahun dah ada love bites, tak malu pulak mengaku boifren dia yang buat love bites tu.. Yang umur 16 tahun mengandung kerana bersekedudukan dengan boifren. Masyaallah! Seram sejuk, ngeri aku baca weh! Sekarang anak-anak gadis dan teruna buat maksiat secara terang-terangan. Tak malu langsung!!! Lagi teruk, mak ayah boleh biarkan ajerr.. Adusss!!! 

Kalau dulu, memang MALU la mak ayah yang anak dia dah bunting sebelum nikah. MALUUU!!! Siap kena buang keluarga lagi. Sekarang???

Aku takut. Serius aku takut. Aku takut membayangkan 10 tahun lagi macam mana agaknya perbuatan maksiat yang dibuat, bila MALU dan IMAN sudah tidak ada....

 

Kepada ibu bapa, awasi anak-anak anda. Jangan sampai anak kita jadi perogol atau  jadi mangsa rogol. Kenalpasti siapa kawan-kawan anak-anak kita, dan dengan siapa mereka keluar atau melepak, kerana kebanyakan perogol adalah orang yang dikenali. Sentiasa berhubung dengan anak masing-masing. Macam mana agaknya perasaan kita kalau suatu hari kita terima berita anak kita jadi perogol atau dirogol? Nauzubillah..

Kepada anak-anak gadis dan wanita-wanita Islam, jagalah auratmu dengan sempurna. Pakailah seperti mana yang dituntut oleh Islam. Jangan berpakaian yang boleh membangkitkan nafsu lelaki; ketat, sendat, padat, jarang, terbelah sana-sini, ikut bentuk badan, etc. Tegur-menegurlah sesama kita, kalau ada di kalangan kawan-kawan kita yang berpakaian menjolok mata. Ganjaran besar menantimu, jika menegur untuk selamatkan kawan-kawan sejenis dengan kita, dari pandangan mata lelaki ajnabi.

Kepada lelaki-lelaki Islam, tundukkan pandanganmu. Bagi yang mampu dan jatuh hukum wajib untuk berkahwin, berkahwinlah. Pada yang belum mampu tetapi mempunyai keinginan kepada wanita, berpuasalah, seperti mana pesanan Rasulullah SAW, kerana sesungguhnya puasa itu boleh mengekang nafsumu.



Hanya pesanan ini yang mampu aku titipkan sebagai peringatan buat saudara-saudaraku. Aku turut berdoa pada Allah,  semoga Allah terus menghidayahkan aku, keluarga aku dan semua saudara-saudara seislamku, petunjuk dan kekuatan iman, supaya  kita semua tidak terpedaya dengan tipu daya syaitan.

"Mengharap Petunjuk Ilahi"

Nurhani

Shah Alam

26 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum sdri...

Sukar untuk memberi penjelasan di sini. Bila ilmu agama mereka berkurangan maka amalnya pun lebih kurang dan pasti segala amal & ilmu tidak boleh menjaga empunyanya. Maka mudahlah syaitan bertindak kerana nafsu telah menguasai mereka.

Hanya mendoakan semoga mereka diberi hidayah dan kembali ke jalan~Nya..

Mazwandi Mustaffa berkata...

ye ke cerita ni. macam tak caya je. lebih2 tv3. tipu je kot?

Hunny berkata...

En Razak,

Sebaiknya kita doakan ajer...

Hunny berkata...

Mazwandi,

Kalau diorang tipu, so i tipu u lahh.. Yang tu tak sure.. Anyway, Tak mustahil kan?

hamzah ian berkata...

bagus entry ni

white rose berkata...

masya Allah...

aduhai, apakah yg bakal terjadi dalam masa 10 thn yg akan dtg?

hanya Allah Yang Maha Mengetahui...

marilah kita berdoa bersama2 semoga Allah terus melindungi kita semua & memberikan kita hidayahNya...

Hunny berkata...

Hamzah,

Thanx..:)

Hunny berkata...

White Rose,

Buat lah yang mana mampu..

Nia berkata...

sangat takut bila mengenangkan zaman2 anak2 kita nanti macam mana. ilmu agama penting..bertambah mencabar sbnrnya nak jadi ibu bapa zaman sekrg ni.

Mazwandi Mustaffa berkata...

Mustahil-mustahil. Jika betul buat-buatan, bukan cik yg nipu, tapi mazidul yg nipu. sebab dia bawa cerita....
Hamba kenal dia di ITM dulu. Petah berkata-kata......

jinkamen berkata...

salam..
marilah kita sama sama amal ma;ruf nahi mungkar.
tegor lah anak anak muda sekrang yang semcam hilang malu dan semcam imam tiada didada lagik..
bila datang bala bencana semua akan terkena

DrSam berkata...

Salam Hani. memang kita patut merasa takut dan seram sejuk. Jika sekarang tiada malu dan segan silu lagi, apa tah lagi generasi seterusnya...seterusnya...seterusnya...besar dugaan dan ujian untuk kita tangani.

Hunny berkata...

Mazwandi,

Kami membaca apa yang zahir dan nyata.. :)

Hunny berkata...

Jinkamen,

Jom sama2.. Suka dengan semangat Jinkamen..:)

Hunny berkata...

Dr Sam,

Tanggungjawab kita untuk bimbing generasi masa kini, supaya mereka dapat didik yang akan datang..

Hunny berkata...

Nia,

Memang patut kita semua merasa takut dengan apa yang berlaku, supaya kita lebih beringat dan berbuat sesuatu..

mie berkata...

tu dia..
benarkah??

Hunny berkata...

Mie,

Apa yang tak benar?? Apa yang benar Mie?

SURIA AMANDA berkata...

ya allah..bagus entry ni so ambil iktibar...mana yang tak faham tu abaikan je la hunny,dilayan buat sakit hati..

ana berkata...

zaman sekarang pun dh menakutkan...akan dtg apatah lagi

✿....rossa alina....✿ berkata...

salam..

saya pun takut..saya risau camne ngan anak cucu saya nanti..

Sharinginfoz berkata...

memang teruk le sekarang ni

Hunny berkata...

Suria Amanda,

Alhamdulillah..

Ana,

We have to be ready..

Hunny berkata...

Rossa alina,

memang wajar kita berasa takut.

Sharing iboz

itulah realitinya...

Mazwandi Mustaffa berkata...

Jangan takut! Takut hanya kpd Allah. Ayat yg power sepatutnya 'saya wajib berjuang menegakkan Islam di tanah Melayu ini'. Baru ada semangat!

-Maaf, saya cerita dari mazidol saya akan selidik 2-3 juta kali.... :(

Hunny berkata...

Mazwandi,

Ayuh berjuang bersama-sama. Cerita dari Bro Mazidul, wajar dijadikan penyuntik semangat untuk teruskan perjuangan..:)