Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 9 November 2010

Renung Sejenak : Love Babies..



Salam semua,

Aku suka tengok muka kanak-kanak, bila time susah hati. Sebab, diorang ni memang chomel dan menenangkan. Macam kat atas tu..:)Dah la babies ni, boleh buat apa saje tanpa malu-malu. Nak kentut depan orang (kita mesti malu kan, Nora?), mak tolong cucikan kencing berak (wah! malu kott orang len nak buat kerja nih), aktiviti mencuci dah la dibuat secara terang-terangan( :D). Then diorang boleh melalak bila-bila masa kat mana-mana pun (kita selalu tunjuk kita macho, tak nak nangesh depan orang), kat shopping kompleks, kat jalan raya, dalam kereta, kat masjid. Bila dapat apa yang diorang nak, diorang cuma senyum dan buat muka tak bersalah.

Itulah kelebihan diorang. Tapi aku tak pernah benci diorang. Sebab? Diorang jujur... Sebab tu, bila anak buah aku panggil aku "Cik An Mok" aku boleh bersabar, sebab diorang memang jujur.. (Hahahahaha!!)

Tapi aku heran, kenapa ada orang nak buang dan bunuh spesis chomel ni? Sepatutnya pemberian Allah ni, disayangi, diberikan haknya, bagi makan, tempat tinggal dan pakaian yang mencukupi, bukan dibuang merata-rata, bagi makanan percuma kat anjing, nyamuk, dsb. Dah la berzina, membunuh pulak! Dua jenayah berat dibuat, macam mana nak jawab kat akhirat nanti. Nauzubillah.. mudah-mudahan Allah ampunkan dosa dan beri hidayah pada mak bapak yang buang anak ni.

Daripada buang anak tu, lebih baik beri pada keluarga angkat yang dah lama idamkan cahaya mata, tapi tak dapat-dapat. Ataupun letak kat baby hatch mana-mana. Sekarang banyak kat Malaysia. Cukup-cukuplah buat satu dosa, bukan makin tambahkan dosa yang sedia ada. Tolong jangan buang anak itu!

Tapi diorang seyes chomel!! Tak caya? Sila scroll..:P


Pakai baju jenama binatang haram pun tetap chomel..:P

Macam ner diorang boleh dump babies? Diorang ni sangat comel kot!

Sampai ker hati korang nak buang bayi comel macam ni?

Yang ini aku paling suka, sebab baju dia ada nama aku.. hahaha..:P

Peace No War!!!

Merenung masa depan, gelap atau terang.Ianya bergantung kepada ibu dan bapa yang membesarkan.

Sayangi anak-anak, beri mereka makan pakaian dan tempat tinggal. Beri mereka pendidikan agama secukupnya supaya ilmu yang diamal menjadi benteng dari mereka melakukan maksiat.

Boleh tak bayangkan kesedihan babies yang ditinggalkan? Mereka terlalu mentah untuk menghadapi dunia ini berseorangan. Mereka perlu kasih sayang dan tunjuk ajar. Mereka perlu makanan dan tempat tinggal. Tanggungjwab ibu dan ayah yang melahirkan.
So please.. Dont dump your babies.

"Sayangi Anak Anda"
Nurhani
Shah Alam

8 ulasan:

Iryani Noor berkata...

gambar no 2 tu mmg cute (kalu nama piglet tu xder lg chomel kot =p)

tu la tak paham apa nk jd ngan dunia skrg.. main sker2 hati buang anak.. mungkin la die sker anak tu, tp perlu ke buang dlm sungai?? dlm jamban??? xder sekelumit rasa syg pd bb tu ke?? for 9mnth you carry the bb, dh rasa susah senang dgn die, tambah lagi azab nyer time nk melahirkan.. haisyhh betul2 tak paham...

Hunny berkata...

Itulah Yani,

Saya pun tak faham jiwa mak yang sanggup buang anak sendiri. :(

cik EPAL berkata...

tak ada anak lagi. camne nak sayang. hee. tapi saya suka tengok baby baby comel =)

Nur Hafizah bte Za'ba a.k.a SuperCSI Fiza berkata...

comel nye..
mcm nak bunuh..
hee~

ana berkata...

i wont't do that!!!!

Nia berkata...

Saya pun suka gambar2 baby ni..masa ngandung letak jadi screen saver..hehe..
sampai sekrg tak dpt figure out mcm mana diaorg boleh main letak aje baby baru lahir tu dimana2. hidup lagi pulak tu kekadang..manusia dengan hati mcm mana agaknya diaorg tu?

SURIA AMANDA berkata...

geram jer tgok gambar tu..x sabar lak nak ada baby cepat..ni baby dalam perut baru 2 bulan..ada lagi 7 bulan to go....

..nOWa.. berkata...

haloh haloh mentomet tomeeettttt!!!!! (istilah bagi terlalu comel)