Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 28 Februari 2011

Renung Sejenak : RAHSIA BUDU.

Assalam,
Aku terlalu letih hari ini. Maybe sebab dah beberapa hari tak cukup tidur, dan memerah otak untuk menyiapkan dokumen bagi mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang yang akan bersidang esok. Banyak dokumen belum siap, menyebabkan mood aku kurang baik hari ni, dan malas nak berbloggong. Sebab malas, aku nak kongsikan kebaikan BUDU dengan korang. Artikel ni aku dapat dalam FB.

Sumber dari: Wikipedia

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.


Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.


Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.


Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

K lah. Mau tidur awal, n nak bangun awal esok.

"Badan Sihat Otak Cergas"
Nurhani
Shah Alam

Sabtu, 26 Februari 2011

Diari : SARIQAH aka CURI...

Assalam semua,

 
Biasalah rutinku di setiap hari Sabtu. Aku biasanya akan bangun awal bagi menyiapkan slide show untuk kelas Undang-Undang Jenayah Islam di UiTM. Selepas Subuh, terus mengadap laptop kesayangan dan mentelaah buku-buku yang berkaitan. Mujur kelas aku mula jam 12 tengahari, jadi ada masa yang cukup untuk aku buat nota bagi setiap topik. Selalunya aku akan ambik feel untuk buat slide show ni sejak hari Jumaat lagi. Biasanya time rehat 2 jam (kalau tak gi shopping/tidur), atau malam. Tapi malam semalam, seyes aku letih giler pas main badminton. Balik-balik jer, sementara nak keringkan peluh, sempat jugak online jap, sembang dengan Nowa, then aku terus terlelap.

Untuk slide show dan bahan mengajar, rujukan utama aku adalah nota-nota lama pengajian aku di UiTM, buku-buku karangan Prof Dr Abdul Halim El-Muhammady mengenai undang-undang jenayah Islam, dan Dr Saodah, kes-kes Mahkamah serta undang-undang yang berkaitan. (Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan Penal Code).

 

Topik pengajaran aku hari ni ialah jenayah hadd Sariqah / mencuri. Hukumannya menurut Islam adalah potong tangan. Banyak perbahasan ulamak mengenai jenayah curi dalam Islam. Macam-macam isu, termasuk curi harta suami/isteri, curi buah atas pokok, bahkan isu curi kain kapan pun ada! Untuk dikupas dan diterangkan dalam masa 2 jam memang tak cukup. Tapi, aku cuba yang terbaik.

Habis kelas, aku lepak umah dengan Shikin. Tengok citer Hindustan, "Mujhe Dosti Karoge". Cerita ini mengisahkan percintaan 3 segi antara 3 orang kawan baik, Hritik, Rani dan Karina. Sebenarnya Hritik cintakan Rani, tapi sebab KESIAN dengan Karina, dia nak kawen dengan Karina. Lama tak layan citer Hindustan, tangkap leleh jugak aku dibuatnya.:P

Tapi, aku sangat menyalahkan Hritik Roshan dalam citer ni, sebab dari awal tak nak bertindak berani dan berterus terang dengan Karina Kapoor yang dia cintakan Rani. Dah sampai hari perkahwinan Rani dengan hero kedua, Karina tahu rahsia yang Hritik cintakan Rani, so Karina berkorban untuk Hritik dan Rani. Nasib baik la Karina Kapoor mengalah dan berkorban, tak jadi nak kawin dengan Hritik. Kalau tak, maybe perkahwinan mereka tak bahagia. Moral of the story, sometimes kita memang perlu berkorban dan lukakan hati sendiri untuk bahagiakan orang lain...:)

Petang tadi, aku menghubungi emak yang menziarahi Cik Pah, jiran belakang rumah kami di Hospital Sg Buluh kerana penyakit kencing manis. Teruk jugak aku dengar. Sebelah kakinya kena potong hingga paras peha. Nauzubillah.. Mudah-mudahan beliau tabah dengan dugaan yang melandanya. 

Then, adik aku Mell bagitau satu berita yang memeranjatkan,

"Cik An, baru 10 minit tinggal dalam kereta, lappy Ucu(adik lelaki bongsu aku) dengan Lisa (kawan adik aku) kena curik," katanya.

"Haaaaa???" balasku seakan tak percaya. Terbayang laptop QOSMIO beliau yang harganya sekitar RM5k.

"Bila? kat mana?" tanyaku.

"Tadi, masa dia parking kat Hospital. Sekejap sangat kot. 10 minit jer dia pegi beli air kat kantin. Ni dia tengah wat report," jawab Mell.

"Astaghfirullah."


Then aku teringat kamera yang aku letak dalam kereta. Sah! Kena kebas jugak!! Arggghhh!!! Hampesss betul la pencurik ni !! Aku jumpa siap kau aku hudud!! Kasi potong!!! Barang yang hilang adalah 2 buah laptop, external HD, VCam SONY, camera CANON IXUS. Lebih kurang RM10K jugak nilai barang-barang tu.... Adusss!!!

Moral of the story, CRIME DOES NOT WAIT. DONT EVER ENTICE THE CRIMINALS TO DO CRIME. Jangan sekali-kali letak laptop di ruang tempat duduk dalam kereta. Kalau nak tinggal, bubuh dalam bonet. Mujur kereta tak kena pecah atau pun kena kebas sama, meraung aku kot!!

Takziah pada Ucu aku dan Lisa. Sian budak2 lanskap ni. Sumer projek diorang buat penat2 siang malam kena kebas. Macam mana nak tolong tu. Projek diorang dah la banyak. Pencurik tu pulak ambik dengan beg lappy, memang pakej dalam tu sumer ada sekali dengan external HD. Mak kata, lappy boleh beli baru. Kerja-kerja tu, tak ternilai. Geram betul aku pada pencuri tu. Time ni nak doakan dia dapat hidayah pun, tak sanggup. Geram!! Biar Allah balas sebab susahkan hidup orang lain.


"Bengang tapi Redha"
Nurhani
Shah Alam

Khamis, 24 Februari 2011

Diari : Aku Mau Sendirian..

Assalam,

Aku bosan. Bosan dengan benda yang sama, tengok benda yang sama, buat benda yang sama. Masuk hari ni, dah 4 hari aku usung kitab-kitab tebal balik ke rumah dan balik semula ke pejabat untuk aku mentelaah. Demi sekeping kertas kerja. Demi menjayakan Konvensyen MAINS pada 18hb Mac nanti.

Aku suka mengkaji, meneliti, mengamati,.. Suka.. Cinta.. Tapi aku bosan, bila saat-saat aku POYO dengan buku-buku dan kitab-kitab aku, aku diganggu dengan deringan telefon, ketukan di pintu bilik, panggilan mesyuarat, etc..
Aku mau sendirian.. Jangan ganggu aku.. Plsss...

Oh! Tapi mana mungkin? Esok jam 9 aku kena berada di SUK, pre-council bersama YB Penasihat Undang-Undang Negeri. 11 pagi aku kena berlari semula ke pejabat untuk perbincangan mengenai pengurusan harta dan jenazah saudara seislamku, seorang warganegara Amerika bersama kedutaan Amerika. Petang? Mungkin petang esok aku bisa sendirian..Mungkinkah????


"Allah Never Leave Me"
Nurhani
Shah Alam

Rabu, 23 Februari 2011

Diari : Bla Bla Bla..

Assalam,
Aku nak membebel sket. 

Paper, kertas kerja, kertas cadangan, kertas makluman... semua tu sebaya dan adik-beradik. Semua kena fikir dan beri justifikasi. Kena teliti dan bentang dalan mesyuarat. Malam tadi pun aku terpaksa siapkan paper untuk YAD Dato' Pengerusi untuk konvensyen MAINS 18hb Mac nanti. Dia nak before 1hb Mac.

Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang 1hb Mac. Folder belum siap. Maklumbalas belum terima.Semua paper tak dapat lagi walaupun due date aku bagitau 22hb. Hari ni, satu bayang paper pun tak ada.

Pagi meeting with AmIslamic untuk usahasama wakaf tunai secara online. Petang discussion on agreements dan drafting yang tak sudah-sudah. Then baru ada masa untuk semak perjanjian, draf surat keluar, dokumen lain serta minit mesyuarat.

Hari demi hari, semakin banyak tugasan yang Bahagian aku terima. Tak pasti disebabkan kepercayaan si pemberi atau memang sudah tanggungjawab Bahagian aku. Kini, tanggungjawab kami lebih berat. Arahan Pengerusi, semua kes-kes undang-undang berkaitan ajaran sesat dan mengajar tanpa tauliah yang dikendalikan di Jabatan Agama, aku kena pantau. O yeah?? Baik!! (Kadang-kadang aku lupa yang staff di Bahagian aku ada 10,000 orang, sebab tu kami mampu buat semua. Malaysia boleh!!)

Soalan dalam kepala aku.. BILA NAK SIAP?? Semua tu yang asyik terngiang-ngiang dalam kepala sekarang.. (Kadang-kadang keliru tugas sebenar aku, sebagai penasihat ke peguam ke penterjemah ke atau penyelesai?) Yang pastinya, aku PEMBUAT KERJA! Saya Yang Menurut Perintah!

Tapi aku tak pedulik semua tu. Kerja tetap kerja. Main badminton tetap main badminton. Kasi release tension. Jom!! 

(Kesian kat staff yang terpaksa kerja keras untuk bantu kelancaran operasi Bahagian. Takpe. Nanti dapat gaji I belanja semua ok?..:P Ketiadaan Mid dan Raudah sangat dirasai. Bila la korang nak balik?? Kerja banyak nih!:P)
 
"Membebel tapi kerja siap"
Nurhani
Shah Alam

Isnin, 21 Februari 2011

Diari : The King And I...

Assalam semua,

Sedari pagi lagi aku dah sibuk bagi arahan pada kakitangan untuk menyediakan folder bagi mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 2 petang. Awalnya, cuma aku, Puan Zurinah, pegawai di Bahagian aku, YAD Dato' Setia Pengerusi, Pengerusi dan CEO Zakat sahaja yang mengadap, tetapi setelah menerima panggilan telefon jam 8 pagi dari YAD Dato' Pengerusi, beliau meminta aku menghubungi YAD Dato' Setia Mufti untuk turut hadir.

"Nanti kalau Tuanku tanya pasal Hukum Syarak, takkan saya nak explain. Dato' Mufti jer yang layak untuk explain," kata Dato' Azib.

Aku bersetuju dengan kata-kata Dato' Azib, kerana menurut seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, bidangkuasa Majlis adalah untuk menasihati Tuanku dari sudut pentadbiran, manakala bidangkuasa Mufti adalah untuk menasihati Baginda dalam perkara Hukum Syarak.

Aku langsung menghubungi Dato' Mufti yang dalam perjalanan ke JAKIM untuk Muzakarah Fatwa Kebangsaan. Alhamdulillah, walaupun last minute call, beliau sudi menghadirkan diri setelah aku maklumkan terdapat beberapa fatwa yang perlu mendapat perkenan Tuanku sebelum diwartakan.

Aku sempat berbincang dengan YAD Dato' Setia Pengerusi mengenai kertas-kertas mohon perkenan yang akan kami bawa. Semuanya berjumlah 14 kertas. 3 daripadanya adalah peraturan-peraturan yang telah digubal dan selebihnya fatwa yang perlu diwartakan. Sebelum ini, jika mengadap, aku jarang bersuara, tetapi kali ini, apabila Tuanku bertanya, siapa yang akan membentang, pantas saja Dato Azib menjawab,

"Cik Hani yang bentang."

Aku sebenarnya gugup jugak. Tak pernah bentang paper depan Tuanku. Tapi, aku terpaksa kontrol macho. Aku bentang la jugak.. Paper first, aku menggelabah jugak, then, bila dah bersoal-jawab dengan Tuanku untuk paper tu, lama-lama ok. Semua paper melibatkan peraturan, aku bentang. Paper fatwa, Dato' Mufti yang bentang. Aku menyampuk sikit-sikit ajer. 

Cuma, aku rasa, ada improvement pada diri aku kali ni, sebab aku lebih berprotokol, guna ganti nama diri, "patik", bukan "i" macam first time dulu..:P

Jam 2 pm till 4 pm, baru sesi perbincangan selesai. Alhamdulillah.. Selepas ni, Bahagian aku akan meneruskan dengan proses pewartaan perkara-perkara tersebut. Insyaallah, kalau berjaya, maka lengkaplah SKT Unit Gubalan Bahagian aku tahun ni iaitu sekurang-kurangnya 2 undang-undang dan 2 fatwa perlu diwartakan. :) Kena mintak bonus 3 bulan ni..:P

K lah guys. Aku tak leh memblog lama-lama. Nak semak paper, maklum balas dan minit mesyuarat MAIS esok. Lagipun, sekarang tak leh memblog lama-lama. Komitmen banyak. Doakan aku ek? :P
Aku dan Zurinah bergambar kenangan bersama DYMM Tuanku Sultan Idris Shah selepas majlis mengadap.





"Pengalaman, guru terbaik"
Nurhani
Shah Alam

Sabtu, 19 Februari 2011

Diari : Rush Hour..

Assalam,

Maaf. Aku rasa aku bz. Aku rasa lah.. Sebabnya aku tak sempat nak BW kat blog korang. Sori yerr.. Ada masa nanti aku ziarah yerr..

Malam tadi YAD Pengerusi MAIS bagi kerja baru kat aku yang membuatkan aku rasa terkejar-kejar hari ni. Tapi aku masih boleh main badminton 2 jam and kejar-kejar shuttle, then prepare slide show untuk hari ni. Itu kelebihan aku..:P

"Tuanku dah setuju nak rasmikan Konvensyen MAIS dan IKIM pada 18.3 ni. Paper saya kena siap. Tuanku punya titah kena yang terbaik. By 1 Mac saya nak paper tu." Kata Dato' Setia.

Halamak!! Sempat ker??? Dah la aku kena present paper time tu... Adehhh!!! Masak!! Maknanya, 2 paper kena buat... Kena kerahkan jentera yang ada ni... Rasyid, Mid, tolong!!!

Aku terus kol Dr Azhar, penyelaras program di IKIM, tapi tak berangkat. Last-last aku sms jerr. untuk maklumkan perkembangan terkini. Dah la 17hb Mac tu, insyaallah aku on air kat IKIM untuk bual bicara berkenaan syariah dan undang-undang. Argghhh!! Topik apa nak citer pun belum decide..

Universiti tak dapat lagi, topik belum finalize, supervisor belum sempat carik.. Baju raya belum beli lagi (apa kaitan??)

Tapi, walaupun masih banyak perlu diurus, namun aku masih bisa tidur dengan lena. Itulah kelebihan aku..Ngeh ngeh ngeh.. 

K lah korang. Sekarang tak leh blogging lama-lama. Tak leh FB lama-lama. Banyak nak diurus. Doakan urusan aku mudah dan dipermudahkan yer..:) Salammmm!!!

"Rush Hour"
Nurhani
Shah Alam

Khamis, 17 Februari 2011

Peguam Menulis : Undang-undang berkaitan Akidah, Wakaf dan Muallaf...

Assalam semua,

Semalam, seharian aku dan Ustaz Fahimi 'berkampung' di Jabatan Mufti Selangor untuk sama-sama menyumbang saran di dalam bengkel mewujudkan satu modul penasihatan akidah yang seragam yang dilaksanakan oleh Jabatan tersebut. Penasihatan akidah yang diuruskan oleh Jabatan Mufti Selangor adalah bertujuan untuk memberi nasihat kepada individu yang berhasrat untuk keluar dari Islam. Program penasihatan ini dilaksanakan selaras dengan kajian yang dibuat oleh MAIS dan Jabatan Mufti Selangor di Negeri Sembilan dan Singapura. 

Sebenarnya, di Malaysia, tidak ada undang-undang yang membenarkan mana-mana orang keluar dari Islam, kerana ianya bertentangan dengan Hukum Syarak. Bidangkuasa yang diberikan kepada Mahkamah Syariah adalah untuk menentukan status agama seseorang yang dipertikaikan. Mahkamah Syariah TIDAK BOLEh mengeluarkan perintah membenarkan seseorang keluar dari Islam, kerana ianya bertentangan dengan Islam.

Aqidah yang benar adalah Islam..
Antara lain, pegawai di Bahagian Penasihatan Akidah bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada individu yang berhasrat untuk keluar Islam dan memberi penerangan mengenai Islam kepada mereka. Bengkel tersebut turut disertai oleh pegawai di Jabatan Mufti Selangor, beberapa orang peguam syarie dan sivil serta beberapa orang ahli akademik. Alhamdulillah, usai bengkel tersebut, satu draf modul penasihatan yang teratur berjaya disiapkan untuk memudahkan gerak kerja pegawai di bahagian berkenaan. Harapnya, sempatlah nak siapkan yang sempurna, sebelum aku 'berhijrah'..:P

Pagi tadi, kelam-kabut aku dan staff di Bahagian menyelesaikan beberapa perkara penting mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Undang-Undang yang akan diadakan pada 1hb Mac ni. Paper tak siap lagi, maklumbalas belum lengkap. Sempat berbincang dengan anak buah pasal gubalan undang-undang. Tak perasan masa berlalu. 

Then, satu sms masuk,

"Miting wakaf dah mula." Sender : Zaihan

"Cik Hani @ wakil, tak masuk ke miting wakaf?" Sender : Rohaida

Kelam-kabut aku bergegas ke bilik mesyuarat. Malu-malu aku masuk. Nasib baik tak tersadung wayar laptop yang berselirat kat dalam bilik mesyuarat.

"Nasib baik saya tak jatuh. Kalau tak, saya saman," kataku pada seorang kakitangan yang membantu aku mengalihkan wayar-wayar di kerusi yang aku mahu duduki. Biasalah. Lawyer. Sket-sket nak saman.:P. Sian mamat tu terpaksa tahan telinga ajerr. Hahaha..

Mesyuarat Jawatankuasa Wakaf berperanan sebagai pentadbir kepada hartanah dan aset wakaf di Negeri Selangor dan bertindak menasihati Majlis untuk semua perkara berkaitan pengurusan wakaf di dalam negeri. Di antara perkara yang dibincangkan termasuklah penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor yang telah pun diwartakan pada 3 Januari 2011 bertujuan untuk membantu Majlis membangunkan hartanah wakaf di dalam negeri. Ini dinyatakan di dalam Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999 yang menyatakan bahawa Majlis adalah pemegang amanah tunggal bagi semua  harta wakaf dalam negeri.

Antara produk wakaf terbaru MAIS dengan kerjasama KPJ.
Petangnya, aku rushed pulak ke Mesyuarat JK Muallaf di JAIS. Sebagai salah seorang AJK yang dilantik, tanggungjawab ini memang berat. Antara yang dibincangkan termasuklah isu pertikaian terhadap jenazah muallaf yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya, konflik akan tercetus bila mana ahli keluarga si mati menafikan pengislaman si mati sedangkan menurut rekod yang ada di pejabat agama, si mati adalah seorang Islam. Jadi, berlakulah perebutan dan pertikaian di antara waris yang bukan Islam dengan pihak jabatan agama. Pertikaian seumpama ini biasanya akan cuba diselesaikan secara rundingan dengan pihak waris dengan menunjukkan bukti-bukti bahawa si mati adalah seorang Islam. Sekiranya rundingan gagal, pihak-pihak akan memfailkan tuntutan di mahkamah Syariah untuk menentukan status agama si mati.

Cuma satu perkara yang amat mendukacitakan ialah apabila jenazah yang dipertikaikan status pengislamannya tidak  dapat dikekalkan (maintain the status quo) sementara satu perintah mahkamah diperolehi oleh pihak-pihak kerana tidak mendapat kerjasama pihak waris. Akibatnya, jenazah tersebut kemungkinan dibakar atau diurus menurut cara yang bertentangan dengan Hukum Syarak.

Golongan yang mau mendalami Islam perlu diberi bimbingan yang jelas mengenai Islam.
Sebenarnya, pada pandangan aku, isu ini boleh ditangani dengan lebih baik sekiranya anggota keluarga dimaklumkan terlebih dahulu mengenai pemelukan Islam seseorang. Cuma, kadangkala,  golongan muallaf lebih suka merahsiakan pemelukan Islam mereka kerana dibimbangi  akan dibuang keluarga. Namun demikian, golongan muallaf ini masih perlukan sokongan dan bimbingan daripada semua pihak, lebih-lebih lagi masyarakat di sekeliling mereka. Iman mereka belum kukuh. Mereka wajar dibantu, bukan disisih. Mungkin juga program-program penerangan berkenaan Islam perlu dipergiat oleh pihak-pihak kerajaan (Majlis Agama dan Jabatan Agama) dan NGO-NGO Islam supaya masyarakat bukan Islam jelas mengenai hak-hak seorang muslim di dalam sebuah negara Islam.

Oklah. Panjang sangat entry aku, macam thesis pulak..:P Tau la nak wat PhD.. :) Mau sambung cari universiti yang tergila-gila nakkan aku. :) Panjang sangat queuenya.. Hahaha..

"My Legal Life"
Nurhani
Shah Alam

Rabu, 16 Februari 2011

Diari : happy!!

Assalam semua,
Hampir-hampir melompat-lompat bila dengar khabar itu.. Senyuman terukir indah di bibir. Aku gembira.  Gembira sangat-sangat.. SO HAPPY! Alhamdulillah! Syukur!! Sujud syukur.. Ucap alhamdulillah.. Syukur..:) Thanks Allah!! Rasa dipermudahkan laluan ini. Thanks juga kepada semua yang menyokong dan mendoakan. Banyak-banyak terima kasih.. Impian itu hampir pasti ku genggam... Akhirnya.:)

"I am flying without wings"
Nurhani
Shah ALam

Isnin, 14 Februari 2011

Assalam semua,

Insyaallah, hari ni, jam 3.30 petang, aku akan ditemuduga untuk menilai kelayakan sama ada aku layak untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD melalui biasiswa tajaan MAIS. Serius 3G (gabra, gelabah, gementar)..Harap-harap, cita-cita aku untuk sambung pengajian ke luar negara dipermudahkan dan tercapai..:)

Korang tolong doakan aku yer.. Thanks!

(Kalau tak dapat sponsor MAIS, aku tetap teruskan jua, bi iznillah..:)

"Tuntut ilmu sampai mati" 
Nurhani
Shah Alam

Sabtu, 12 Februari 2011

Diari : Be strong..

Assalam,

Aku letih.giler.. Baru pas habis main badminton.. rasa nak pecah-pecah tumit kaki aku yang licin lagi mulus, sebab malam ni, COACH kami tak berperi kemanusiaan. Dipaksanya aku dan Nora berlari-lari mendapatkan bola. Walawey!! Sekarang kaki aku tengah sakit. Harap-harap esok aku dapat berjalan ke kelas dengan sempurna.

Tadi main badminton, macam nak lepas geram pun ada. Asyik menSMASH ajerr.. Ntah kenapa, tiba-tiba aku terasa hati dengan seseorang. Nampak gayanya dia macam tak berapa nak bercakap dengan aku. Dunno why. Maybe dia ada masalah kot. Hmmm.. Tapi tak apalah. Maybe aku ada buat salah kat dia. tapi TOLONG la bagitau, apa salah aku. Tak la aku tertanya-tanya.

Anyway, malas lah aku nak layan perasaan 'tertanya-tanya' ni. Sebab semuanya tak pasti. Lebih baik aku kuatkan hati dan jiwa aku. Soal perasaan tak akan ada akhirnya. Aku doakan Allah berikan dia ketenangan hati dan sentiasa dipermudahkan Allah. Maybe dia perlukan masa bertenang sebelum nak berbicara dengan aku. Apapun, aku sedar. Aku manusia biasa. Banyak kekurangan. Aku harap, dia maafkan aku.
Pesanan aku pada kawan-kawan yang mengalami ujian hati dan perasaan, carilah penyelesaian dengan jalan SABAR dan SOLAT. Redha dengan apa yang berlaku. Rajin-rajinkan diri bangun solat malam. Jaga hubungan kita dengan Allah, pasti Allah akan jaga kita.

Sekarang, aku mau buat persediaan untuk mengajar esok. Mata dah mengantuk. Badan dah letih. Main badminton non stop 2 jam. K lah. Babai. Doakan aku dapat siapkan slide malam ni yer..:)

"Be strong"
Nurhani
Shah Alam

Khamis, 10 Februari 2011

Diari : Sunday 9 Rajab 13** A.H.

Assalam semua,
Tarikh di atas tu, tarikh lahir Islam aku.. Aku lahir dalam bulan Rejab rupanya..:) Alhamdulilah..:)

Then aku sajer-sajer surf lagi internet, dan jumpa pulak ini. Aku tak percaya pun, cuma nak kongsikan ajer..:)


Rejab


Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil.Bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Ahahahaa.. Tak boleh blah! DEGIL dan NAKAL kott!!

Korang percaya ke, dengan rahsia tarikh lahir?

"Sajer"
Nurhani
Shah Alam

Rabu, 9 Februari 2011

Diari : Indah!!

I.N.D.A.H
Assalam,

Hari ni, seronok, colourful, sweet, I feel guided and blessed by Allah. Ringkasnya hari ini, aku rasa begitu INDAH!!

Mesyuarat pagi berkenaan dengan isu pertikaian status agama seorang muallaf, selesai dengan baik melalui rundingan bersama. Tak ada saman-menyaman, tak ada perebutan. Alhamdulillah..

Sekejap tadi aku berkomunikasi dengan seorang pegawai dari kedutaan Amerika berkenaan kematian seorang muallaf warganegara Amerika. Walaupun Bahasa Inggeris aku SANGAT tunggang-langgang, namun beliau dapat memahami apa yang aku cuba sampaikan. Itu paling penting..Alhamdulillah. Nanti aku kena berkomunikasi lagi dengan beliau. Walaupun aku cuma dapat dengar suara dia, aku rasa dia sangat handsome bila dia kata,
"Well, thank you for calling me Mem. I appreciate that. Do keep in touch, and you take care Mem."

Pada aku, beliau sangat beradab, dan sangat ikhlas semasa mengucapkan kata-kata tersebut, walaupun beliau bukan Islam. Kan bagus kalau orang Islam dapat berkomunikasi sebaik itu. Aku doakan dia diberi hidayah untuk masuk Islam, boleh bantu agama Islam dengan skil komunikasi beliau..:) Aminn..

Time lunch tadi, aku dapat satu barang berharga yang harga sebenar mencecah RM200, tapi aku dapat beli dengan harga RM100. Tak sabar nak gunakannya jap lagi..:) Alhamdulillah..:)

Jap lagi, aku mau main badminton dengan kawan-kawan. Tentu smash aku lebih hebat, dengan raket baruku yang berkilat-kilat.. Aku happy!! Alhamdulillah....:)

Paling penting, malam tadi aku dah mula buat draf Research Proposal aku.. Alhamdulillah.. Syukur..:) Aku percaya dengan pepatah omputeh, (mentang-mentang baru pas speaking dengan mat saleh) a thousand miles begin from a single step...Malam ni insyaallah aku sambung..:)

Plus, lebih kurang 10 orang yang aku temui memberi teguran yang sama,


"Cantik baju Cik Hani," Owh! Trimas!! :)


 Plus ada orang belanja lunch, plus dapat makanan cepat walaupun ramai orang tunggu turn kat cafe. Tapi paling best bila 2 orang cakap aku makin chantek!! Miahaha...Maluuuu...:P)

"Alhamdulillah"
Nurhani
Shah Alam

Selasa, 8 Februari 2011

Diari : status : SUPER STRESS..

Owh!

Super stress?? Siapa? 

Dengan malunya nak mengaku. Orang itu adalah aku..:(


Sepanjang pagi mendengar keluhan, rintihan, permohonan, emosi yang pelbagai corak..

Dari kes jenayah ke kes harta amanah, kedutaan, perjanjian yang berat sebelah, pecah amanah, integriti....

Arghhh!! Semuanya meminta SOLUSI, bukan depressi.. SOLUSI.. Aku ulang, SOLUSI..

Aku rasa aku dah cuba yang terbaik, untuk memikirkan dan mencadangkan SOLUSI terbaik. Aku harap mereka pulang dengan jiwa yang lebih tenang dan tenteram, hati yang lebih lapang. Selebihnya, aku serah pada Allah.

"Jasad saya ajer ada di sini, tapi hati saya di rumah. Suami saya sakit. Tapi tak sampai hati biar anak datang sorang," kata seorang ibu tua.

"Saya geram. Apa saya perlu buat?" kata seorang pegawai.

"We just want to make an  inventory of the assets belongs to the deceased," kata seorang pegawai di Kedutaan Amerika.

Boleh tak buat tak kisah?? Boleh tak?? Mestilah TAK BOLEH!!

Arghhh!! Susahnya nak jaga hati... jadi baik..jadi ikhlas..:(

Then, aku punya research proposal tak buat lagi. Universiti tak cari lagi. Supervisor tak dapat lagi. Tawaran belajar?? Jauh sekali. Bahan mengajar di UITM tak sentuh lagi. Ada sapa-sapa kisah??? Anyone care?

Nope. I guess.

Then.. Solusi Aku??

Jogging....
Istighfar banyak-banyak....
Doa banyak-banyak..
Moga Allah permudahkan urusan aku.
Bila aku permudahkan urusan yang lain..
Yang datang MEMINTA TOLONG..
Walaupun after office hour...
Dan bila aku ikhlas dalam bekerja..
Pssstt..: Alangkah baiknya, jika ada yang boleh bantu aku, untuk sama-sama fikirkan SOLUSI.. Bukan bantu aku, dapat DEPRESSI..


Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Shah ALam

Diari : Mood bercampur-campur..

Assalam semua,

Pagi tadi sebelum gi opis, kakak aku called berkali-kali. Poyo semacam nak suruh aku angkat telefon. Aku called kakak;

"Nape?" tanyaku.

"Tengok TV3. Azim ada," katanya.
Aku cepat-cepat switched on channel 3, tengok Azim sekejap, then off to office. Aku seronok dan bersyukur, sebab Azim dah selamat sampai, dan dapat share experience dia sepanjang pergolakan di Mesir dengan rakyat Malaysia.

Then, Kak Pah, staff UiTM kol aku. Dia mintak aku datang signed document. Aku tanya beliau, soalan exam yang aku hantar hari tu, dah semak ke belum, sebab sepatutnya UiTM kena vet soalan aku dan bincang dengan aku. Kak Pah kata, diorang dah vet dan ok. Owh! Aku rasa sedikit bangga, sebab first time draft soalan xm untuk UiTM, then diorang terima. Alhamdulillah..:)

Then, sorang pegawai muallaf datang jumpa aku untuk settlekan satu kes pertikaian jenazah muallaf. Mula-mula aku rasa ok, then aku rasa stress sangat..  Sebab, seharian kami kena selesaikan isu tu dan terpaksa turun ke lokasi kejadian. Walaupun akhirnya kes dapat diselesaikan secara baik, tapi aku tetap stress, sebab, isu integriti dan tanggungjawab pegawai di jabatan aku, turut dipersoalkan. Stress!!

Sebelum balik ofis, kami singgah minum. Aku makan seketul kuih vade harga 0.50 sen. Duit satu sen tak ada, sebab tak bawak wallet, so terpaksa mintak ehsan orang lain. Then ada sorang pakcik tua tetiba senyum manis sangat kat aku. Aku pun senyum balik. Then, dia datang kat meja kami. Ada beberapa bungkus keropok kat tangannya. Owh! Nak jual keropok rupanya. Aku kecek Kelate dengan beliau, walaupun tak berapa reti kecek Kelate, sebab lingua franca pacik tu, dialek Kelate. Dia kata, dia dari Thani, Thailand. Aku rasa tak sampai hati tengok dia. So, aku ajak dia minum. Dia malu agaknya sebab kami ramai, so dia tak nak. Dia pujuk aku beli keropok dia. Seyes, aku tak sampai hati. Aku terpaksa pau Ana RM10, untuk beli keropok pakcik tu. Pakcik tu senyum puas hati. Keropok dia laku.

Owh! Aku fikir, walaupun dia senyum, keadaan dia tentunya lebih teruk dari aku. Aku tak perlu jual keropok, jalan kaki jauh-jauh, untuk jual sebungkus keropok.

(Terima kasih kat Ana. Di samping beliau mensedekahkan RM10nya untuk beli keropok, beliau turut mensedekahkan minyak masak dan tenaganya untuk goreng keropok tu. Bini sapa la tu..:P)

Sampai di pejabat, dah kol 6pm. Orang dah balik. Aku rasa PANAS sebab, air cond dah padam. Tapi terpaksa bertahan, sebab masih ada kerja perlu dibuat. Jam 7.50 baru aku gerak balik. Perut lapar sebab tak sempat lunch weh, menyebabkan aku rasa nak makan orang! Nasib baik ada lauk-pauk Shikin bawak dari rumah. Ada udang sambal, ada cendawan. Aku pun makan rezeki yang Allah beri. Alhamdulillah... Aku rasa kenyang dan bersalah sebab langgar peraturan diet yang aku gariskan sendiri.


Owh! Aku dapat jugak makan nasik, walaupun lambat. Saudara seIslam ku di tempat lain, entah dapat makan ntahkan tidak. Kadangkala, kita kena diuji dengan kelaparan dan kesusahan, barulah kita dapat menyelami perasaan orang yang ditimpa musibah yang sama.

Tadi, ada satu orang kol aku dan mengadu kat aku, pasal isu nikah sindiket. Aku cuba dapatkan info lanjut daripada beberapa pihak tapi tak berhasil. Aku stress lagi! Niat aku nak tolong jerr, tapi last-last aku yang stress!!

Owh! Aku lupa. Allah kata, kalau kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Aku doa, Allah permudahkan urusan aku pada 14.2.2011 ni..Aminn..

So, sekarang, aku masih stress, sebab, belum buat apa-apa untuk research proposal aku. Arghhh!!! Kadang-kadang, aku terpaksa ketepikan kepentingan peribadi dan beri keutamaan kepada kepentingan ummah. Tapi, sampai bila? Owh! Maaf. Kadang-kadang aku terlupa tanggungjawab sendiri. Bukankah kepentingan ummah lebih penting. Slogan aku di sini adalah, "Boleh saya tolong anda / Apa yang saya boleh tolong?," bukan nya, "Mintak tolong/ Apa yang korang boleh tolong aku/ korang carik lah pertolongan di tempat lain".




Patutlah lagu Ana Raffali menang Juara Lagu hari tu. "Tolong Ingatkan Aku" sebab kita manusia memang selalu lupa.. So, tolong ingatkan aku selalu yerr..


"Mood Bercampur-Campur"
Nurhani

Shah Alam

Khamis, 3 Februari 2011

Diari : Debaran 14 Februari 2011..

Assalam semua,

Mesti korang ingat aku wat entry pasal Valentine's Day kan? :P. Sebenarnya tak ada niat pun. Tapi, sebab tarikh penting tu kebetulan tarikh yang sama dengan sambutan Hari Valentine yang telah pun difatwakan HARAM oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan Muzakarah Fatwa Kebangsaan. So, please nasihatkan dan sebarkan kepada semua kenalan, anak-anak, kawan-kawan, boyfriend-girlfriend, sanak saudara, sahabat handai, supaya TIDAK MENYAMBUT HARI VALENTINE, kerana ianya HARAM di sisi agama Islam.

So, what is so important about the date? :) And why I am so nervous about it?

Just to share with u all, tarikh tersebut bakal mencorakkan haluan hidup aku selepas ini. Mudah-mudahan ianya permulaan yang baik bagi aku. Dan mudah-mudahan keputusannya yang terbaik Allah takdirkan bagi aku. 

Semoga Allah permudahkan..:) Amin..

By the way, to adik-adik dan anak-anak muda yang sibuk membazir duit beli bunga / special gift untuk bagi pada kekasih masing-masing yang belum tentu akhirnya BERNIKAH dengan korang, better kasi kat mak ayah yang dah konfem akan sayang korang sampai bila-bila..


"Debaran"
Nurhani
Shah ALam

Selasa, 1 Februari 2011

Diari : Dari Shah Alam ke Kaherah, Mesir

Assalam semua,


Tadi mak Samsul telefon aku, tanyakan kalau-kalau aku tau apa-apa perkembangan mengenai Samsul yang berada di Mesir.

"Telefon la makcik Hani, kalau ada apa-apa. Tak ada dengar apa-apa ker?" tanyanya pada aku.

"Saya pun tak tau cik, Nanti saya cuba dapatkan info makcik. Saya pun tak pasti," kata saya.

"Makcik cuma dengar dan tengok berita ajer. Lain sumer tak tau," katanya dalam nada penuh risau.

"Tak pe makcik. Insyaallah. Nanti saya cuba tanyakan pada kawan-kawan lain," janji ku.


Usai solat maghrib tadi, aku online FB. ALhamdulillah, dapat chat dengan Tuan Hj Arshad, ayah kepada Azim, kawan karib Samsul yang sama-sama melanjutkan pengajian di sana. Menurut beliau, pelajar-pelajar di sana boleh dihubungi melalui telefon, tetapi bukan melalui sms atau internet. Aku cepat-cepat meminta nombor telefon Azim. 


"Hani rapat dengan diorang. Kena support diorang." kata Hj Arshad dalam FB chatnya pada aku. 


Aku terharu. Aku tak pernah jumpa Hj Arshad, tapi dia boleh tahu aku rapat dengan Azim dan Samsul, dan percayakan aku untuk beri sokongan moral pada diorang.

"Hello Azim. Assalamualaikum. Ni Kak Hani," kataku dengan nada riang, sebab macam tak percaya dapat bercakap dengan Azim setelah sekian lama beliau di Mesir.

"Owh! Kak Hani! Waalaikumsalam!" jawab Azim, kedengaran gembira bila mengetahui aku yang menghubunginya.

"Kak Hani. Tolong! Tolong!" kata Azim, menyebabkan aku tersentak.

"Eh! Napa Zim? Awak ok tak?" tanya aku, cemas bila mendengar permintaan Azim.

Rupanya Azim sengaja buat gimmick. Lega hati aku bila mengetahui Azim, Samsul dan adik-adik aku yang lain selamat di sana. Bagaimanapun menurut Azim, keadaan agak tegang, dan beliau bimbang keadaan akan lebih berbahaya jika bantuan dari kerajaan Malaysia lewat.

"Bengang saya kak. Kerajaan UK dan US dah angkut rakyat diorang kat sini. Dah 4 flight dah. Malaysia tak ada satu flight yang sampai. Diorang nak tunggu sampai bila?" luahnya kecewa.

"Sabar lah Azim. Hadapi ujian ni dengan tenang dan redha. Tadi Kak Hani tengok berita. Kerajaan Malaysia planned nak ambik u ols naik kapal laut, guna kapal TUDM." kata aku memujuk, walaupun aku tak pasti bila bantuan tu akan tiba.

"Tak kisah la kapal apa kak. Kapal perang ke, kapal laut ke.. Rasa macam nak susun-susun botol, kayu ker, hapa ker, ikat-ikat, buat rakit sendiri, balik Malaysia. Tak sabar nak tunggu kapal Malaysia. Yang penting, cepatlah bantu kitorang kat sini." luahnya lagi.

"Insyaallah. Azim. Azim sabar dan redha yer hadapi ujian ni. Kak Hani, Kak Nora, semua kawan-kawan akak kat sini semua doakan Azim dan kawan-kawan kat sana selamat," pujuk ku lagi, cuba mententeramkan Azim.

"Kami memang boleh buat tu jer kak. Orang kata Mesir adalah : Mim (M) untuk Musibah, Sod (S) untuk Sabar, Ro (R) untuk Redha. Itulah yang kami buat. Sabar dan redha dengan musibah," kata Azim lagi. Sayu pulak bila aku dengar kata-kata Azim. Aku cuma doa aje banyak-banyak untuk diorang, moga diorang selamat.

Sebelum memutuskan panggilan, aku berkirim salam pada Samsul yang sedang tidur. Azim kata, Samsul baru balik dari Malaysian Hall. Azim sedang berusaha mendapatkan tiket untuk keluar dari Mesir. Samsul mau menunggu bantuan dari Malaysia. Razak pula, mengikut Azim, seorang yang sangat tenang dan mempunyai keyakinan 140%, bahawa mereka akan selamat.

Adik-adik kita, pelajar-pelajar kita di sana, semuanya perlukan bantuan. Kalau kita tak mampu membantu mereka keluar dari bumi Mesir yang kacau-bilau, sekurang-kurangnya kita doakan keselamatan mereka di sana. Yang mengenali mana-mana saudara seislam di sana, hubungi mereka, dan berikan sokongan moral pada mereka. Kita di Malaysia cukup tenang, cukup mewah sehingga kadang-kadang kita lupa pada kesusahan umat Islam di merata dunia. Islam itu bersaudara. Doakan kesejahteraan dan keselamatan saudara-saudara seislam kita di Mesir.


Dari kiri : Razak, Samsul, Azim, Ustaz Amin dan isteri semasa mula-mula menjejak kaki di Mesir.

Keadaan di Medan Tahrir, Mesir.
"Ukhuwah Itu Indah"
Nurhani
Shah Alam