Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 9 Februari 2011

Diari : Indah!!

I.N.D.A.H
Assalam,

Hari ni, seronok, colourful, sweet, I feel guided and blessed by Allah. Ringkasnya hari ini, aku rasa begitu INDAH!!

Mesyuarat pagi berkenaan dengan isu pertikaian status agama seorang muallaf, selesai dengan baik melalui rundingan bersama. Tak ada saman-menyaman, tak ada perebutan. Alhamdulillah..

Sekejap tadi aku berkomunikasi dengan seorang pegawai dari kedutaan Amerika berkenaan kematian seorang muallaf warganegara Amerika. Walaupun Bahasa Inggeris aku SANGAT tunggang-langgang, namun beliau dapat memahami apa yang aku cuba sampaikan. Itu paling penting..Alhamdulillah. Nanti aku kena berkomunikasi lagi dengan beliau. Walaupun aku cuma dapat dengar suara dia, aku rasa dia sangat handsome bila dia kata,
"Well, thank you for calling me Mem. I appreciate that. Do keep in touch, and you take care Mem."

Pada aku, beliau sangat beradab, dan sangat ikhlas semasa mengucapkan kata-kata tersebut, walaupun beliau bukan Islam. Kan bagus kalau orang Islam dapat berkomunikasi sebaik itu. Aku doakan dia diberi hidayah untuk masuk Islam, boleh bantu agama Islam dengan skil komunikasi beliau..:) Aminn..

Time lunch tadi, aku dapat satu barang berharga yang harga sebenar mencecah RM200, tapi aku dapat beli dengan harga RM100. Tak sabar nak gunakannya jap lagi..:) Alhamdulillah..:)

Jap lagi, aku mau main badminton dengan kawan-kawan. Tentu smash aku lebih hebat, dengan raket baruku yang berkilat-kilat.. Aku happy!! Alhamdulillah....:)

Paling penting, malam tadi aku dah mula buat draf Research Proposal aku.. Alhamdulillah.. Syukur..:) Aku percaya dengan pepatah omputeh, (mentang-mentang baru pas speaking dengan mat saleh) a thousand miles begin from a single step...Malam ni insyaallah aku sambung..:)

Plus, lebih kurang 10 orang yang aku temui memberi teguran yang sama,


"Cantik baju Cik Hani," Owh! Trimas!! :)


 Plus ada orang belanja lunch, plus dapat makanan cepat walaupun ramai orang tunggu turn kat cafe. Tapi paling best bila 2 orang cakap aku makin chantek!! Miahaha...Maluuuu...:P)

"Alhamdulillah"
Nurhani
Shah Alam

7 ulasan:

beautiful_rose berkata...

wahh..mmg permulaan hari yang cukup indah.senyum sampai ke malam lah ye =)

white rose berkata...

hahahaha...

haaaaa...pasni bole timbang KG ye...
miahaha...

semalam adalah semalam...
hari ini adalah hari ini...

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Saya mahu raket itu..:)

Hunny berkata...

En Razak,

betul ke? tadi coach saya bgtau,raket tu limited. kalau nak, PM saya di nurhanisalwa@gmail.com.:)

Leenoh berkata...

Tak tau nak kata apa, sebab Pak Ngah suka main tenis...reketnya lebih berat..bila sedang bermain mata kita sentiasa kena tengok bola...jangan tengok gelanggang lawan...begitulah kira-kira pesanan jurulatih.

matahati-aishahazhar berkata...

hehehe... akak plus tumpang senyum jelah ye dek.. sbb dapat hari yang indah.

Kakzakie Purvit berkata...

Salam hunny,

Mat salleh (bukan soleh) memang kalau cakap dgn perempuan lembut gigi dari lidah. Itu memang dah adat dia.

Kakak pun main badminton tiap sabtu dan ahad. Dapat juga mengeluarkan peluh.